بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 19 February 2014

My version of brownie in a mug


Tarra!!!! Ni dah 2nd round buat. Semalam bt xdak ice cream, harini br complete.



Mmg senang cuma next time buat mommy nak kurangkan gula (guna brown sugar mcm sue bee ckp pun lg ok).


Hehe!!!!Sorry ye, ice cream homemade inter frame gak ni (over acting dr brownie dah gayanya).


Ice cream Homemade guna resepi DULU juga.



So, aci dah ekk mommy dah buat. U al try le gak time malas2 tu ye. 


Sapa2 ada resepi senang & cepat mcm ni lagi bgt mommy gak ye, skrg ni musim semua nak 'instant'. 

Brownie in a mug

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Kalau mood tengah malas, tapi mulut tu nak je bergerak2 (makan ye bukan bersembang) boleh le try ni. Sesuai juga kalau2 ada tetamu yg main terjah je ke rumah kita & nak bersembang lama a.k.a menjamu mulut juga. 



Hehe!!!Proven. Mommy dah buat juga. Aiskrim pun buat sendiri tau. Tunggu versi mommy plok pasni.


Tuesday, 18 February 2014

AYAM SOS LEMON

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Just for ur info: mommy baru dapat  reply semua komen kawan2 since N3 Khasiat Buah Durian onwards. Maafla terlambat reply, disebabkan masalah dalaman mommy sendiri (last week rushing & mood down sikit, so takut nanti komen jadi hambar. Mommy nak semua org happy je…....hehe)


Harini nak share resepi Chinese Style yg semua org dah tahu kot. 'Ayam Sos Lemon' yg simple but really  mouth watering (masam2 manis, mana tak berair mulut).


Dulu2 pernah buat tapi this time mommy buat dgn follow resepi Perniagaan Katering ni (untuk sos aje). Resultnya ok, sedap. Mommy jotdown untuk rujukan 3A.

Bahan2:
2 keping dada ayam-potong kiub

Bahan2 perap:-
3 sudu besar tepung jagung 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh minyak bijan 
sedikit pepper 
1 biji telur 

Bahan2 salut:-
(campurkan)
5 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung


Bahan2 sos lemon:- 

1 cawan (250 ml) stok ayam. (Kalau tak ada stok ayam gunakan
dalam 2 kiub pati ayam)
3 sudu besar jus lemon 
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula 
1 1/2 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar minyak 
Sedikit pewarna kuning (optional) 

Caranya:
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. 2. Salut ayam dengan bahan salut & goreng hingga garing. Toskan minyak.
3. Cara Penyediaan sos lemon:
3.1. Adunkan gula, 1 cawan stok ayam, tepung jagung, jus lemon, garam dan sedikit pewarna.
3.2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan masukkan adunan tadi. Panaskan kuali dengan api kecil dan kacau adunan itu sehingga sos anda menjadi jernih. 
4. Hidangkan ayam goreng dan tuang sos ke atas ketulan ayam tadi. 

Makan panas-panas. Masakan Cina perlu makan panas-panas dengan nasi yang panas juga..


