بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 16 September 2012

3A with their new A friend

Assalamualaikum.
This N3 is special dedicate to my lovely 3A. Knowing new friend is the best moment to memorize for the entire of our life. Just appreciate the moments & keep it as a gift from ALLAH.

We have been here in Brunei almost 2 years. Last year was really bored especially 3A because they use to have a lot of friends @Malaysia. Play, learn & fight here just among themselves. Once a while during 'mengaji' only they have change to mingle around with their friends @ustazah house. 

Until middle of this year, baru 3A berpeluang berjumpa dengan neighbour cum their new friend. This cute girl is Areesya (our girl next door tapi baru kenal). Macamana boleh kenal Areesya? Hehe, citernya macam ni...
Ingat tak citer yang kami masuk TV?.........Haaaa! wartawan yang temuramah kami tu mama Areesya cum neighbour kami. Selepas sesi temuramah tu, mama Areesya (Hjh Mariah namanya) bagitau yang sebenarnya kami berjiran. Dia mentioned la yang rumahnya hanya sebelah rumah kami tapi disebabkan ada 1 lot kawasan berhutan memisahkan kedudukan rumah kami jadi mmg terlindung dari pandangan kami. Okey after that event mmg xde la jumpa2 lagi sampai le Hjh Mariah dtg menjemput kami untuk kenduri tahlil di rumahnya. Tapi kami belum betul2 ada jodoh masa tu, mommy x dapat join kendurinya sebab masa tu daddy xde (daddy ada course @KL).Dipendekkan cerita, we meet a few times sambil2 bertukar juadah. Hanya selepas open house rumah dorg & kami pun jemput dorg dtg beraya baru le perkenalan lebih erat terjalin antara 3A & Areesya ni. Padahal rumah bersebelahan je tapi jarang2 dpt jumpa sampai le last Friday, kami plan g main2 pantai sama2. Seronok tak terkata semuanya sebab mmg jarang2 dapat change bersama kawan2. Alhamdulilah baik 3A mahupun Areesya nampak ada keserasian jadi geng '3A+a'....Semoga persahabatan yang baru berputik ni dapat berkembang dengan mekar.Sedikit tentang Areesya. Areesya ni puteri bongsu Hjh Mariah & mmg sangat manja. Walaupun ada abang & kakak tapi kedua2 mereka dah besar. Umurnya 6 tahun & bersekolah di Sekolah Chung Hwa Tutong (macam Arfa) in KG3. Cumey jeee Areesya ni!!!

Friday, 14 September 2012

Umbut Kelapa ?

