بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 10 February 2012

KARIPAP RANGGUP




Best la eksperimen harini. BUAT KARIPAP. Walau dah terer wat karipap pusing mak tok  yg rangup (chewah perasan) tapi kalau mommy wat karipap biasa mmg tak menjadi sangat. Tak rangup & kulitnya jadi tebal. Tiba2 harini terasa rajin plak nak study details mcm org bt karipap walau dah sejuk tapi masih rangup. Ada jugak mommy terjumpa petua nak rangupkan karipap ni dalam majalah wanita semasa mommy belek2 resepi kuih ropa last week.
So, marila kita sama2 jot down agar tidak lagi lupa bila nak bt in the future. Ahdia & Anis makan lebih 4 biji seorang petang tadi. Bila mommy tanya byknya kakak makan, Anis jawab "sedap sgt mommy bt".....heheh!!!Resepi kat bawah ni mommy alter skit ikut info2 lain yg mommy ada.
Sumber: MyResepi (nasuha)

Bahan-bahan (45-50 biji):
  • 500gm tepung gandum - diayak
  • 1/2 sudu besar garam
  • 94gm marjerin/butter/shortening/vegetable fat - (mommy guna 50g marjerin + 50g shortening, campur 2 sudu besar minyak)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan ais
  • 250ml air (mommy guna 200ml air + 3-5 ketul ais)
  • inti karipap secukupnya (boleh refer resepi inti kuih ropa)
Cara:
  1. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan yang besar. 
  2. Pecahkan telur ke dalam tepung tadi dan gaulkan rata sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Sementara itu panaskan butter/marjerin/shortening dengan api sederhana panas sehingga kesemua cair dan hampir mendidih. Jangan lupa campurkan 2 sudu besar minyak masak.
  4. Angkat dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi. Gaulkan dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti. Tabur sedikit garam.
  5. Setelah itu tuangkan campuran air ais tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan (campuran air tidak digunakan kesemuanya cukup sekadar adunan menjadi doh).
  6. Kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 1 jam. Tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel yg lembap (mommy tak tunggu pun, terus je canai).
  7. Ambil satu bahagian doh tadi dan canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2).
  8. Isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap.
  9. Lakukan sehingga habis.
  10. Selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan. Sedia sebagai hidangan minum petang.
The Making

Dapat dalam 38 biji je sbb inti habis.

Tgk le kuali kecik ni. Beli kononnya nak bt rempeyek tapi tak jadi2 lagi. Goreng karipap le dulu.

1 comment:

HomeKreation said...

Aslmkm. Salam singgah. Comel nya kuali tu, senang juga goreng kpap cam tu kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...