بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 3 October 2013

Kuih Lapis Syrup Strawberry Hershey's

Assalamualaikum & good day.
Harini xde apa yang special. Life goes on…………
Breakfast beli bihun goreng BND1 + ngap seketul roti pandan (beli gak). Untuk lunch tadi kami layan tomyam & telur bungkus, burpp!!! alhamdulilah kenyang. 
Petang ni xde buat apa2 eksperimen di dapur sebab nak ngap Kuih Lapis Strawberi cun ni lagi & lagi………….U al nak gak ke?


Mommy buat petang semalam (ingatkan sempat makan utk teatime), disebabkan masa siap kukus tu dah pukul 5++pm, pastu nak kena tunggu sejuk dulu baru boleh potong, maka xsempat le nak sediakan masa minum petang. Harini baru boleh layan. Ahdia suka la sangat kuih ni sebab bukan saja colornya cantik tapi rasanya juga. Resepi masih guna resepi Kuih Lapis Pelangi dulu cuma perasa tu mommy guna syrup Hershey's. 


Mommy salin semula la resepi senang sikit nak refer lagipun adunan dulu sikit sangat, so next time buat 2x ganda seperti resepi di bawah.


Bahan-bahan (loyang 7'X7')
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 1/2 sudu kecil garam
3 cawan santan pekat (kepala santan)
2 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar sirap merah perasa ros (mommy guna syrup hershey)
Pewarna merah
2-3 cawan air (utk mencairkan barter, terpulang kpd santan yg d
gunakan)


Cara-cara
1. Dalam blender, masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Tapiskan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 1 cawan air, kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian/lebih. Letakkan satu bahagian pewarna merah & satu lagi dibiarkan warna putih.
4. Masukkan 2 cawan adunan berwarna putih (asal) ke dalam loyang (pastikan sapu loyang dengan sedikit minyak masak) & kukus selama 5 minit.
5. Selepas 5 minit, masukkan pula 2 cawan adunan warna merah dan kukus selama 2 minit. Kemudian selang selikan warna merah dengan lapisan putih (asal).
6. Lapisan yg terakhir warna merah dikukus selama 20 minit. Bila dah masak tunggu hingga kuih ni betul2 sejuk.
7. Dgn hati2 potong kuih dengan pisau yg nipis & tajam.Setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)

7 comments:

Unknown said...

Kenapalah korang suma rajin sgt buat kuih2 mcm ni..
K.Sham.. rajin makan jer..
Tapi cun la itu "merah"
Tak pekat tak kurang.. just niceeee..

Tengkubutang said...

perghh.. sedap tuuuu.. nyum2

mala said...

macam tau saja ada syrup strawberry hershey kat dlm fridge. nak tak ? tlg buatkan kuih lapis ni sekali ...

Unknown said...

dah lama xmakan kuih ni..boleh la knah cuba..rajin ros buat kan..=)

tun_telani said...

Salam kak ros.. tun suka makan layer by layer.. hihi.. antara kuih feveret yg sgt teramat malas nk buat. hihi

OKje said...

Ros nape nipis sangat lapis stroberi ni?

rostina76 said...

okje: sebab buat sikit pastu bekas plak xdak yg cute. itu yg jadi nipis…..tapi sesuai utk 3A ni sbb klau buat besor2 kot makan membazir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...