بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 27 November 2012

Jejari Ubi Kayu Celup Tepung Berempah

Assalamualaikum & good day.
Ini menu minum petang Sabtu lepas. Beli ubi kayu standby kot2 nak buat bingka @ rebus cicah kelapa parut. Disamping tu mommy nak bereksperimen dgn satu lagi resepi. Bukan nak bereksperimen mcm cara membuatnya sbb mommy dah pernah buat cuma nak bereksperimen samada 4A suka makan @sebaliknya. 



Kalau u all baca tajuk mcm panjang bebenorkan. Kalau Knoor Brunei tu buat dia panggil Goreng Ubi Kayu Berempah sebab mmg betul2 banyak rempah yang bersalut. Mommy ubah nama & cara membuatnya sebab kita kena ikut dengan citarasa pelanggan kita kan? Lagi satu mommy ni org 'Ganu Kite' maka dah sinonim dengan 'Celup Tepung' ni. Kami @Ganu mmg terkenal dgn seafood celup tepungnya & untuk pengetahuan u al kalau org Brunei plak segala apa kuih/masakan yang bersalut tepung gorengan tu dorg panggil 'cucur' sbg contoh cucur pisang, cucur ubi, cucur durian, cucur bilis & segala mcm cucur lagi le. Masa mula2 datang dulu confuse gak, tapi skrg dah pandai skit.

Actually mommy blm pernah try style ni untuk ubi kayu tetapi tempe mommy pernah buat. Tempe goreng celup tepung mcm ni pun sedap cuma bila untuk hidangan 4A ni dorg lebih prefer yang tempe goreng garam kunyit mcm biasa je. Selalunya kalau mommy goreng tempe mesti match dgn tauhu. Dua2 tu goreng garam kunyit biasa je, 4A mmg suka. So, senang citer lama sesangat dah tak buat goreng berempah ni. Bila tengok Knoor Brunei buat mommy mcm terpanggil2 plak nak try tapi klu buat gaya Knoor tu jawabnya mommy sorang2 le layan. Itu sebabnnya mommy alter resepi Knoor Brunei & olah dgn resepi yang mommy selalu buat. Harap tiada cacat cela di mata Knoor Brunei & lain2. Pepepun, 3A + R suka akan rasa yang olahan mommy cuma daddy tetap xsuka rasa berempah itu & prefer yang goreng biasa yang mcm mommy selalu buat untuk pisang, keledek, cempedak & juga seafood. Xpela, atleast ada yang suka, yang xsuka kita ikut style dia aja next time. 





Bahan2:
2-3 ketul ubikayu yang sederhana besar (dibersihkan dan dipotong memanjang kecil)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar 
1/2 sudu besar serbuk jintan putih 
1 ulas bawang putih (kisar)
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kunyit 
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur 
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Satukan tepung beras & tepung jagung di dalam mangkuk. Tambahkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, bawang putih & garam.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan sehingga menjadi barter.
3. Masukkan air kapur & kacau sebati. 
4. Gaulkan ubikayu yang dihiris tadi ke dalam barter & biarkan seketika.
5. Goreng jejari ubi tadi sehingga kekuningan. Toskan minyak sebelum dihidang.
6. Enak di hidangkan bersama cicah kicap (kicap + cili potong).

P/s: Resepi ni u al boleh juga apply untuk segala mcm ubi, sukun & seafood.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...