بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 15 September 2013

ICT Kulim (Dataran Raudhah)

Assalamualaikum & good day.
Memandangkan byk lagi gambar2 cuti Malaysia yg belum tayang @Wind of Change ni mommy masukkan lagi gambar2 kenangan balik raya aritu.


Lepas sakan beraya & bercuti di Besut maka 13/8/2013 petang tu kami bergerak ke Kulim untuk beraya di rumah tok wan pulak. Kami bertolak dari rumah mok dah agak petang dalam pukul 4 lebih, so sampai di Kulim dah malam jugak. Singgah makan Char Koay Teow Sg Dua (Telur Ayam Dibasuh) cawangan Kulim dulu sebab dah lapor bebenor. Actually acara wajib bagi kami tu kalau balik Kulim mesti nak makan Char Koay Teow Sg Dua tu.

Selesai makan, kami bergerak ke rumah tok wan. Masa otw tu kami melintas Dataran Majlis Perbandaran Kulim, wah!!!!!ada pokok2 lampu mcm ICT Shah Alam le. Mommy xde le rasa nak singgah lagi sebab rasa penat dah sesangat tapi daddy beria2 nak singgah plak (kes nak menembak lampu le ni). 

So, u all layan jelah 3A posing bawah pokok lampu ni. Hehe!!!

Masa dok tunggu model shooting tu, seronok juga mommy tengok gelagat org Kulim lepak2 ambil angin malam kat dataran ni. 


Ada budak2 main kejar2, ada satu family besar tu plak dok tolak kerusi roda mak/nenek dorg, ada juga budak2 muda dok borak2, 4,5 org family posing mcm kami gak, 2,3 couple bertenggek atas batu & yg paling menarik perhatian 2 org pompuan (sorang cina & sorang india) dok promote produk pelangsingan badan. Siap ada penimbang bagai. Bagus betul strategi dia, heheh!!!

Memang cantik dah le dataran tu sekarang ni especially bila ditambah plak dengan pokok2 lampu. Yang sangat dipuji sebab persekitaran dataran tu pun bersih. 


Diharapkan masyarakat xde la menyalahgunakan kemudahan & keindahan yg disediakan. 


2 comments:

mala said...

salam dari muscat, oman :-)

hainom OKje said...

Mesti bawak balik Brunei keropok ikan berkampit2 nikan Ros hehe....
Sekarang lampu gitu mmg femeskan... apa ke namanya lupa! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...