بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 5 March 2014

MUSIM BUBUK

Assalamualaikum & salam sayang semua.

Semalam k.Maria (my neighbour) kidnap my 2 gegirls bawak jalan2. 


Mula tu katanya nak bawak pegi kebun tapi end up nya driving along the beach. Dengan keta estima klasiknya (byk keta depa2 Bruneian ni……yg estima buruk ni mmg yg dorg buat lenjan jelah). 

Masa mommy dok angkat kain dr ampaian tiba2 dorg muncul dari backyard kami (dr pantai dgn keta), siap bimbit plastik. 

Sekali dia bgt org dah start tarik bubuk kat pantai & ni dia nak share bubuk dgn kami sebab banyak org bagi free. 

Fyi, dorg tarik bubuk ni time laut surut & tenang. Mommy pernah cerita sikit pasal ni dalam N3 An Evening in Kg Danau.


Tudia, rezeki di petang hari.

For gegirls mmg happy teramat la dpt jumpa Areesya (semua dgn uniform sekolah lagi sbb 3:30pm blk sekolah ugama terus g rumah Areesya.

Abang pun apa kurangnya, tak sedar diri dah year 6 & big exam tahun ni tapi hari2 main dgn kawan2. Bila laut tenang sikit baru mommy benarkan dorg turun pantai tp still xbagi mandi laut. Pepepun, nak tegas sangat kesian juga kat dorg. Mommy rasa biarla dorg feel jadi budak kampung sebenar sementara kami masih di Brunei ni. Rasanya kalau kat Malaysia mmg jadi KL boy la.

Tuesday, 4 March 2014

KERABU SARDIN

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Harini back to reality…..huhu!!!org berangan makan sardine je (actually lauk mg lepas lagi, lebihan buat sandwich sardin). 
Ni mommy nak jotdown je lauk org malas yg sangat sedap & yet sangat berkhasiat.


Semua makan sardin? Dah cuba Kari Sardin? Harini kita buat Kerabu Sardin plak.


SENANG BANGET SUSTA!!!!
Caranya: 
1. Lenyek isi sardin (mommy suka ada sos dia byk2 sikit).
2. Gaulkan dengan bawang besar merah, serai, bunga kantan & cili padi (yg semua dihiris halus).
3. Perisakan dengan sedikit garam & gula.
4. Perah jus limau nipis secukupnya.
5. Gaul rata semua bahan & sedia dihidang.

Monday, 3 March 2014

Rumah Idaman Kalbu - Minimalist Design

Adoilaaaaaaaa, mommy mitak ampun ye kalau ada yg menyampah. Ini blog mommy & rasanya tak salah kalau mommy nak meroyan sorang2 berangan pun. Hehehe!!!!tapi lebih syok kalau meroyan berangan beramai2. Angan2 ni kalau disertai doa tersangat la effisiennya kan? So mari2 kita berangan & berdoa sama2 (jemaah) semoga kita dapat memenuhi impian kita (walau apa pun impian anda). 


Okey ni nak habaq mai, mommy ni dok suka leeeeee meroyan sorang2 dengan rumah idaman mommy ni (yelah kalau berangan dgn daddy tak syok sebab dia asyik gelakkan mommy je, pastu perlekehkan mommy dgn ayat "sembang deraih" (apatah maksudnya, mungkin cakap kosong kot) MENCI tul!!!!…..potong stim org betui laaaa dia ni). 

Tapi kan mmg dari kecik pun mommy mmg suka tgk rumah org lawa2 (tak semestinya besaq gedabak tau)…..janji cantik, bersih & ada laman cantik. Mungkin sebab masa kecik2 dulu mommy dibesarkan kat kedai (situle tempat berniaga, situle tempat tidur, situle tempat makan, situle jugak tempat bermain), jadinya teringin sangatnya nak berumah tangga mcm kawan2 yg lain. 

Alhamdulilah bila dah besar & berkahwin kami dah berjaya memiliki rumah sendiri. Rumah 1st, apartment @Subang Jaya. Kecik je tapi tersangatla suka & selesa tinggal di situ (environmentnya sgt cosy & privacy). Then, ada rezeki lebih sikit kami move to Puncak Alam. Persekitaran yg baru dengan jiran2 yg baik tetapi tak lama rezeki di situ & seterusnya kami beralih arah ke Brunei. Alhamdulilah rumah kat sini besar2 gedabak tapi tule hakikatnya harta pinjaman dunia semata. 

