بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 17 March 2012

HOMEMADE BURGER

Masak favorite anak2 lagi. Huhu!!!kalau bt kuih muih tradisional ni kurang laju skit bebudak ni. Last2 mommy je pulun sorang2 (kalau yg versi pedas2 daddy jalan le jugak). Kalau buat makanan favourite dorg, smp xsempat kita merasa dah licin. Dah lama mommy belajar teori buat homemade burger ni tapi xpernah2 buat smp le harini. Ini kes, tergeli tekak lps tgk rancangan 'Agen Halal' @ TV Alhijrah....yelah semua org tau kan daging burger yg ready made jual tu bukan guna 100%daging tapi banyak campuran2 lain. Bila prof tu explain yg benda2 lain dicampur utk 'bond' daging2 tu rasa eei!!geli. Baik buat sendiri je. Itulah pencetus idea nak buat homemade burger ni. Alhamdulilah walau takde la perfect mcm yg org jual tu but puas hati sgt2 sbb senang,bersih, selamat&lagi sedap dr yg ready made (heheh!!!perasan le tu). So, lps ni rasanya xyah beli yg readymade lagi sbb dah 'deal' dgn Zafran. Dia cakap sedappppp mommy buat, pastu mommy tanya lps ni kita xyah beli la, biar mommy buat je. Dia reply 'BOLEHHHH'......

Ni daging burger yg dah dibekukan. Mommy alas atas plastik supaya xmelekat.

Ni masa mengoreng. Guna marjerin tapi nampak banyak je kan minyaknya....Pasni bila grill mommy order dr 'George Foremen' sampai kita blh kurangkan minyak. Grill aje, lagi healthy.

Heheh!!!alahai cutenye la. Tak pandai lagi nak agak sizenya. Roti punye le besor, dagingnya ciput je. Next time buat, kita buat besor2 gedabak plak. Suka ati la kan sbb sendiri buat, sendiri makan.

Bahan2:

Bahan A
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar (kisar/dadu)
  • 2 biji bawang putih (kisar/dadu)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar lada sulah/serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Optional
  • daun sup & daun bawang (mommy xletak sbb 3A xsuka sayur)
  • * cendawan cincang
Bahan B
  • Roti burger
  • Timun/tomato/salad
  • Mayonis/sos
  • Keju/margerin
Cara:
  1. Bersihkan daging & tos airnya.
  2. Masukkan dalam bekas besar & campurkan semua bahan A.
  3. Gaul sebati.
  4. Kepal2 daging menjadi bebola kemudian leperkan.
  5. Boleh terus digoreng/bekukan dahulu dalam peti sejuk supaya bentuknya kekal.
  6. Boleh digoreng dengan sedikit margerin/grill. 
  7. Semasa menghidang, belah roti burger&sapukan dengan margerin.
  8. Panaskan sekejap bahagian dalam roti burger supaya lebih ranggup.
  9. Kemudian alaskan roti dengan daging burger,sayur-sayuran, keju & sos.
  10. Siap

3 comments:

Unknown said...

mmg dah lama tak makan burger...riso..tapi dah tahu cara nak buat sendiri ni...best gak untuk dicuba kan...tq share.

rostina76 said...

Better wat sendiri kan mama mia....halalan toyyiban lg

Anonymous said...

pakai je roti arab kalau nak buat saiz besar..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...