بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 2 November 2012

Ayam Percik Kelantan kuah putih

Assalamualaikum & good day. 
Lama bebenar mommy tak buat ayam percik. Last buat time bulan puasa tahun lepas. Semalam masa mommy dok jenguk Wind of Change tiba2 terpandang post lama @linkwith tentang Ayam Percik mommy buat tu. Ibarat macam tersedar dari khayalan, asyik dok try resepi2 baru rupa2nya tertinggal khazanah resepi asli mok. 


Okey since dulu mommy buat gambar pun cinonet & blur je so mommy decided nak ulang tayang resepi Ayam Percik Kelantan ni @Wind of Change. Kali ni ada kelainan sikit sebab mommy nak try buat yang versi kuah putih. Frankly speaking, mok memang jarang buat yang versi kuah putih sebab kami suka yang ada rasa pedas2 sikit. Mommy rasa versi kuah putih ni sesuai kalau budak2 nak makan. So, better this time buat kuah putih utk lebih berbaloi 3A makan (confirm dorg suka yg ni sebab xde cili). 

Resepi lebih kurang sama macam yang mok ajar dulu2 cuma utk versi kuah putih of course skip aje cili boh/cili kering. The rest masih bahan2 yg sama.






Bahan2 untuk kuah percik:
10 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar) 
1 inci halia (kisar) 
1 keping asam gelugur 
1 mangkuk besar santan pekat 
Gula & garam secukup rasa 

Cara membuat kuah percik: 
1. Campurkan bahan-bahan kisar & santan. Masukkan ke dalam periuk & masak dengan api sederhana. (Kuah hendaklah sentiasa dikacau).
2. Masukkan gula, garam & asam keping/gelugur apabila santan telah mendidih. Pastikan kuah percik agak pekat sebelum dimatikan api & ketepikan. 

Bahan2 untuk ayam: 
Seekor ayam (potong 4) 
2 ulas bawang putih (kisar) 
1/2 inci halia (kisar) 
Sedikit garam 
Serbuk kunyit (kalau xnak letak pun xpe) 

Cara membuat ayam percik:
1. Perap ayam dengan dengan bahan2 kisar, garam & serbuk kunyit sekurang2nya 1/2 jam.
2. Panggang ayam yang telah diperap dengan api sederhana. Pastikan ayam sentiasa dibalikkan pada kedua-dua bahagian.
3. Apabila ayam sudah hampir masak, tuangkan kuah percik ke atas ayam tersebut, kemudian balikkan.
4. Ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak.
5. Angkat ayam yang telah masak ke dalam pinggan, tuangkan lebihan kuah percik.


Nota: Resepi ini juga boleh digunakan untuk ikan percik.

8 comments:

yan's cottage said...

mmmm.....sedapnya ayam percik tu.....nie kalau makan dengan pulut kuning lagi sedap kan....?

Kuazue Mohd said...

rosti... wah.. kamu bikin hatiku menggeletek nak masak sama.. tapi hari nie demam la pulok...
huhuhu...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros teringat ibu kat kampung tengok ayam percik ni.Mak kak ros suka buat ayam percik kuah putih,walau pun tak pedas(Percik ayam memang sepatunya tak pedas)tapi sedap hingga menjilat jari....huhuhu ibu....... sedap kan Ros???

rostina76 said...

oh, yan makan ayam percik dgn pulut kuning ekk. ros xpernah try....alahai bila sebut pulut kuning, terliur plak. hik3x...

rostina76 said...

kesian ko azu...kalau dkt2 boleh aku home delivery je....nanti ku sihat buat ye ;)

rostina76 said...

itule kros....bila buat ayam percik mmg saya pun teringat kat che saya. btw kami selalu buat kuah merah tu (tambah cili giling), serupo je cuma hok tu pedas, hok ni xpedas. se lagi che saya mmg xbubuh serai (mcm setengah2 org buat) sbb klu bubuh serai rasa original hilang, pastu rasa mcm makan makanan org negeri sembilan plok. heheh!!!pepepun kita adjust2 le ikut taste masing2 dok?

Irfa said...

masa kecik mak selalu buat bila bulan posa.maklum.. benda spesel kenalah buat hari istimewa ;)
suka kuah putih

Sally Ashraff said...

mommy rosti..thanks for recipe..muakss. Mama sal nak masak percik putih today :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...