Assalamualaikum & good day.
Harini after terkedek2 baru dpt upload gambar & masukkan N3. Seperti kebanyakan blogger lain, mommy juga faced the same problem. Album Picasa dah full. Hehe, banyak sgt gambar2 bukan saja dlm blog tapi dalam iphoto jugak. Masa last week, sebelum QH buat N3 tutorial mcm nak overcome masalah ni mommy just convert jpg file ke skitch (salah satu perisian yg ada). So blh le lagi upload dalam blog cuma skitch ni byk keje skit nak kena buat sebelum dpt upload. Banyak step nak tukar format dulu (rasanya 3 step kot baru blh upload). Tapi satu yg mommy suka file skitch ni sebab laju je masa uploading. Pepepun, tqvm QH sebab sudi buat tutorial, mmg really membantu org2 yang tak berapa pandai IT mcm mommy ni. So, u al yang ada masalah yg sama boleh refer kat Cikgu QH ni. Hehe!!!
Okey mommy nak settlekan dulu N3 masak2 mommy yg tertunda last week. Ini kuih yang mommy buat last Friday untuk minum petang. Mommy beli keledek ungu ni actually niat asal nak goreng tepung mcm biasa je, tapi masa mommy buat hari Khamis petang tu mcm kurang mendapat perhatian dari 4A (mungkin sebab warna keledek ni yg ungu kehitaman - mcm biasa le dorg ni ala2 allergik sikit makanan warna hitam/pelik2).
So, mommy google tengok apa lagi resepi kuih yang best guna keledek ungu ni. Mommy tahu cik mek & keria boleh juga guna keledek ungu ni tapi mommy dah pernah try dulu & same thing 4A xsuka. Masa dok mencari2 tu mommy terpandang banyak blog buat kuih talam guna keledek either ungu @ yang biasa tu. Yang menangkap perhatian mommy blog Kak Na, talamnya mcm lain sikit dari yang lain (no lapisan kepala santan putih mcm selalu org buat but dia campur sekaligus). Kalau kami @pantai timur, cara masak kuih macam ni kami panggil 'koleh' @ tepung talam. Jom tengok hasilnya mmg berbaloi mommy buat. 4A + R suka (bukan saja colornya cantik tapi sedap). Mommy yang tak berapa gemar kuih talam pun boleh kejap2 ngap, kejap2 ngap. SEDAP!!!!
Masa mommy buat kuih talam ni, follow step by step resepinya mommy ingat pasni nak adjust sikit sebab mommy xdapat adunan yang cair untuk buat layer by layer tapi lebih kepada adunan yang likat (mcm adunan tepung pelita). Masa tu dah panik jap sebab adunan terus berketul2, dan xlarat mommy nak kacau rata. Nasib baik bila dah kukus & siap, not bad baik rupa paras & rasanya.
Walau xdapat layers macam yang Kak Na tu buat tapi mommy suka plak dengan tekstur & rupa paras yang mommy buat (ala2 abstrak gitu & yang paling penting mommy suka rasanya yang sedikit berketul2 isinya). Color talam keledek ungu ni sungguh cantik. Natural color (mommy xde tambah any coloring) & yang u all nampak tompok2 ungu gelap tu actually isi keledek ungu yang mommy sengaja biarkan berketul2. So, sesiapa yang minat kuih2 tradisional especially kuih talam, mesti cuba ni. Serious sedap & really recommended.
Sumber: Kak Na
Oleh: Mommy @Wind of Change
Sumber: Kak Na
Oleh: Mommy @Wind of Change
Bahan2:
250gm tepung beras
70gm tepung ubi kayu
250gm gula pasir
450ml santan pekat
450ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
200gm keledek ungu(kupas kulit, rebus & lenyek ketika masih panas)
Pewarna ungu (kalau nak buat layers, mommy xguna)
Caranya:
1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkuk.
2. Masak santan, daun pandan, air, garam dan gula hingga mendidih. Biarkan sejuk.
3. Tapis santan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Pada masa yang sama, kacau sebati.
4. Ambil sedikit adunan & masukkan ke dalam blender bersama keledek dan blend hingga halus. Satukan semula adunan dan kacau rata.
5. Bahagi adunan kepada tiga bahagian (300ml setiap satu). Satu warna asal, satu bahagian ungu muda (setitik pewarna ungu) dan satu bahagian ungu tua (3 titik pewarna ungu).
6. Panaskan pengukus dan sapu minyak pada loyang 8". Panaskan loyang sekejap dan tuang adunan selapis demi selapis di mulai dengan warna muda .
7. Akhir sekali kukus selama 25 minit.
8. Potong kuih setelah betul2 sejuk.
P/s: Dalam kes mommy, masa curah santan panas ke dalam tepung (resepi asal mcm tu) adunan menjadi terlalu likat & berketul2. So, lepas kacau rata mommy terus masukkan adunan ke dalam loyang & kukus 30 minit.
2 comments:
menariknya warna talam ubi tu...mesti sedap...
nampak menyelerakan..apatah lg bila makan ..sedapnya kak.
sy suka kuih-muih traditional ni.
Post a Comment