Monday, 17 February 2014

KEPENTINGAN BASMALAH



BASMALAH = bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi



Mommy rasa cam tersedar bila dengar kuliah mufti (siaran radio Nur Islam Brunei) pagi tadi.Topicnya 'Bacaan Basmalah'....Mufti ustaz menceritakan ttg pengalaman beliau dgn seorang prof yg menulis buku ilmiah Islam tetapi terlepas pandang ttg kalimah Basmalah ini dlm setiap bukunya. So, mufti ustaz menerangkan betapa pentingnya kita sebagai umat Islam untuk kekal istiqamah dalam setiap perbuatan memulakan dengan kalimah basmalah kerana nabi2 terutamanya Nabi Muhamad SAW & para malaikat juga menyebut kalimah ini setiap kali menulis mahupun melakukan segala perbuatan. ALLAH SWT sendiri memulakan setiap kalamNYA dalam kitab Al-Quran dgn kalimah basmalah, so kenapa kita yg sebagai hambaNYA perlu 'skip' kalimah ini. Betapa mommy terasa yg kita selalu alpa (mungkin dlm perbuatan kita sebut tetapi dalam penulisan jarang yg memulakan kalam dgn kalimah Basmalah ini). 
Jika kita sedar bahawasanya setiap kali kalimah basmalah itu disebut maka bergegarlah Arasy ALLAH & dengan itu turunlah para malaikat untuk sama2 meraikan & melindungi makhluk yg memuliakan kalimah ini.   Serentak dengan itu juga semua syaitan & iblis akan tersungkur rebah dari memperdaya insan yg memulakan perbuatan mereka dengan kalimah basmalah ini.
Jika kita amalkan 21 kali bacaan basmalah ini sebelum tidur juga ia dapat menghindarkan kita dari gangguan syaitan, makhluk yg berniat jahat kepada kita, kecurian, kebakaran, mati mengejut & banyak lagi.
Ya ALLAH!!!!pasni mommy harap mommy istiqamah bukan sahaja dalam perbuatan malah yg mommy selalu leka ialah ketika jotting down sesuatu dalam 'Wind of Change' ini. Semoga apa yg kita lakukan mahupun sampaikan dalam penulisan kita diberkati ALLAH, Amin3x.
Segala yg mommy jotdown harini hanyalah sebahagian (yg mommy ingat point2 mufti ustaz cakap tadi), segala kekurangan itu dtg dari kelemahan mommy yg selalu pelupa ini. Bolehla kita rujuk kembali kepada para ilmuan ttg hal ini. Allahualam.


Sunday, 16 February 2014

Korea - Namdaemun, Myeondong & Itaewon Central Mosque

Assalamualaikum & salam sayang.
1st of all mommy mitak maaf ye kot2 ada yg tersalah faham ayat mommy (yelah susah kita ni bila berbicara kadang2 tak sedar ayat yg bg kita xde hal@maksudnya lain tapi bg org lain hal yg besar & memberi maksud yg lain plak). Dalam n3 Korea - Busan tu, maksud mommy yg mommy xsuka Korea tu bkn berlagak dah pergi tapi tak suka plak & bukan juga tak bersyukur (org mental je kot tak bersyukur kalau dpt peluang melihat negara org kan)……tetapi maksud mommy yg xde mood tu disebabkan impian yg terpendam lama nak ke Japan (yg negara lebih kurang, tambang lebih kurang, suasana lebih kurang) maka mommy sedikit frust la sbb majoriti kami (4A la) prefer g Korea instead of Japan (so mommy rasa harapan mommy nak smp Japan kebarangkaliannya tipis dah laaaaa). Dari kecik berimpian nak g tgk Ultraman mommy ni, huhuhu!!!! Itu je…….


Bersambung cerita trip Korea. Hari kedua, pepagi lagi kami dah bangun & bersiap sedia dgn jadual perjalanan yg agak pack. 

Mula2 sekali guide kami, Syazwan bawa kami untuk membeli belah souvenir (awal2 mommy dah bgt dorg mommy xnak shopping sakan cuma nak beli sedikit souvenir). 

So destinasi yg tak asing lagi bagi pelancong dari Malaysia of course Namdaemun & Myeondong. Kat sini kami just beli brooch & souvenir. Juga tshirt. 



Kemudian masuk plak boutique yg tgh dok SALE giler2 dgn harapan nak beli winter jacket mommy (huhu, jacket mengecut, mommy dah xmuat). Keluar masuk, keluar masuk boutique yg byk2 tu satu pun xde yg size mommy (XL weh)…….

Ya ALLAH!!!!!geram & tension betul dgn minah2 Korea yg kecik2 molek ni. Last2 nak hilang frust tu terbeli je winter boot (murah weh serius xdpt kat tanah malaya camni).

Sedar tak sedar dok melilau2 cam byk benor belinya tu, jam dah dekat pukul 2pm. Masa tu perut dah mula mintak isi. Syazwan bgt kami akan berehat, solat & lunch @area Itaewon (area byk muslim). Amik train kami menuju ke Itaewon, terus aje menapak ke arah masjid.


SubhanaALLAH!!!!mmg cantik Masjid Seoul ni & yg paling menarik menurut Syazwan muda mudi Korea dah mula berjinak2 untuk mengetahui ttg Islam (mereka dtg ke sini & bertanya ttg Islam dengan petugas2 yg berkhidmat di Pusat Islam). 





