بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 5 November 2012

PAU AYAM

 Assalamualaikum & good day.
Menu breakfast weekend kami semalam. Memang dah aim nak bereksperimen dengan resepi Char Siu Pau K.Jamilah Puchong ni dah lama tapi semalam baru berkesempatan buat. Sebelum tu mommy xnak guna istilah 'Char Siu Pau' mcm k.Jamilah sebab nanti takut ada yang salah faham. Char Siu Pau tu kalau ikutkan refer to BBQ pork steam pau. Hehe sebab tu seram nak guna nama tu, takut jadi subhah & was2. Allahualam. Pepepun, resepi k.Jamilah tu guna ayam & xde kaitan langsung dgn pork. Harap maklum ye.
Btw, mommy dah berpuas hati sgt2 dgn resepi Pau Bagus K.noor Masni yang mommy buat dulu. Tapi no harm mencuba resepi lain plak kan, lagi pun stylenya lain. Okey malas nak sembang lama2 sebab banyak kerja2 nak kena beres ni (duty sebagai tourist guide dah lama hanging ni, nanti big bos bising plak). So terus je jotdown resepi untuk rujukan di masa depan.







Sebelum tu mari kita tengok post-mortem untuk Char Siu Pau/Pau Ayam yg mommy buat ni: 
1. Rupa paras sungguh buruk (hik3x, mommy tak terer le bunjutkan pau ayam ni). Macam rupe dumpling plak.
2. Kegebuan kurang berbanding Pau Bagus Knoor Masni tetapi Pau Ayam k.Jamilah ni mencirikan pau asli orang cina dulu2 iaitu berkulit kenyal di luar & lembut di dalam. Mommy suka.
3. Intinya mommy alter sebab banyak bahan2 asal yg tiada dlm stok mommy, but after all sedap juga rasanya. Masih kekalkan Chinese taste.
4. Nape Pau dok dalam paper cup? Hehe, mommy malas nak gunting kertas baking tu, so pakai je paper cup yg readymade tapi terbesar le plak. Takpe la janji boleh ngap.
5. Yang pasti k.Anis suka sesangat, Ahdia suka rotinya aje, Arfa cakap xsuka tapi ngap jugak, daddy membisu tetapi mulut ngap 3-4 ketul, mommy ngap 5 ketul (tengok body le :P)


Untuk resepi ni, mommy dapat dalam 25biji pau bersaiz kecil.

Bahan2 doh: 
 500g tepung gandum (bleached and pre-sifted)
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar vegetable shortening
1 sudu besar yis kering
1 1/2 cawan air suam

Cara2 membuat doh :
1. Gula di campur dengan 1 cawan air suam dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan yis dan kacau. Biarkan sebentar sehingga yis tadi mengembang (berbuih). 
2. Dalam masa yang sama kita campurkan tepung dengan vegetable shortening dan gaul sehingga rata. 
3. Sekiranya yis tadi sudah berbuih, bolehlah tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung tadi dan uli sehingga sebati. 
4. Tuangkan baki air yang 1/2 cawan lagi ke dalam adunan dan uli lagi selama 30 minit. Pastikan adunan tadi lembut dan licin. (Sekiranya masih belum lembut, boleh lah tambah air suam sedikit demi sedikit atau hanya basahkan tapak tangan sahaja sambil menguli). Pastikan adunan tidak melekat pada jari.
5. Apabila adunan sudah cukup lembut dan licin, biarkan selama satu jam atau sehingga adunan memgembang 2 kali ganda dari saiz asal. Tutup adunan dengan tuala panas dan tutup permukaan besen itu dengan pinggan supaya adunan mengembang dengan sekata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik boleh simpan besen tadi didalam Microwave Oven (bukan untuk dipanaskan hanya untuk menyimpan sahaja).

Bahan2 inti :

4 ketul dada ayam

2 sudu besar char siu sauce (xde dlm stok)

1/2 sudu oyster sauce
1 sudu besar kicap cair
garam secukupnya
sedikit lada sulah/lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
1 ulas bawang besar holland (kuning)
2 batang lobak putih (mommy ganti dengan kentang)
3 sudu besar minyak masa untuk menumis

Cara2 membuat inti :
1. Dada ayam dipotong dadu kecil-kecil atau dicincang tetapi jangan sampai hancur
2. Lobak putih dihiris nipis dan dipotong seperti batang mancis. Kalau nak parut pun boleh juga (mommy guna kentang, so mommy dadu kecil)
3. Bawang besar juga dipotong dadu.
4. Selain dari lobak putih kita juga boleh gunakan karot atau sengkuang.
5. Ayam tadi diperap dengan char siu sauce, oyster sause, kicap cair. Kemudian gaulkan lobak putih bersama ayam tadi.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang. Bila bawang sudah layu atau naik bau harumnya baru tuangkan campuran ayam dengan lobak tadi. Tumis pada api yang kuat. 
7. Apabila ayam tadi sudah masak bolehlah tambahkan lada sulah/lada hitam dan garam jika perlu. 
8. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuali. Biarkan sebentar sehingga inti kelihatan pekat. Kemudian sejukkan.

Cara2 membuat pau:
1. Sekiranya doh tadi sudah cukup kembang bolehlah kita tumbuk-tumbukan untuk membuang angin didalamnya. 
2. Kemudian timbang 30g doh untuk membuat pau. 
3. Leperkan doh dengan tangan sehingga lebar tapak tangan. Letakkan sesudu inti ayam dan cantumkan bahagian tepi doh tadi dengan cara menariknya keatas menggunakan dua jari. 
4. Biarkan bahagian yang dicantum tersebut menjadi bahagian atas kuih pau . Ulang proses yang sama hingga selesai.
5. Kukus selama 15 minit pada api yang kuat. (Semasa mengukus, boleh letakkan kain towel pada penutup kukus supaya wapnya tidak jatuh pada pau nanti).


Nota: Sedap dimakan semasa masih panas. Lebihan boleh frozen & re-steam masa hendak menghidang.

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

yummehhh!!

saly said...

sedapnya pau..:)

yan's cottage said...

Salam ROSTINA.....
singgah je...dapur ros nie....memang tak boleh tahan betul tenguk pau ayam tu.....rasa nak je mintak 2 / 3 biji he heeee....

rostina76 said...

yummy!!! ;)

rostina76 said...

dap3x....

rostina76 said...

Salam yan.
silakan le amik aura tu ;)

Qasey Honey said...

fav QH pau ayam tu...sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...