بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 5 October 2013

Oh, tantiknye karipap mommy!!!!

Assalamualaikum & good day.
1st of all jgn ada yg mengutuk dlm hati ye bila baca entry ni. Hahaha!!!!mak budak baru belajar camni le perasannya kalau dapat buat sesuatu yg blm pernah di buat. Bagi org lain mmg xde pelik & hebatnya apa yang mommy bt ni (ada aku kesah).....tapi mommy nak kena jotdown ni kelim karipap cun mommy buat setelah sekian lama dok main yg acuan je. Lalalala!!!!! Pasni nak kelim sendiri je lagi laju & senang.

 Alkisah buat karipap ni hari Selasa lepas sbb ada sambutan hari guru @ sek Ugama Arfa & Anis plak... Huhu!!!rajin le membuat karipap. Bila masa dah suntuk sbb pagi tu temankan daddy g klinik, maka mulala kelam kabut nak menguli & menerap (inti dah siap semalam sblmnya)...Itu yg buat style cepat ; uli, bulatkan, leperkan, msk inti & kelim tepi. 

Hasilnya walau mula2 yg 5 -10 ketul pertama tu cam kelakar gila (siap besar2 gedabak & kempis) tapi as practise makes perfect.....last2 tu kira blh la di terima masuk majlis (heheh!!!puji sendiri la lagi). U al jgn gelak ye.....ala2 terhangit plak bila goreng harini (yg dah frozen ni).


Resepi karipap ni boleh refer resepi inti MAK TOK. Cuma this time adunan tu mommy buat simple but lagi sedap & ranggup. 
Panaskan 2 sudu besar margerin/shortening dengan 1 senduk minyak masak. Pastu masukkan ke dalam tepung gandum (tuang sikit2 sambil dikacau dengan garfu). Kemudian, tuang pula sedikit demi sedikit air garam sambil menguli. Uli sehingga doh lembut & tidak  melekat ditangan. Bulat2kan adunan (anggaran sebesar syiling 50sen kot). Pastu leperkan di atas tapak tangan & masukkan inti. Tutup kembali & tekan2 sekeliling adunan supaya inti tak terkeluar. Kelim dengan kemas di keliling.

p/s: semasa proses memasukkan inti & kelim tu pastikan adunan bulat2 tadi ditutup supaya tidak keras.


11 comments:

Unknown said...

salam Ros, dah ok lah tu janji boleh ngap mesti happy anak2 bawa kt sekolah kan..

suka suka said...

assalam... akak ni dah pencen mengelim.. dolu zaman sekolah menengah untuk jual dibazar Ramadhan akak kena mengelim karipap ni.. ok la tu dah jadi karipap kelim sendiri!

Umm AA said...

cantinyer ros kelim..sy sll guna acuan jer..kalau nak kelim berjanggutlah jwbnyer..

tun_telani said...

Salam kak ros..tun jarang2 buat karipap, bila buat tu mmg buat byk utk frozen. dua tiga bulan sekali baru la mengelim. sakit pinggang nk siapkan satu adunan. hihi.. biasa tu guna acuan, lepas kepit ngan acuan baru kelim, sbb nk kasi sama besar karipap tu, kalau x mmg mcm2 saiz. hihi

NEKCIK said...

Nekcik pun suka nak kelim karipap..nak cuba buat kulit karipap pakai resipi Ros ni..bubuh inti keledek dengan udang kering

nurbijen said...

saya baru order acuan karipap dari M'sia (sbb tak pandai nak mengelim-tangan keras).. tp sampai skrang belum ada peluang nak buat karipap.... makin terliur tgk karipap kak ros ni....

mala said...

ok la tu karipap. cantik apa. kalau mala buat cuma 2-3 saja boleh masuk majlis. pakai acuan pun serupa tu jugak hahaha

Unaizah said...

Okay la tu. At least Ros pandai klim karipap manually. Tak semua org ada kebolehan tu. Cantik ke tak tu subjektif.

Mulan said...

yummehh... kalo karipap saya buat alamatnya ternganga lah semua nanti...

εïзmmyHazaεïз said...

Sedspnye. Kelim cantik. Saya xpandai kelim guna jari..

OKje said...

Okje mmg suka karipap tp yg anehnya tak teringin langsung bak mencuba hehe...patutnya buatlah sendirikan baru puas makan inti daging

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...