Majoriti rakyat Korea buat masa ini adalah 'free thinker' & masih mencari2 pedoman hidup. Masa kami solat tu juga ada seorang gadis Korea (siap berpurdah…..rasanya minah ni la kot yg masuk dalam temuramah TV3@Al-Hijrah ke pasal Islam di Korea dulu), sedang khusyuk membaca. Mommy bagi salam je sebab xnak kacau dia yg tengah khusyuk tu.



Usai solat, sempat lagi posing2 depan masjid & menikmati keindahan sekitar Itaewon (masjid ni berada di puncak bukit so blh nampak view bandarnya).


Seterusnya kami cari port utk lunch (banyak pilihan kat sini sebab byk restoren muslim dari timur tengah juga dari Asia). Atlast atas persetujuan ramai kami pilih Mr Kebab (xde gambar sbb semua dah mcm kebulur….hehe). 



Next destination, kami ke Namsan Tower (sepatutnya ke Namsan Traditional Village dulu sebab tempatnya berdekatan tapi boleh plak si Syazwan ni lupa…..adussss, bila balik mlm tu br mommy perasan itinerary kami tak telly). Sambung next n3…...











Saturday, 15 February 2014

SUP KETAM

Assalamualaikum & salam sayang.
Orang Malaysia especially Klang Valley area dok kecoh dengan wabak denggi skrg ni kan, pastu timbul la mcm2 petua yg disarankan. Salah satu yg mommy baru tau ni hah Sup Ketam (lagi mujarab ketam nipah katanya). Mommy mmg tak pernah masak ketam secara sup ni……selalu dok buat of course masak lemak disamping blackpepper, ketam masak cili, ketam telur masin & ketam masak neo.


So kebetulan dlm freezer ada ketam, mommy cuba la masak sup ketam ni & tunggu penilaian 4A. 


Hasilnya mendukacitakan sebab dorg kurenggggg minat style ni. Mmg pun kalau jenis rebus air ni dorg kurang minat, mommy masak rebus ketuk serai mcm yg mok selalu buat zaman mommy kecik2 dulu pun xlayan. Katanya kurang kick sikit ketam buat sup mcm ni (mungkin sbb kami dah biasa dgn heavy gravy). Pepepun no harm trying kan especially kot2 ada yg kena denggi (nauzubillah!!!!!).
Resepi cam biasa je, blh la mommy jotdown utk reference sapa2 nak.

Bahan2:
 4 ekor ketam bunga/nipah (bersihkan & belah dua)
*Halia (dalam 3-4cm)
*Bawang putih ( 2 biji)
*Bawang besar (1 labu)
Serbuk lada sulah/lada hitam
Air  (1-2 liter)
Garam
Tomato (belah empat)
Daun Sup
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya:
1. Kisar bahan2 bertanda *. Kemudian tumis sehingga garing.
2. Masukkan air & biarkan mendidih.
3. Masukkan ketam & tomato. Masak sehingga ketam berubah warna (oren).
4. Perisakan dengan garam & bahan perasa. Siap.
5. Semasa menghidang bolehlah ditabur dengan hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng.






Friday, 14 February 2014

Korea - Busan

Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy nak mulakan n3 percutian hujung tahun kami yg lepas. Memenuhi hajat 3A yg nak main snow due to tgk mak sepupu dia main snow kat Korea (huhu!!!mcm tempat lain xdak snow). Walaupun jauh di sudut hati mommy tak minat dgn Korea sbb dah lama berimpian nak gi Jepun tetapi adat org menumpang ni kena la mengikuttttttt je. 



Actually mommy xde mood sgt la nak jotdown about Korea ni (not my wish list kan…juga tidak minat citer korea sebab dah sebati dgn citer Jepun zaman muda remaja dulu2…..huhu), tapi alang2 dah buat blog carca marba kena la jugak tepek semua citer yg berkaitan 4A+R especially citer jalan2. So, harap u al pun layan jelah ye (mommy tak akan citer byk ttg cost & itinerary sbb kami byk bergantung dgn tourist guide). Tak lama kami g pun. 6H5M je.

Planning asalnya kami dah survey ticket murah MAS since bulan Jun last year tetapi disebabkan urusan Umrah kami yang 'hanging' sehingga la to the last minute December tu makanya segala budget awal terpaksa dibubar (ingatkan daddy nak cancel trip Korea rupa-rupanya proceed gak). 