Assalamualaikum.
N3 ni just nak jotdown satu penemuan baru buat mommy. Hahaha!!! macam jumpa benda pelik je kan? Nak story pasal UMBUT KELAPA la weh.... Sukale makan umbut kelapa ni. Actually since makan @rumah jiran time dorg celebrate new year 2012 a.k.a kenduri doa selamat, mommy dah mula suka dengan umbut kelapa masak lemak ni. Macam simple je juadah dorg tapi bila makan mmg ngam le. Masa tu rasanya dorg hidang ayam masak kicap, masak lemak umbut kelapa & a few side dishes. Cuma disebabkan 1st time kenal maka segan la kan nak bertambah (ikutkan hati mmg nak tambah. kik3x...) Oh ye, rasanya mmg style dorg ni kalau ada majlis apa2 pun makan ciput je, tapi blm sempat kita abis makan dah sibuk nak 'tapau'.....Huhu!!!haru betul masa 1st time join majlis/kenduri dorg ni. Chewah!!!kita ala2 bersopan la kan makan slow2 sambil suap2 manja anak2, sekali blm abis kita makan dorg dah mengemas dah lauk pauk utk di 'tapau'......Hah!!!ambik ko, terkocoh2 mommy makan. Budak2 nak makan lagi siap cakap, dah2 dorg dah nak kemas. Hehe!!pengalaman tempat orang. Satu lagi makan majlis apa2 pun mesti kena guna sudu+garpu.....Duduk atas kerusi ke, bersila ke mesti guna sudu+garfu.  Haru le ko kena jeling kalau makan pakai tangan.... Hatta masa open house rumah ustazah baru2 ni pun, si Arfa siap p dapur basuh tangan & selamba makan dgn tangan. Ditambah lagi dgn favourite dia daging masak hitam, sekali ustazah tegur "Suka banar si Arfa toh siap pakai tangan makannya"......Hehe, kita mmg dah azali suka makan pakai tangan kan? Pastu kalau dorg buat majlis tak mcm kita ada kerusi & meja tapi dorg lauk pauk hidang style buffet & kena makan atas kerusi/bersila dalam rumah je. Duduk bersila pun kena pakai sudu+garpu tau. Kalau kena ayam yg keras tu tekan le atas peha dgn garfu.....Hehe!!!
Alamak, pjgnya mukaddimah. Sebenarnya nak tayang masak lemak umbut kelapa yang mommy masak semalam je. 1st time masak umbut kelapa sendiri ni, tapi ptg tu dah siap2 berguru dgn ustazah cara2 nak masaknya (takut le tersilap langkah, better clarify dgn org yg tahu kan).
Untuk yang tak pernah tengok rupa umbut kelapa ni mommy ada pinjam gambar dari kak Nannie
Laaaa, rupanya umbut kelapa ni yang bahagian atas pucuk. Hehe!!!mati2 mommy ingat tang akarnya. Satu lagi ilmu baru harini. Terima kasih kak Nannie for the info.
Gambar @bawah ni plak masak lemak umbut kelapa mommy semalam. Harini after 'perangat' baru teringat nak snap gambar.....Itu yg dah pecah minyak jadinya padahal masak lemak ni tak ditumis pun. Mungkin santan pekat sangat, bila dipanaskan lama2 pecah minyak jadinya.
Resepi sempoi santan+bawang merah+udang kering. Makan dengan sambal belacan lagi....Sedapppp!!!oh btw mommy conquered sorang2 je sebab daddy xsuka segala jenis masak lemak putih. Budak2 layan kari ikan dengan daddy dorg.



Monday, 10 September 2012

Rainbow cake for Anis 7th Birthday

The Making of Anis 7th birthday cake this time really hectic. Penuh ranjau & duri, hehe!!! 
Mula2 kan dia requested cake 'Marie' tapi sorry le kakak. Mommy ni baru je nak bertatih, ko dah siap suruh mommy masuk competition (begitu le ibaratnya permintaan k.Anis tu). Pujuk punya pujuk, last2 mommy suggest kat dia buat rainbow cake pastu buat deco ada love (masa tu tak sure blh buat ke tak tapi kira tawakal je menjadi). Mommy ni selalu buat kerja gile last2 minit. Masa tu nak buat, masa tu le baru nak survey/study steps. 
Google punya google, last2 terpikat sama ini blog pasal dia guna 'Italian meringue buttercream' (heheh, mmg cari nahas lagi guna buttercream canggih manggih ni tapi sebab review psl buttercream ni bagus so mommy nak try gak. After all katanya tidak semanis icing/buttercream biasa).
So, 1st step of course mommy bake the colorful cakes kan....Huhu!!!satu lagi nak story ni. Dah lama sebenarnya mommy nak buat rainbow cake ni tapi problemnya kat sini xde jumpa blue coloring. Haiyaaa!!!!
Nak tahu tak mommy guna apa turn out jugak color blue rainbow tu? Heheh, mmg idea canggih giler lagi ni. Mommy petik bunga telang (HAHHH!!!iye mommy guna bunga telang dapatkan pati warna biru tu). X PERCAYA???? sudahhh. Kalau u all tengok pun warna biru tu cair je tak pekat mcm warna2 lain. Itu je yg termampu (masa tu ada 6 kuntum je bunga telang yg mekar). Klu nak cun, dah xde food coloring korang blh gak kot guna nila baju (hahaha!!!gurau je weh, ada yg keracunan makan kek tu).  So, dipendekkan citer jadi le 6 biji cakes tu (cuma nipis je sikit sebab resepi asal guna loyang 6", mommy plak guna loyang 8.5").
Satu lagi citer haru masa prepared birthday cake Anis ni, masa nak buat Italian meringue tu le. Mula2 tgk kat blog dapur ibu cergas tu, xde details yg kena tukar paddle dr whisk (hehe, mommy ni amatur je, itu yg lurus bendul je). Whip, punya whip mula2 dr meringue putih telur tu cantik je bertanduk tapi bila masuk je butter ia jadi makin cair (soupy)....huhu!!!last2 mommy stop & refer balik link asal resepi ni @Cake Jurnal (haa!!!baru details ko. Rupa2nya kena tukar paddle). Bila 2nd attempt baru menjadi tapi agak lama jugak le pukul. Kat atas tu hasilnya (not bad kan?).
Deconya plak, idea asal nak buat jalur rainbow atas cake guna buttercream tapi masa tu dah lewat sesangat (due to start buat 2nd trial meringue buttercream dah pukul 10am, jadi siapnya cake tu dah cecah pukul 2am).....dengan mata terkebil2 mengantuk & blank mommy tiba2 dapat idea tabur je love shapes balance barbie cake Ahdia dulu. 
Huhu!!!yg mommy bangga dengan diri sendiri plak sebab sanggup asingkan setiap color rainbow tu dari campuran asal. U all boleh bayang tak kutip sebijik2 nak bagi dapat 7 colors tu. KERJA GILER lagi (utk mu k.Anis, xpela.....janji cun).
Resepi kat bawah ni mommy c&p dr dapur ibu cergas je sebab dah xlarat le nak jotdown banyak2.
Rainbow Cake
Resepi asal : Whisk Kid
Bahan2:
  • 226 g butter, room temp
  • 426 g sugar 
  • 5 egg whites, room temp
  • 1 teaspoons vanilla
  • 426 g flour
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp salt
  • 355 ml milk, room temperature

