Assalamualaikum & good day.
Ini penghilang boring & pengubat tension mommy dgn isu Palestine. Ngeh3x....
Lama tak buat kek so last weekend mommy godek2 resepi kek carrot. Ini eksperimen kali ke-2 Carrot Cake tapi dulu buat guna resepi lain. Yang ini mommy follow resepi dalam majalah Seri Dewi Keluarga (September 2012). Mommy mmg jatuh cinta dengan Carrot Cake ni masa try yang Secret Recipe punya. Toppingnya mmg sedap & keknya juga kaya dgn filling (suka sangat rasa walnut dalam kek tu).
Masa mommy buat 1st trial dulu ikut resepi dari IntanBerlian87 ni, sedap juge cuma lembab kekdah keknya. Bila nampak dalam magazine tu mommy cuba plak resepi di bawah. Mommy suka yang ni sebab ia tidak terlalu lembab & rasa manisnya juga balance dengan masam topping cream cheese. U all nak cuba boleh la tgk resepi di bawah.
Resepi kek
Bahan2:
4 biji telur
400g gula perang (mommy guna cuma 300g)
250ml minyak jagung
250g tepung
250g lobak merah (parut)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
150g kacang walnut (panggang & hancurkan)
Caranya:
1. Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kulit kayu manis & kacang walnut dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Seterusnya, ambil mangkuk berasingan, masukkan gula perang & minyak. Kacau rata.
3. Masukkan telur satu persatu. Seterusnya tambahkan lobak merah. Gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan ke dalam bahan2 kering. Gaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam dulang yang telah dilenserkan.
5. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 170'C. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese.
Untuk cream cheese toppingnya pulak mommy follow CMG cuma mommy doublekan amount untuk fix dgn resepi @atas.
Resepi topping cream cheese
Bahan2:
100 g mentega
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar gula aising, diayak
Caranya:
1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus.
2. Sapu atas kek tadi dan hias mengikut kreativiti (mommy buat carrot shape tu dengan piping aje secara gerakan lurus cuma tekan menjadi runcing dari atas ke bawah).
Ahdia makan sebelum org lain makan. Dia & kakak suka jilat adunan kek mommy sampai licin. Hehe!!!bagus jugak senang sikit mommy nak basuh bekas sebab dah ala2 bersih licin kena jilat.
10 comments:
salam kak ina.. dh lama tun xmakan carrot cake..tun sorg je yg suka makan, kalu kt kg, nk buat kek mula laa adik2 tu expect coklat cake atau cheesecake. hihi
cake yg belum pernah sy bake
heheh
salam kenal.
wah menariknya resepi..
terasa mahu cuba.sbb sy suka mkn kek :D
carrot cake and cream cheese is my all time favourite! i love how you pipe the carrot.
sedap pulak tgk carot kek ni..leh bg sikit x..nk buat mls..hihi
salam tun....mmg pun bebudak mmg suka coklat cake & cheesecake, sama le dgn 3A ni. itu yg bila bt carrot cake ni kena buat topping cheese, baru jalan
try la mimiazie72, mesti xmenyesal ;)
salam kenal & tq sudi berkawan.
nanti leh cuba tu ;)
tq sonia. i take it as a compliment from the 'sifu' woken ;)
QH, ini kek mak bdk baru belajar...best klau dah terer mcm u. btw segan le nak bg sikit kat cikgu ;)
Post a Comment