So, bermula la episode terjah sana, terjah sini segala airlines sbb nak cari yg berbaloi (sbb yg MAS dulu tu murah betul direct ke Incheon lagi). Last2 selepas dibuat comparison kami agreed utk proceed dgn AirAsia X ke Busan (rupanya ada gak untungnya sebab merasa naik KTX, pastu kan nasi lemak lengkap lagi. kuang3x). 




Oh!!!nak citer mommy jakun sikit masa dlm flight AA tu sbb steward dia semua cam pelakon2 citer Korea. Aikk, nape semua muka jambu2 je mamat2 cina ni ( mmg masa g Umrah pun steward dia tinggi2 juga & hensem tapi melayu tulen la kan). Yang peliknya stewardess plak heheh harap seksi je lebih tapi aura cunnya kurengg (Ya Ampun klu ada stewardess AA baca ni mahu mengamuk). Ok, bila makin lama mommy usha & dengar plak announcement kot bahasa Korea, laaaaaaa rupenya mmg betul2 mamat2 Korea rupanya (badge dorg pun ada bendera Korea). Dorg bahagi….steward semua dari Korea & stewardess plak dr Malaysia.
 So, nak tanya mmg AA guna model steward ikut negara yg kita nak g ekk? 

Ni bukan model Korea ye. Heheh!!!







Ok, dah landed Busan (3A excited la sbb sejuk bekukan….mommy cam bosan je). Lepas amik luggage semua & transform dari baju nipis ke winter jacket baru le kami menapak ke station LRT. Bab ni mmg mommy serah kat daddy (lambat pickup skit bab2 jalan LRT ni, dulu @HK pun sama daddy yg handle).

After 2 kali tukar LRT baru kami sampai station Busan (utk amik KTX ke Seoul). Kes haru bermula di sini. 

Tourist guide kami (dorg ni student Malaysia @Korea. Part timer jd tourist guide). Dia bg arahan kami amik tiket & turun di Yeongdeungpo station (last station ialah Seoul station). Ok, fine……daddy pun pergi le ke kaunter utk beli tiket (mommy dah pelik nape lama bebenor daddy dok ayat minah Korea tu, ingat dok gorat. kik3x). Sekali bila dah settle daddy bgt tiket KTX time tu dah abis (masa tu dlm pkl 6pm+), so yg tinggal last train which gerak pukul 9:10pm & xleh turun station Yeongdeungpo, kena turun station Seoul juga kecuali naik train yg slow amik masa 5jam (huhu!!!!hampeh. Stranded la kami 2jam kat situ).


So, melilau2 la cari makan & posing sana sini dulu sebelum bergerak ke Seoul. Sempatla 3A jadi maskot KTX kejap. Hehe.



Dengan mamai2 & kepenatan akhirnya kami tiba di station Seoul pukul 12am+…


Yang frust sbb terpaksa skip jadual malam tu (sib baik dpt cover juga hari lain). Ok….our guide namanya chi (samaran tu), dia jemput kami & bawa balik ke guesthouse. Zzzzzzzzzz.


Hari last kami juga @Busan. Kami balik ke KL dengan flight China Eastern juga dari Busan - transit Shanghai - KLIA. Flight kami petang tapi kami gerak pagi dr Seoul (ni nanti citer kenapa)….


So, ada sedikit masa yg luang tu kami sempat la melawat ke Yongdusan Park. Nothing special tempat ni cuma ada Busan Tower & taman rekreasi juga tempat di mana kita boleh lihat hampir keseluruhan bandar Busan dari puncak.


Kes haru lagi terjadi sbb kami terpaksa tarik luggage ke sini. Huhu!!!locker @Busan station boleh full time tu (ngok ngek betul). Tapi kami proceed juga ke Yongdusan Park tu sbb dia ada mentioned ada escalator. 


Haiyaaaaaa!!!!rasa nak je lempang org Korea. Rupa-rupanya escalator hala naik je…..turun kena guna tangga. MasyaALLAH!!!!dah le tinggi. Last2 smp in between tu mommy surrender bagi 4A je naik & posing. Tak kuasa aku nak buang lemak lagi, kang tinggal tulang susah 4A nak hidup bela hantu jerangkung plak. Berat oooo luggage kami tu almaklum byk brooch2 yg borong (yelah sgt, padahal beli sorang satu je pun).