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 175C.
  2. Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas pembakar. Kalau ada 6 loyang lagi bagus. (Ibu cergas guna loyang 6", tapi mommy guna 8.5")
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula castor sehingga bertukar warna pucat.
  5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit. Pastikan telur putih ni dipecahkan satu persatu ke dalam bekas berasingan. Manalah tau kan kalau-kalau ada telur tembelang. Tak ke haru.
  6. Masukkan esen vanila.
  7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung). Kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau pula.
  8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dalam adunan ni, saya anggarkan setiap bahagian supaya mempunyai berat 251 gram. Warna-warna pilihan adalah, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Saya guna pewarna cecair yang biasa-biasa sahaja.
  9. Bakar dalam oven untuk 23 minit bagi setiap loyang (mommy bakar 15 minit je sebab nipis compare yg ibu cergas buat)

Italian Meringue Buttercream
Tak tahan tengok bahan frosting yang Whisk Kid guna. Mana taknya. Sampai 14 biji telur. Nak guna putih telur sahaja pulak tu!! So, saya google-google cari Italian Meringue Buttercream yang agak munasabah bahannya.
Resepi asal: Cake Journal
Bahan2:
  • 120 ml @ 1/2 cup air 
  • 430 g gula castor
  • 250 g @ 1 cup of eggwhites (~ 7 biji diambil telur putih sahaja)
  • 680 g unsalted butter 
  • 1 tsp of vanilla extract

Cara-cara:
  1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.
  2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
  3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
  4. Apabila proses no 3 selesai, stopkan mixer & tukar whisk kepada paddle.
  5. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama, 10 ke 15 minit.
  6. Siap. Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali sehingga kembang bila dah thaw keluar dari freezer.
p/s: Jika adunan masih soupy, teruskan memukul sehingga memperolehi hasil yang dikehendaki. Gebu & kental.



Anis 7th Birthday


Assalamualaikum.
Last Saturday we celebrated Anis's birthday @year 1A PERTAMA School. Her birthday actually fall every 3rd of September but as usual tg Saturday 8/9/2012 baru blh buat majlis (masa tu daddy offday & boleh jadi cameraman cum tukang angkut barang).
Since masih raya mood & attending open houses so mommy macam malas2 sikit nak fikir pasal birthday Anis ni. Tapi bila dapat tahu je dah sampai birthday dia, mula le tanya nak buat kek itu, nak buat kek ini. Yang paling harunya Anis requested nak birthday cake gambar 'Marie'.....Kucing yg pinky tu (dia tgk alas plastik yg mommy selalu guna utk menguli tepung etc. U al boleh refer kat N3 ni nampak post si Marie tu masa mommy godek2 aeroplane cake abg Arfa). Last2 yg jadi walla!!! Rainbow cake.
















