بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 5 September 2013

Red Velvet Cake for Ahdia 5th Birthday

Assalamualaikum & good day.
Yeay!!!harini ada mood dah nak jot down. Entry harini pun tunggakan yg dah lama ni. Mommy buat red velvet cake ni sempena birthday Ahdia yg ke-5. Buat sebiji (2 layers) RVC & mommy buat juga RVC in a jar utk cikgu2 Ahdia. Senang cikgu tapau balik makan @rumah (kalau cake tu kadang2 cikgu xsempat nak makan, asyik dok layan bebudak je). 
Resepi plak actually dah banyak sangat version yg mommy simpan dlm draf berzaman-zaman lamanya tapi untuk kali ni mommy ikut yg style Chef Ammar (masak dari hati, masak with iman TV Al-Hijrah). Tq chef.
Yang paling best deco pakai readymade sugar craft. Heheh!!!!main tabur2 je tapi Ahdia suka.
Semua kawan Ahdia pun masa mommy potong cake tu berebut nak korek flower tu.
Jom kita tgk resepi. Rasanya resepi ni paling senang & bahan2 pun ringkas. Cumanya dlm resepi asal Chef Ammar, dia guna buah dragon fruit utk tambah warna. Mommy skip yg tu tapi lebihkan pewarna merah.
Bahan2 kek:
200g butter
270g gula
3 biji telur
240g tepung
6g baking powder
3g baking soda
20ml cuka
1 sudu teh ekstrak vanila
50ml susu segar
5g serbuk koko
10g pewarna merah (agak2 je sampai dpt warna yg dikehendaki)

Bahan2 Frosting Cheese Topping:
200g Philadelphia creme cheese
100g butter
100g icing sugar
50g condensed milk

Caranya:

A. RVC
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
2. Tambah telur (sebiji demi sebiji) & pukul lagi sehingga adunan menjadi putih & gebu.
3. Campurkan semua bahan2 kering di dalam mangkuk & kacau sebati. 
4. Kemudian tuang sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan butter.
Selang seli bahan kering dengan susu segar & teruskan pukul sehingga sebati.
5. Masukkan cuka & diakhiri dengan pewarna merah.
6. Tuang bancuhan kek ke dalam loyang (alas dengan baking paper) & bakar pada suhu 180'C selama 25-30minit.

B. Cream cheese icing
1. Pukul butter & icing sugar sehingga kembang.
2. Kemudian, tambah cream cheese & susu.
3. Pukul lagi sehingga gebu.
4. Tunggu cake betul2 sejuk sebelum diletakkan icing.

7 comments:

Nisah Idham said...

RVC sedapnye.. dah lame tak buat ni :)

ZalinZalina said...

Mesti Ahdia happy coz mommy buat sendiri kan...hepi besdei Ahdia :)

ishamizu said...

Hmm sedapnya RV!! Happy birthday, Ahdia! So sweet and pretty girl. Semoga menjadi anak yg solehah, amin! Kak Ros, tabur-tabur pon jadi cantik ok! ;)

Umm AA said...

selamat hari lahir ahdia..pandainya mummy buat kek ..mesti best gilerr tuh

sitiezahim said...

bes bes.. dan macam tu ek sekolah kat sana... hehehe

OKje said...

Kalau pakai tepung naik sendiri boleh tak Ros?

rostina76 said...

Nisahidham: kros baru ni bt sendiri ;)

zalinzalina: tq aunty ina :)

ishamizu: amin, tq aunty izu

ummuaidan: mommy pandai pun sbb anak2. hehe tq aunty UA

sitiezahim: sekolah @sini tadika pun mcm bilik darjah biasa. no nursery style mcm msia kita. heheh!!!belajar pun advance sikit

hainom okje: xleh kot Okje sbb RVC ni style lembab2 sikit. klu guna SRF takut jadi gebus sgt. heheh!!!mokcik ni pun xsure juge tp klu ikut logik gitu le kot :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...