Projek ptg Sabtu ni special skit sbb pencetus idea&resepinya disumbang oleh 3A ; Arfa,Anis&Ahdia...For info,3A especially kakak&adik mmg suka sgt2 tgk youtube pasal masak2 ni.Plg dorg suka tgk cake deco.Itu tak kira lagi baking/cooking games..Kadang2 tu mommy pelik plak kenapa la suka bebenar tgk.Kalau weekend, bangun je tidur trus bukak ipad&iphone mommy tgk youtube for cake deco.Ralit pulak tu, sampaikan kadang2 tu hafal dah step org yg masak tu.Yg video bt aiskrim goreng ni pun dah lama dorg tgk....Dok tertiarap 3 beradik ni dengan khusyuknya, pastu mommy tanya la org tu masak apa...Skali tgk resepi aiskrim goreng,hehe!!!mommy xminat sgt sebenarnya aiskrim goreng ni (sedap lagi makan je dgn roti) tapi bila tgk mamat tu buat macam senang je. Bila mommy dok asyik tgk tu ,yg 3 org ni apa lagi sibuk la suruh mommy buat.So, bila bahan2 semua dah complete, tarra version 3A sudah menjadi. Ada 2 resepi yg mommy buat ni, satu guna resepi dalam FB Jom Masak & satu lagi guna resepi dalam Youtube. Beza antara dua resepi ni ialah satu guna roti & satu lagi guna cornflakes.
Tarra......aiskrim goreng 3A
Ada gak bocor2nya tu sbb tak sempat bekukan. 3A x sabar2 nak ngap.
Ini rupa sebelum goreng. Banyak sangat isi aiskrimnya, sampai terkeluar2 isinya.
Version 1 (roti)
(Sumber : FB Jom Masak)
Bahan2:
- Roti slice (apa2 brand cuma kalau blh biar yg jenis liat skit mcm gardenia tu)
- Aiskrim (apa2 perisa terpulang taste masing2)
- Mug/cawan (utk tekan buat bentuk bulat)
- Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
- Ambil sekeping roti & sudukan/scoop aiskrim di tengah2nya.
- Ambil sekeping lagi roti & Letak di bahagian atas/lapik.
- Ambil mug/cawan @apa la yg korang rasa blh guna, tekan di tengah2 roti tadi.
- Tekan kuat2 & potong keliling roti yg berlebihan (bahagian luar mug).
- Keluarkan dengan hati2 bahagian bulat yg terbentuk di dalam mug.
- Ulang 1-5 sehingga roti habis/mengikut bilangan yg anda kehendaki.
- Simpan sekurang2nya 1 jam/lebih elok semalaman roti tadi di bahagian sejuk beku.
- Bila hendak digoreng, pastikan keadaan roti keras (kalau roti masih lembik, aiskrimnya juga masih lembik).
- Apabila minyak panas, gorengkan sekejap sahaja. Memadai sehingga roti bertukar warna/garing.
- Toskan minyak & sedia dimakan.
Ini plak rupe version 2. Cornflakes fried ice cream. Bocor gak weh!!!
Sebelum digoreng.
Version 2 (cornflakes)
(Sumber: Hairul)
Bahan2:
- 2 cawan cornflakes (kisar halus)
- Aiskrim (apa2 perisa terpulang taste masing2)
- 1 biji telur
- Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
- Kisar halus cornflakes, simpan dulu dalam bekas kedap udara.
- Sudukan/scoop aiskrim dan susun dalam bekas.
- Kemudian sejuk bekukan selama 1 jam/lebih (kalau masih lembik bekukan sehingga betul2 keras).
- Apabila aiskrim sudah beku, celupkan ke dalam telur & terus golek2kan di atas cornflakes sehingga rata. Pastikan seluruh aiskrim bersalut dengan cornflakes supaya bila menggoreng tiada aiskrim yg meleleh keluar.
- Apabila selesai semuanya, sekali lagi sejuk bekukan aiskrim bersalut cornflakes tadi ke dalam peti sejuk seelok-eloknya semalaman (kalau xsabar sgt, tunggu la sekurang2nya 1 jam).
- Sebaik sahaja dikeluarkan dari peti sejuk, terus goreng dalam minyak yg panas sehingga garing (kira2 5 minit).
- Toskan minyak & sedia dimakan (jgn biar terlalu lama sebab nanti aiskrim boleh cair).
- Selamat mencuba ye.
1 comment:
Aslmkum Ros.ais krim goreng....bilalah nak buat,kat sini masih sejuk kena tunggu panas dulu.baguslah anak2 Ros minat tengok video masak2...nanti boleh tlg ibu di dapur...
re; kami tak naik hot belon, rasanya hot belon kena keluar sikit .kami hanya pusing2 sekitar Istanbul saja..itupun dah penuh xtvt.tp Istanbul mmg destinasi pelancongan yg menarik.
Post a Comment