Thursday, 6 September 2012

Nak kongsi satu rahsia!!!!

U al ingat tak iklan oreo, seorg budak lelaki yang bijak dgn ayahnya yang tertipu? Plotnya ttg nak share cara dia makan oreo kan. Haa, ingatkan......so baca tittle N3 mommy tu ikut style budak tu ye.
"U al, mommy nak kongsi satu rahsia!!" 
Cara makan serunding.
---------------------------------------------------------------
1. Mula2 isikan serunding dalam bekas.
2. Taburkan kekacang (paling sedap gajus, badam @ kekacang yang berlemak).
3. Gaulkan mereka (serunding+kekacang le).
4. Pastu, makan mcm tu je. Nyaman berabis!!!

Hehe!!!u al pernah makan mcm ni tak? Mommy pun sebenarnya dapat tahu dr ustazah. Katanya org Brunei suka makan serunding dengan gajus. Mula-mula dengar tu confuse gak "ekk, macamana tu ustazah?" mommy tanya dia. Bila dia explain 2,3 kali baru le faham. Pastu kat sekolah Anis & Ahdia jumpa plak seorang parent ni story benda yang sama. Oooo, mmg confirm le trend dorg camtu. 
So, memandangkan stok serunding mommy bertimbun lagi tak luak (dah hampir setahun tapi hebat btui serunding ni tahan xde rosak langsung). Maka, mommy pun try apply concept ni & letak kat coffee table depan TV. Bila try masuk mulut, alih2 xleh berenti la mengunyah. SEDAP rupanya benda alah ni digandingkan dengan kekacang. Mommy godek2 dengan almond sebab byk lebihan buat almond london dulu. Pasni ingat nak ganding dgn gajus plak.
Haa, apalagi???? TRY le.
----------------------------------------------------------
p/s: Cumanye idea ni memang rasa mewah nak buat selalu kan?Sebabnya rege serunding & kekacang agak mahal juga. Pepepun, mmg berbaloi sebab sedap & mengenyangkan. Compare dgn snack yang tak sihat baik kita berabis dengan kudapan yang sihat ni.



Tuesday, 4 September 2012

Idea penyelamat keadaan.

Assalamualaikum.
Harini 2/9/2012 tercipta satu rekaan hasil dari sebuah penderitaan.
Gempak tak intro N3 mommy harini. Hehe!!!org tengah bersukacita ni u all layan ajela ye. Kalau u all masih ingat, tragedi yang hampir membuatkan mommy bercucuran air mata (3A pun ingat kisah pilu ni). Alhamdulilah, episod duka dlm diari masakan mommy dah berakhir dengan terciptanya satu idea canggih (ahaks!!nak gelak weh). 

Selepas 4 bulan gagal mencari tempat utk replace tempered glass lid, baru2 ni mommy dok terfikir alternatif utk guna juga BM tu tanpa perlu ganti glass tempered. Tiba2 'ting' dapat idea guna jelah aluminium coil instead of new tempered glass sebab rasa mommy aluminium coil tahan haba & kalau kita guna dalam oven pun tak terbakar. Cuma sedikit merisaukan sebab jika kita guna dlm microwave ia blh terbakar. 

Setelah trial last weekend maka OFFICIALLY my BM can be use successfully by just replacing the glass lid with aluminium coil. YEAYY!!!! suka tak terkata especially Arfa sebab boleh request pizza anytime he likes (yelah tu kalau mommy rajin).
So, inilah dia pizza 1st batch yang dihasilkan dgn my new BM. Sonangggggnye xyah uli menguli manja. Campak2 je semua bahan2 pastu tido (eh, silap....buat keje lain). Bila 'ia' kejutkan tu makanya dah lunyai le adunan. Jakunnye le mommy ni 1st time guna BM (org lain dah zaman purba lagi guna BM kan....hehe!!!better late than never).
Seronokkk 3A bila dapat potong pizza sendiri (yelah kalau @Pizzahut dah siap potong). Kena buat turn plak rotate utk potong pizza ni. Pepepun, satu lagi kepuasan mommy bila berjaya fulfill permintaan 3A nak mommy buat pizza sedap sendiri. 
Ohw, gambar ni 2nd round Arfa hadap sorang2 pukul 10pm sebab Anis & Ahdia dah tido.... Mommy frozenkan & reheat guna microwave utk dorg bawak bekal ke sekolah.
PUAS ATI.

