بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, February 15, 2012

Kensom (Ikan Merah)


Resepi kampung yg memang terangkat. Cukup lengkap, masam masin pedas!!!! Kalau makan ni dengan nasi panas pastu ulam-ulaman. Pehh!!memang confirm tambah 2 pinggan. Menu kami semalam. Sempoiii.......

Sumber: Mingguan Wanita Sajian Selera Januari 2007 
(mommy adjust sukatan je utk suite dgn bilangan kami)

Bahan2:
  • 3 keping ikan merah yg bersize besar (kalau suka ikan talapia lagi terangkat-kami tak suka)
  • 3 batang serai* (kalau nak ketuk je pun ok, so xde le serat berserabut sangat dlm kuah)
  • 4 hiris lengkuas*
  • 2 hiris halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 8 biji cili api (bergantung tahap kepedasan masing2)*
  • 2 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 8 biji bawang merah*
  • Sedikit belacan*
  • 3 cawan air
  • Jus asam jawa/2 keping asam keping
  • Gula & garam secukup rasa
  • Nanas/kangkung (mommy tak letak sebab dah jemu dgn nanas/kangkung)
*Lebih ngam bt kensom ni + kangkung goreng belacan.Hehe!!! idea je.

Cara Membuat:
  1. Bahan * dikisar halus.
  2. Masukkan air ke dalam periuk & masukkan bahan kisar.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan & biarkan sehingga masak.
  5. Kemudian masukkan nanas/kangkung.
  6. Akhir sekali masukkan jus asam jawa/asam keping & perisakan dengan garam serta gula.
  7. Siap.

4 comments:

Asmara said...

pertama kali dengar perkataan kensom ni. sejenis masakan ye? ada rupa asam rebus tempoyak kan. hehe..

rostina76 said...

Ye As.....ros pun 1st time makan @Restoren di Shah Alam dulu. Pastu baru terpandang semula resepi ni dalam booklet resepi mingguan wanita. Rasa dia lebih kurang asam rebus tempoyak tapi yang ni tanpa tempoyak. Bila makan mmg kaw le.Btw perkataan tu xtau la kot negeri lain panggil nama lain tapi yg dalam resepi tu dia tulis KENSOM.

Huda Ahsin 2 said...

First time dengar masakan ni. Nak cubalah...

Anonymous said...

Ni masakan thai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...