بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 11 March 2012

PUDING ROTI BATIK

Entry tertunda....

Tak ingat dah bila buat puding ni sbb dah lama. Gambar ni dulu ada problem nak edit so terperap smp la daddy godek2 dapatkan semula. Puding roti ni antara dessert yg mommy selalu buat. Resepi ni mommy ambil dr blog hana since 2010. 1st time buat masa ada potluck @sekolah pada tahun 2010. Alhamdulilah menjadi & sedap tapi marblenya tak berapa cantik. Tak kisah la janji tastenya sedap.

Hana namakan pudingnya puding roti marble tapi mommy tukar skit la namanya sbb marblenya xberapa cantik, dah jadi mcm corak abstract, heheh!!! so kita panggil dia 'Puding Roti Batik'
Sumber: Hanamemories 

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

1 comment:

MOHAJI HAZURY ISMAIL said...

semua sedap2 resepi nya.. huhu tq nt nk cube!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...