Sunday, 2 September 2012

Indahnya beraya di desa......


Assalamualaikum.
Wahhh!!!!lamanya kami cuti raya. Hampir 3 minggu tak berceloteh. Mommy ni bila 'mute' blog kjp mula le berat je jari jemari nak start semula. Bila dah dpt momentum tu, Insyaallah laju je. Hehe!!!sebenarnya ada juga citer nak jotdown tapi tule, KURANG RAJIN. Kita start heat engine dengan cerita-ceriti raya la ye. Actually takde yang istimewa sangat raya 2012, cuma bagi mommy cukup bermakna sebab dapat berkumpul dengan semua adik beradik kami. Yang nun di Saudi (family ayah Teh & family C.Dae) pun semua dapat balik. Saudara mara kami mmg tak ramai sebab mok cuma ada 'poksu' seorang je adiknya tapi alhamdulilah kami 7 beradik la penambah riuh rendah dalam family mommy. Bergurau senda & bergaduh pun mmg kami 7 beradik le selalu pun. Yang lagi bermakna, alhamdulilah kami sempat le jugak berbuka puasa @Besut masa last day puasa tu. 
Kami balik Malaysia 16/8/2012. Transit KLIA, kemudian terus amik MH ke Penang. Buka puasa mmg atas flight masa tu (makan je kurma yg mommy bekal & kongsi kid's lunch pack 3A ni yg dapat dlm flight RBA (Royal Brunei Airlines). Nasib request kids meal dpt juga tapau kalau tak mmg burn la sebab kami semua puasa. Ohw lupa nak mentioned, Ahdia dapat puasa 3 hari FULL masa @Malaysia. 1st day masa otw dr Brunei ke KL. 2nd day masa kami last minutes shopping @Penang & 3rd day otw dr Kulim ke Besut. HEBAT le adik Ya!!!!
Hari kedua kami @Malaysia; just spending the whole day shopping raya @ Parkson Seberang Prai. Masa berbuka Mak Lang (adik daddy) bawa kami semua (ehem termasuk makwe Pakcik) ke sebuah restoren ala resort (Puncak Mutiara Cafe). Punya le ramai org kat situ walau kedudukan di ceruk kg. Mak Lang bgt tempat tu famous sampai masuk JJCM Tv3. Konsep ladang ternakan & santai sambil menjamu selera. Memang cantik & best tempatnya.......Heheh!!!rege pun boleh tahan. Takpe, tokey minyak bayar (kata tok wan setahun sekali berabis). Yang frustnya service lembab (mungkin sebab terlalu ramai customer). Cuma sayangnya daddy xbawak kamera & snap moments kami kat sana. Ralat juga, tapi itule mana nak tahu tempat tu okey. Ingatkan berbuka @Restoren mamak je almaklum le depa semua tu anak buah mamak. Kik3x....ampunnnn!
Okey 3rd day kami bertolak balik Besut.....Yeayyy!!!sampai sudah ke desa ku tercinta. Over la mommy, daddy pun bengang je. Nasib baik sepanjang perjalanan tu smooth je tanpa ada jamm teruk (sepanjang2 perjalanan mommy tak putus2 berdoa semoga kami sempat sampai & berbuka dgn semua org). Bertolak pukul 2pm sampai ngam2 7.30pm.....Memang AJAIB sebab xde jamm. Alhamdulilah.....
After that mommy dah lega & feeling pun dah cool down. 3A le plak yang excited terlebih2 sebab dapat jumpa geng2 sepupu sepapat dorg & yang paling seronok dpt main bunga api. Kat Kulim sepupu sepapat kecik2 lagi jadi kurang happening tapi @Besut ni sepupu semua lebih kurang sebaya..... Itu yg membuatkan dorg lagi happening (bukan bias nak upkan desa sendiri ye daddy....heeee). Sampai sini le cerita ceriti kenangan balik Malaysia. Lets the pictures do the talking......
LAYAN GAMBAR KENANGAN RAYA





















Gambar2 raya kami yang lain boleh tgk @FB mommy.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...