بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 7 September 2013

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri Sarawak

Assalamualaikum & good day. 
Aduhai, letihhhh mokcik bt entry banyak gambar lately ni. Slow mengalahkan Gary (Siput b#b! spongebob). 
Tapi mcm2 mana pun kena jugak bt utk kenangan kami sekeluarga & perkongsian info dgn kawan2. Selepas 2 hari baru siap entry ni.
Tibalah turn entry cuti2 kami ke Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri (BTRR). Kami ke sana last 1st June 2013 sempena cuti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Disebabkan last minute punya planning makanya kami dapat stayed sehari semalam aja due to full rooms. Kebetulan masa tu pun weekend, jadinya mmg sah2 le full kalau last minute booking. Itupun kira nasib baik dpt juga merasa semalaman tapi mmg tak puas le especially 3A ni sbb byk aktiviti2 yg kami tak dapat join. 
View bilik kami menginap (jenis Engkabang family suite). Besor biliknya dengan 2 katil queen & 2 katil single.
 Oh!!btw sebelum mommy lupa tempat ni actually blh je pergi balik hari (xperlu book bilik) tapi applicable utk org yg dekat2 la kot. 
Antara tarikan di BTRR ni adalah waterpark, lawatan ke ladang ternakan, lawatan ke kebun buah-buahan, aktiviti2 teambuilding, air terjun, tapak perkhemahan, menunggang kuda, jungle trekking & banyak lagi. Untuk keterangan lanjut ttg BTRR ni u al boleh refer kat SINI.
Hari pertama sampai dah agak petang so kami just spend di waterpark. Seronok tak terkata 3A sebab dah lama tak jumpa kolam besar cam gini. Heheh!!!nak condemn Brunei lg le ni (Shhhhhh!!!!)
Memandangkan entry ni banyak gambar xyah le mommy pot pet lelama sangat ekk. Kita layan aje gambar dgn brief explanation.

Di bahagian lobi.

Lepak2 waktu malam, ditemani bunyi cengkerik & makhluk alam. Mmg syok!!!! 
 Bangun pagi2 selepas subuh, terus kami jungle trekking (dah ada wooden path disediakan untuk masuk hutan, jgn risau budak2 pun selamat). 
Ahdia pun relax je jalan 2km sambil menikmati cuaca pagi yg segar bugar. Tapi mengeluh le jugak penat jalan. Bila mommy dok push sikit lagi dik, last2 abis juga suatu perjalanan.
Sepanjang laluan yg disediakan tu ada tempat utk naik bot, abseiling, memancing etc. Kami skipped je semua tu sbb xsempat.
Selesai morning walk sambil berkenalan dgn haiwan yg dipelihara termasuk rusa, monyet, burung etc, kami bergegas ke One Tree Hill Cafe untuk sarapan pagi. Makanan biasa2 aje cuma suasana tu mmg superb. Cosy sangat!!!
Selesai sarapan, kami menunggu traktor yg akan membawa kami mengelilingi resort. 
Sepanjang perjalanan tu kita akan dibawa melihat kebun buah-buahan, kolam ikan, ladang ternakan, air terjun etc. Pemandu pelancong a.k.a staff BTRR yg ascot kami pagi tu sungguh friendly (ada dia bg name card tp xyah le mentioned nama dia).
Dah abis pusing2 resort tu, sekali lagi 3A terjun pool sebelum kami check out. 
Walau berat hati nak balik sbb rasa mcm tak puas je spend sehari semalam kat sini tapi terpaksa juga packing keluar. 
InshaAllah semoga dapat lagi peluang ke sini ( mungkin next time kami nak bermalam ni Lambir National Park plak). Yang ni tunggu teaser dari mommy dlm masa terdekat sbb otw balik dari BTRR ni kami singgah sekejap di Lambir National Park tu.
Sesiapa sekitar Borneo ni kalau ada peluang tapi tak pergi mmg rugila sebab among the best spot kami rasa especially utk release tension. Daripada spend byk masa & duit ke Semenanjung @ keluar negara, rasanya Borneo cukup kaya dengan keindahan alam semulajadi yg memukau.
Kat atas ni mommy attach bagi u all clear picture betapa besar & banyak aktiviti yg boleh dilakukan di sini. Semoga entri ni memberi idea kepada sesiapa yg nak ke sana.

6 comments:

Unknown said...

mesti seronok ni. refreshing! Alhamdulillah...

azaleania said...

Ros,

Wow resort tu nampak mewah best..dengan bilik yg besar dan banyak kemudaham.Memang betul..terpegun tengok Borneo yang cukup kaya dengan keindahan alam.

Unaizah said...

Aduhai, besarnya resort ni + byk aktiviti pulak tu. Come to think of it, berbaloi la sebab Miri tu jauh (dari Kuching, Semenanjung & Sabah).

Mixed-family in da house.... said...

salam kak ros...

aarghhhh jeles jeles !!!! sarawak memang best kan !!! nature jer everywhere.....haaaa teringin nya nak gi sana.......

OKje said...

Basah je bumi tu Ros... mesti kurang best sebab cuaca lembabkan Ros...
Tapi memang cantik dan damaikan...

rostina76 said...

ZQ batik: alhamdulilah!!!!! refreshing sgt

azaleania: resort ni kira reasonable la. ada yg expensive room, ekslusif chalet & ada juga style dorm ;)

unaizah: miri actually lagi menarik dr kuching kot. hehe

mixed family in da house: mai la dini. blh lajak ke brunei terms. ngeh3x

hainom okje: masa kami pergi tu pagi hujan, itu yg nampak lebih basah……tapi cuaca lepas hujan yg lagi segar&sihat tau. begitu mendamaikan (utk org yg suka nature la)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...