 Dah siap posing2 4A tu, maka kami terus proceed ke airport & tunggu flight ke Shanghai. 


Tukang jaga beg. Huhu!!



Thursday, 13 February 2014

PEANUT BUTTER CAKE

Assalamualaikum & salam sayang.
Mood RAJIN sudah mariiiii.


Projek membaking pertama bagi tahun 2014 telah bermula dengan hasil yang sungguh TERBAEK ( my own judgement yo, jgn jeles).
Walaupun nampak simple & very dull tapi I tell u rasanya mmg 'the very the delicious'. 


Yang paling tak tahan tu, rasanya yg kaya dengan kacang tumbuk. Rasa crunchy kacang tu still terasa on the topping & juga dalam tekstur kek itu sendiri. Pastu plak gebu gebas sangatnya kek ni walau guna tepung gandum biasa tanpa ayak pun.


Sapa2 yg tak puas hati dengan pengakuan mommy ni silala try sendiri & bagitau. Ni resepi mommy jumpa dari fb@Rohaimi Ahmad.

Bahan2:
250g butter
200g gula pasir (kisar halus)
4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100g kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar)
50ml susu cair

Caranya:
1. Pukul telur + esen vanilla hingga kembang. Ketepikan
2. Dalam bekas lain, pukul butter + gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur yg telah dipukul (no 1) ke dalam butter (no2). Putar sebati.
4. Kemudian, masukkan tepung + baking powder & putar sebati.
5. Akhir sekali masukkan kacang tanah & susu cair. Putar sebati.
6. Sediakan loyang; sapu marjerin, tabur tepung & lapik baking paper.
7. Tuang adunan ke dalam loyang & seterusnya tabur sedikit kacang tumbuk di permukaan adunan.
8. Bakar pada suhu 150'C selama 50 - 1 jam (ikut kepanasan oven masing2).





Wednesday, 12 February 2014

KHASIAT BUAH DURIAN


Assalamualaikum & salam sayang.


Ruginya mereka yg tak suka makan durian.

Monday, 10 February 2014

MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA!!!!

Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy percaya semua akan AGREE dengan mommy kalau mommy announce hidangan di bawah sebagai  makanan paling sedap di dunia.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nasi + telur mata lembu (kami panggil telo mato kuba), belum cukup tu. Di siram dengan kicap hitam. Emmmm…..
Nikmat tak terhingga……kik3x!!!!


Kredit to fb@sepahtu sebab ingatkan mommy kesedapan hidangan ni. Ada ke org tak pernah try hidangan sedap ni ekk? 
Oh btw, utk resepi sila hubungi pihak sepahtu ye. Hehehe!!!!

Sunday, 9 February 2014

LIMAU SUSU?

Assalamualaikum & salam sayang.
Dapat juga bersiaran harini sebab tak ke mana2.
Mommy nak tanya ni sesiapa yg tahu. Last week mommy ada beli limau ni kat Pasar Ikan Jerudong. Bila terpandang dari jauh fikir mommy limau yg mommy makan zaman dulu2 kat kampung. Kami panggil limau tu 'LIMAU HAJI DOLLOH', tapi rupa-rupanya tak sama. Huhu, frust!!!!!


Limau Haji Dolloh ni kecik buahnya anggaran macam buah limau mandarin/orange tapi kulitnya sedikit tebal & berwarna hijau mcm limau bali. Isi dalamnya plak putih mcm limau bali tapi rasanya lebih manis & juicy. Kalau limau bali kan pahit2 sikit. Dah lama sesangat mommy dok cari (balik kampung skrg pun dah takde). Menurut mok 'limau Haji Dolloh' tu banyak kat Siam, itu yg Kelantan je ada (mommy nak tahu kot2 ada kat tempat lain).


Berbalik kepada limau yg mommy beli tu, bila tanya namanya org yg jual bgt namanya limau susu. Bila mommy google pun xbanyak info pasal limau ni. Cuma mommy perasan la kat Brunei ada 2,3 kali nampak limau ala bali tapi size mcm orange ni org jual. Bila rasa isinya mmg sebijik rasa limau bali (which i don't really like it). Huhu!!!!kempunan & mengidam ni……..
Mana laaaaaaa nak cari Haji Dolloh ni? Sapa2 blh bagi info dok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...