بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 20 March 2012

Garlic bread & Mushroom soup

Biru mata hitam ku!!!!! Mushroom soup yg menjadi favorite Arfa dulu, kini & selamanya. Haha!!!kelakar sungguh. Mommy buat seperiuk besar, boleh dikatakan dia je yg perabih. Org lain makan jugak tapi setakat semangkuk dua je. Dia makan lps semangkuk, semangkuk lagi. Masa mommy buat ni utk dinner, Arfa ada tuition mandarin. After tuition je trus bantai 3 mangkuk. Puah ati mommy masak.

Garlic bread (senang je buatnya tapi mommy beli roti yg dah siap). 
Buat garlic butter je sendiri.


Mushroom soup homemade.


Nak share resepi mushroom soup yg mudah nak buat.

Bahan2:
  • 2biji bawang besar (dadu/cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • isi ayam (dalam 250g yg daging kisar)
  • cendawan dalam tin (cincang)
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • lada sulah
  • garam
  • 2 blender air/stok ayam
  • Marjerin/butter untuk menumis

Caranya:
  1. Panaskan periuk, tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, cendawan & lada sulah.
  3. Larutkan tepung gandum dgn 1/2 blender air (maksudnya u al blend je tepung dgn air), kemudian tuangkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan baki air/stok ayam ke dalam periuk.
  5. Kacau hingga mendidih. Sentiasa mengacau untuk menggelakkan berketul2.
  6. Masukkan bahan perasa secukupnya.
  7. Masukkan soup ke dalam blender & blend sebentar untuk mendapatkan soup yg halus tanpa ketul.
  8. Tuangkan semula soup ke dalam periuk & masak sehingga mendidih.
  9. Tutup api, akhir sekali masukkan susu cair. Kacau rata.
  10. Sedia dihidangkan bersama2 dgn garlic bread.
Cara2 membuat garlic bread lagi senang.

Bahan2:
  • 1 buku butter
  • 1 labu garlic (dalam 8-10 ulas)
  • daun pasley/oregano/ketumbar
caranya:
  1. Lembutkan butter pada suhu bilik.
  2. Tumbuk/blend garlic. 
  3. Gaulkan garlic bersama2 butter sehingga sebati. 
  4. Campurkan juga daun ketumbar/parsley yg telah dicincang ke dalam butter.
  5. Simpan dalam peti sejuk.
  6. Bila nak makan, sapukan pada roti & bakar saja....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...