بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 30 November 2012

Kek Maskulin tak jadi untuk Daddy's Birthday

Assalamualaikum & good day.

Lupa nak post gambar Birthday Cake daddy. Hehe!!!belum terlambat untuk mommy exposed. Banyak betul rombakan untuk buat kek birthday daddy ni. Plan awal (dah plan 2,3 bln before) ingat nak buat Red Velvet Cake. Tapi bila dah dekat2 date bday daddy mommy rasa xsesuai le plak. So, kita postponed RVC untuk birthday mommy le next year (kalau ALLAH panjangkan umur mommy lagi). Jadinya last2 minit fikir punya fikir mommy pilih Sponge Orange Cake. Mommy dah terliur sangat & teringin nak buat bila FnF buat dulu tapi malasnya le nak buat topping mousse mcm FnF buat. Mommy alter sikit & combine dengan resepi QH (dia ceduk dr Kak Ita masam manis gak). Makanya asal usul resepi kek ni mmg datang dari Kak Ita Masam Manis le gitu. Pepepun, tqvm semua yg terlibat termasuk Fnf, QH & sifu Kak Ita.



Jom intai resepi kek yang FnF buat dulu. Mommy c&p. FnF ceduk resepi ni dari blog kak Ita masam manis disini

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor

Bahan C
100 gm tepung gandum (ayak)
70 gm mentega cair (dicairkan)

Cara2:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Sediakan loyang bulat 8 inc.
3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
4. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
5. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
6. Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue).
7. Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
8. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
9. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata.
10. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati.
11. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna (suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing).
12. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai. (Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti).
13. Potong kek kepada 2 lapisan. Ketepikan.

Haaha, citer pasal cake deco pun satu hal lagi. Plan asal nak buat ala2 ombre tapi simple & maskulin. Ngeh3x!!!! alih2 jadi mcm kek gegurls jugak. Ahh!!!belasah le, daddy bukan kisah pun. Yang mommy nak buat asal tu mcm dalam BLOG ni tapi sebab ketinggian kek mommy x cukup maka tukar konsep la. Maybe next birthday Arfa plak buat mcm tu.



CREAM CHEESE FROSTING
Sumber: Qasey Honey

Bahan2:
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 

Caranya:
1. Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut.
2. Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
3. Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula.
4. Campurkan colours yang dikehendaki (mommy pilih orange & kuning).

Oh!!!btw 3A +R bagi hadiah coklat je @daddy sebab dia reject hadiah yang mommy nak bagi dia (nasib baik belum beli, rupenya member beli benda yg sama fungsi tapi lebih canggih & mahai). Huhu!!xpela xsudi, save duit belanja makcik.

2 comments:

ishamizu said...

Dah lama tak makan kek oren, terliur plak. Hehe.

Anonymous said...

I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact fastidious.


Review my site; vehicle shipping uk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...