بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 14 February 2012

NASI NANAS


Nak tayang hasil eksperimen yg BOMMM Ahad lepas. Macam mengidam pulak nak makan nanas. Mula2 tu mommy beli nanas then makan mcm tu aje sbb manis betul nanas kat sini. Budak2 ni pun suka sgt makan sampai luka2 bibir baru stop. Huhu!!kesian kat dorg ni especially Ahdia, mulut merah menyala jadinya sbb pulun makan byk sgt. Tak puas hati sbb mommy tak sempat pulun, mommy beli lagi sebiji. Tiba2 teringat kat satu resepi dalam majalah SAJI yg buat Nasi Nanas. Korek punya korek last2 jumpala resepi tu. Apalagi, bereksperimen sakan le mommy dengan nanas. Hahh!! baru puas hati makan nanas. Jom kita layan resepi nasi nanas ni. Memang sedap rasanya & ditambah pulak combination dengan kerutub daging serta salsa tomato & timun. Walaupun berlainan keturunan & bangsa (ekekek...yelah kerutub mari dr kelate, salsa plak come fr Mexico/Spain......alih2 kena bergaul mesra). Tapi mmg tepatla gabungan 3 serangkai ni. Complete & Balance!!! x caya, u al try le sendiri.

Sumber: Majalah SAJI (keluaran April 2008)

Bahan2: 
(mommy buat 3 cawan beras basmati tapi mommy jot down original recipe ye cuma adjust skit2 je)
  • 1 cawan beras basmati
  • 1 sudu besar stok ayam
  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 ulas bawang putih ( hiris)
  • 1 cawan jus nanas ( resepi asal 1 1/2 cawan tapi mommy kurangkan sbb nasi lembik la guna sukatan asal. Pastu jus nanas mommy beli yg ready made dlm tin, blh juga kisar nanas fresh dgn semangkuk air)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 250g nanas (potong dadu)
  • 250 ml susu cair
  • Minyak masak
  • Sedikit kismis
  • Sedikit bawang goreng

Cara menyediakan:
  1. Beras basmati dicuci bersih & ditoskan airnya.
  2. Panaskan minyak & tumis bawang putih, bawang merah & kulit kayu manis serta 3 serangkai. Goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan jus nanas & biarkan sehingga mendidih. 
  4. Selepas itu, masukkan nanas, beras basmati, garam, susu cair & stok ayam.
  5. Tanak seperti biasa.
  6. Biarkan sehingga air kering. 
  7. Setelah hampir masak, gemburkan nasi serta taburkan kismis & bawang goreng.
  8. Sedia dihidangkan dengan lauk kegemaran masing2.


Inilah set nasi nanas kami. Untuk resepi salsa tomato timun & kerutub sila lihat di entry selepas ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...