بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 8 February 2012

KUIH ROPA a.k.a KUIH LIPAT


Entry kali ni masih lagi bab mencuba kuih muih tradisional. Kuih lipat a.k.a Kuih Ropa, resepi asal dr majalah mingguan wanita keluaran Ogos 2007 (huish berzaman). Just nak bocorkan rahsia. Dulu mommy mmg suka beli majalah mingguan wanita sbb nak collect booklet resepi yg kat tgh2 majalah tu. Kompilasi booklet ni mmg tebal la mommy simpan dlm ring file sampai skrg tapi jarang2 je jenguk. Takpela, sekurang2nya seronok jugak belek2 semula booklet ni walau zaman canggih ni d hujung jari je nak cari resepi apa semua tak sampai 5 minit dah ada dpn mata. Bila boring2 tu, membelek resepi dapat skit idea nak masak apa.

Okey, utk kuih ropa ni senang je cara penyediaannya. Btw lupa nak bgt, bagi mommy la kuih ropa ni mcm adik beradik roti jala la rupa & rasanya. Barter dia pun sebenarnya sama mcm bahan2 nak bt roti jala. Teknik je yg berbeza. Contoh roti jala kita kirai kan jalanya, manakala kuih ropa ni kita lipat kainnya. Heheh!!! inti pun sama mcm kuah kari cuma kita keringkan ia. U all tgk la resepi kat bawah mommy jot down. Sekali sekala timbul semula kuih ropa ni bagus juga.

Bahan2 kulit:

  • 1/2 kg tepung gandum (mommy guna 3 cawan tepung)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam (1/2 sudu teh)
  • sedikit pewarna kuning (1/2 sudu teh)
  • sedikit minyak masak
Bahan inti:
  • 2 biji ubi keledek/kentang (potong dadu kecil)
  • 500g isi ayam/daging (kisar/cincang) - dlm majalah ni dia guna isi ikan
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu kecil)
  • Gula
  • Garam
  • Minyak
Cara penyediaan:
  1. Untuk kulit: Bancuh tepung gandum dengan air,garam & telur sehingga sebati.(Mommy blend aje semua bahan guna blender).
  2. Masukkan sedikit pewarna kuning.
  3. Menggunakan kuali non stick letak sedikit minyak. Leperkan seperti membuat lempeng.
  4. Untuk inti: Tumis bawang besar sehingga layu. 
  5. Masukkan isi ayam/daging/ikan. Goreng sehingga masak.
  6. Masukkan serbuk kari & goreng sehingga wangi. Jika kering, tambahkan sedikit air.
  7. Masukkan keledek/ubi kentang, garam & gula.
  8. Masak sehingga ubi lembut & kering.
  9. Setelah inti sejuk, sudukan ke dalam kulit ropa & gulung seperti menggulung kuih ketayap.
  10. Ulang sehingga habis. Sedia dihidangkan sebagai menu petang yang lazat.

1 comment:

Vitamin Syaza (VS) said...

Sedapnya. Harini gak nak buat :') tq mommy share!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...