بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 6 February 2012

KUIH TAKO


Gambor baru dpt snap harini, itu yg daun pandan pun dah layu rupanya.

Aktiviti cuti Maulidur Rasul ; Projek Kuih Tako!!! Kalau masa mok ada @sini bulan puasa lepas, mommy dok sibuk nak belajar buat tepung pelita. Harini google cari resepi bt kuih tako plak sebab nak perabiskan water chestnut yg balance bt dimsum haritu. Dah nak buruk dah buatnya peram lama sgt. Haish!!! lately ni mommy xde masa sgt nak bereksperimen gara2 terjebak dgn online bz join partner dgn mak ngah Lela jual baju plussize. Tak sangka permintaan hangat @Brunei ni sampai xde masa sgt weekend nak layan eksperimen d dapur. Daddy pun dah mcm semacam je bila mommy nampak sibuk2 dgn bz ni. Huhu!!! dulu ingat nak hilangkan boring je tlg mak ngah jual, tak sangka permintaan banyak. Apapun, insyaallah mommy akan cuba control agar xleka & abaikan 4A @ rumah ni.
Eh, berbalik kepada resepi kita harini, mommy tertarik utk try resepi kuih tako dr blog laila kamilia (novelis dia ni).


Sumber: Lailakamilia


BAHAGIAN BAWAH
  • Water chestnut (potong dadu kecik2) 
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1 1/2 cawan gula pasir 
  • 6 cawan air 
  • Pewarna hijau (Mommy guna air pandan. So, 1 cawan air pandan + 5 cawan air biasa) 


BAHAGIAN ATAS 
  • 1 cawan tepung jagung (diayak) 
  • 7 cawan santan segera yang dilarut bersama air (kalau guna santan tin/kotak, make sure santan + air jadi 7 cawan gak, contoh santan 3 cawan, so air kena 4 cawan) 
  • sedikit garam 


CARA MEMBUAT (Untuk 33-35 biji)

  1. Buat acuan dari daun pandan berbentuk kotak. Boleh refer SINI kalau nak tau cara membuat acuannya.
  2. Campurkan semua bahan untuk bahagian bawah dan kacau atas api perlahan sehingga pekat.
  3. Tuang dalam acuan yang telah diisi dengan water chestnut terlebih dahulu.
  4. Campurkan semua bahan untuk bahagian atas dan kacau atas api perlahan sehingga pekat.
  5. Tuang di atas lapisan bahagian bawah tadi. Ratakan permukaan dengan licin.
  6. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Stok kuih Tako utk 2,3 hari ni. Mmg berbaloi2 bt kuih tako ni sbb Arfa suka bebenor. Dah 10 biji kot dia makan sorang since ptg semalam. Btw mommy dapat buat dalam 33 biji je sbb xpandai sgt agak masa senduk aduan tu. Ada yg terbanyak & last2 tu dah jadi terkurang. Heheh!!! xpela 1st trial.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...