بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 19 November 2012

PAI TEE

 Assalamualaikum & good day.

Eksperimen mommy membuat pai tee ni dah berlaku untuk kali ke-2 weekend lepas. 1st eksperimen mommy buat masa Jamuan Hari Raya Haji lepas. Alhamdulilah 1st trial menjadi walau ada juga yang defect. So 2nd time ni dah relex sikit & dah tau mcm nak counter the problems. Yang mommy perasan problem yang paling ketara ialah suhu minyak gorengan tu. Tak boleh terlalu panas & acuan juga tidak boleh terlalu panas. Pepepun, untuk makan sendiri kira cun le ni tapi kalau nak bz mmg xtahu le customer approve ke idok. Hehe!!! tengok le rupenya ada yg kembang, ada yang kuncup. Yang penting masuk mulut semua sodapppp!!!

Masa 1st trial dulu mommy buat inti ala2 popiah tu & sedap cuma biasale 3A mmg anti-vege. Tapi masa tu buat untuk jamuan, okey le sebab tetamu makan. 2nd trial ni plak mommy malas dok penat2 masak inti ala popiah tu end upnya nanti xabis. So mommy just guna instant mix vege (carrot+peas+corns). Top up plak dengan scrambled egg, pastu cicah dengan sos+mayonis. FAST & SIMPLE.




Acuan pai tee ni mommy beli online dgn K.Jee. Resepi plak lama dah simpan dalam draft, since last year (serius lupa dari siapa, tapi rasa dari CMG - walau mommy google semula xde plak sukatan ni dalam N3 dia). Pepepun, kepada empunya resepi asal ni mommy minta izin halalkan mommy guna & bagi kami merasa hasilnya. 

Bahan2 Kulit:
100 gm tepung ubi
100 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 biji telur
Air secukupnya..saperti buat kuih dadar
Garam
Minyak untuk menggoreng...cara deep-fry

Caranya:
1. Campur semua bahan dan gaulkan sebati (adunan jangan terlalu cair).
2. Panaskan acaun pai tee dalam minyak panas.
3. Celupkan ke dalam bancuhan tepung.
4. Celupkan semula ke dalam minyak panas.
5. Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6. Goreng sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan.
8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
9. Masukkan inti ke dalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos.

Bahan2 Inti:
Sengkuang (parut halus)
Lobak merah (parut halus)
1 keping tauhu goreng (potong dadu kecil)
100 gm daging ayam (cincang halus) * boleh digantikan udang jika suka
1 biji telur (buat dadar dan cincang halus)
Garam
Minyak untuk tumis

Caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan isi ayam/udang.
2. Kacau sebentar.
3. Masukkan semua bahan dan garam
4. Kacau rata sehingga layu/masak.
5. Masukkan telur yg dicincang.
6. Isikan dalam kulit pai tee yg telah siap digoreng tadi.


p/s:
Cara Fast & Simple mommy:
1. Celur mix vege (jgn lama nanti lembik).
2. Toskan mix vege & masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan sesudu mentega ke dalam mix vege yang masih panas & digaul rata. Perasakan dengan sedikit garam & lada sulah (jika suka).
4. Semasa menghidang pai tee, masukkan mix vege ke dalam pai tee & tambahkan telur dadar/ isi udang.
5. Sesuai dicicah bersama sos cili & mayonis.


6 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ros.Sedap ni.Akak boleh makan berbiji-biji sampai lupa diri.Tapi malasnya nak berdiri depan minyak panas lama-lama.Baru 2 kali Ka Ros buat.

rostina76 said...

Salam kros...hehe, mmg pun makan sedap je nak goreng tu yg malas sebab take time dok godek satu2. btw ye kros baru kali ke-2 ni try. hehe!!!kita baru je main belajar masak2 ni kros bkn mcm kros dah sifu ;) Tolong bg tunjuk ajar ye kakakku

tun_telani said...

salam kak ros.. nyummyy!! suka pai tee.. mkn kat CRS terus jatuh chenta.. xpenah wat sendiri lagi.

rostina76 said...

Salam Tun....hehe, sejarah kros pun mmg 1st makan @CRS terus jatuh hati. itu yg bila nampak K.jee jual acuan terus beli & bila dah beli harusnya buat kan ;)

Chik Mimi said...

wahhhhh ada singa popia ,sedapnya anak saya duk request nak makan ni tapi ibunya aduhai nak berdiri nak buat top hatnya tu berchenta

rostina76 said...

kesian kat anak tu request, maknya kena le berkorban ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...