Assalamualaikum & good day.
Location:
Taman Awam Miri / Miri Public Park, Sarawak.
Description:
Terletak 3km dari pusat bandar, Taman Awam Miri merupakan sebuah pusat rekreasi keluarga yang luas lengkap dengan taman permainan kanak-kanak, taman botani, aktiviti pengembaraan serta trek jogging. Taman ini dilengkapi susunan ukiran dan arca yang diperbuat daripada batu, menghadap laluan yang diperbuat daripada kayu menuju puncak tinjau.
Facilities:
BBQ pit, Picnic Area, Observation Tower, and hanging bridge. Toilet, food courts & gazebo of course there for convenient. The place are open to public daily at no entrance fee at all.
Mommy share gambar2 kami masa pergi ke Taman Awam Miri (TAM) pada cuti pertengahan penggal sekolah yang lalu. Masa kami pergi ni hari yang sama kami ke Grand Old Lady. Agak adhoc & kurang seronok sebab masa sampai ke TAM ni Ahdia dah start panas badan. Kalau tengok dlm photos pun mukanya dah monyok abis. Arfa & Anis je yang ke hulu ke hilir @TAM ni. Sibuk nak join main pool sekali tapi maafle, mommy booo layan & xbagi green light sebab masa dah suntuk & baju extra tak bawak. Apapun takde la ralat sangat sebab kami boleh dtg lagi next time (mmg dah janji dgn 3A pun sebab nak kena pergi lagi ke Petroleum Sains Muzium yang haritu tutup).
Yang kira paling menarik @ sini bagi mommy adalah jambatan gantungnya. Memang menarik sebab ada menara tinjau cum pondok melepas lelah bila melalui jambatan gantung tu.
Pemandangan yang redup dengan kehijauan pokok2 tinggi & renek juga hamparan rumput yang hidup subur. Mommy memang suke view macam ni.
Di bawah jambatan gantung tu terdapat kawasan kolam permainan untuk orang ramai. Tiada bayaran dikenakan, memang puas le berendam.
Mommy & Ahdia tak turun ke bawah sebab kesian @Ahdia penat so kami melepaskan lelah sambil posing sakan kat bawah pokok semalu ni. U al tengok besar giler pokok semalu, tapi cantik sangat. Memang feeling je posing sini.
Next time kami pergi kami update lagi sebab ada a few spots yang blm kami snap photos. Memang luas kawasannya about 24.6 ekar gitu. Bahagian depan taman & kawasan2 botanic kami belum terokai. In Sha ALLAH will update later.
Next time kami pergi kami update lagi sebab ada a few spots yang blm kami snap photos. Memang luas kawasannya about 24.6 ekar gitu. Bahagian depan taman & kawasan2 botanic kami belum terokai. In Sha ALLAH will update later.
3 comments:
jambatan gantung tu mengerikan la...huhuhu...x sanggup nak lalu kat jambatan gantung tu...
hehe, gayat jugak tapi xde la ngeri sgt sbb fencing dia tinggi. cuma kalau org yg xtahan berhenjut2 tu mmg pening gak
wah bestnya tengok suasana taman awam Miri..cantik..!!
tp disarawak kan..aduh jauh sgt saly nk pegi sana k.ros..hehe
Post a Comment