Lately ni mommy dah terasa bagai di seru2 utk berumah tangga sendiri (walau bkn dlm masa terdekat sbb tak puas lagi dok @Brunei cuma terasa nak ada base sendiri @Malaysia atleast bila kami dah settledown nanti). Coincidence perasaan ni dicuit takala dgn hasrat daddy nak cari rumah utk disewakan, sekali terjumpa lot yg sgt memenuhi citarasa mommy yg sederhana ni (ngeh3x….sederhana je & kat kampung lg area tu).


Mommy sangat2 berharap daddy boleh rasa apa yg mommy rasa ni & bersetuju utk grab the opportunity. Mommy just nak ketenangan & menghabiskan hari2 tua dengan daddy secara sederhana di tempat yg damai persekitarannya (dalam hutan le ni). Secara tak langsung agar hubungan kita dengan ALLAH pun lagi dekat, InshaALLAH.

Okey, kalau u al perasan gambar2 rumah yg mommy share ni semua design moden kan? YUP!!!!!!i really in love dengan design 'Modern Minimalist'. 

Walau dalam hati ada sedikit taman roses tetapi pilihan design rumah dari dulu mommy suka yg simple. Memang dari dulu tak suka kerawang2 sangat dlm rumah. 


Kalau dulu design2 camni hanya mampu dimiliki oleh org2 kaya raya je & of course di bandar2 besar. Tapi sekarang ni Inshaallah dah ada org kebanyakan yg boleh buat rumah design ni hatta di kampung2 ( sebab bila rumah size kecik pun tapi dgn design minimalist ni sure rumah tu akan nampak menarik).

Justeru itu, Inshaallah kalau ada rezeki & umur yang panjang teringin nak ada rumah minimalist ni di area yg mommy aim tu (kalau daddy baca N3 ni pleeeeeeeeeeeease le). Hahaha!!!!meroyan dah.


Oh btw kebanyakan gambar2 (bukan semua) yg mommy share di sini dtgnya dari seorang contractor/ID hebat di Malaysia. Beliau selalu keluar TV & majalah2. Actually he was our 'super senior' masa kat USM dulu. Tak sangka bro ni blh jadi terkenal & hebat mcm harini. Sapa2 yg nak buat rumah tu blh la tengok FB beliau. Ada mentioned kat dalam few gambar di sini. Mommy idok le tegur dia weh, cuma mmg kenal & admire dgn hasil kerjanya since mmg impian nak rumah ala2 design dia pun. Heheh!!!

To bro Muhsin (MAG Builder), I dah terpromote kehebatan u di sini la (pssst!!!!kalau la dpt tlg design rumah idaman mommy tu kira mimpi menjadi realiti la). Adoilaaaaaa, mcm le bro tu baca blog haku.

Takpe la labu sayong…….. kita berangan le dulu dok dalam mana2 rumah ni. Kalau ALLAH kata ada rezeki mommy!!! maka menjadila ia. Yang paling penting niat & usaha kita tidak lari dari landasan ALLAH, Inshaallah. 

Last but not least, sekeping gambar wet kitchen style open air. Wow!!!!sukeeee.



Nasi Goreng Ikan

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Dah sarapan? Mommy harini layan Nasi Goreng Ikan. Menggunakan bahan2 leftover & diolah menjadi satu hidangan yg BURPPP!!!!kenyangkan perut & cergaskan minda. Resepinya mudah saja anak2………


Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan isi ikan goreng (leraikan isi dr tulang & ramas2 supaya hancur). Masukkan nasi putih & masukkan kicap & sos cili. Setelah digaul rata, masukkan sayur & cili padi (potong kecik2). Sebatikan semuanya & siap.

Okey, ringkas je ye sebab mommy nak berangan kejap ni. Pasni kita citer apa yg mommy angankan. Btw yg kerja tu rajin2 ye kerja, mental  biar cerdas ;)

Sunday, 2 March 2014

Mok Operate Mata

Assalamualaikum & salam sayang semua.


Gambar dari ahli keluarga di Malaysia. Sebaik saja mok selesai operate mata 20/1 & 10/2 baru2 ni. Rindu menyapa tetapi keadaan tidak mengizinkan bersua muka lagi.


Mommy simpan gambar kenangan mok yg vogue ni @blog.

Korea - Trick Eye & Ice Museum


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Masih lagi di hari ke-3. Sebaik saja keluar dari Namsan Traditional Village, kami terus ke Hongik Univ untuk ke Trick Eye Museum. Masa ni mmg laju jalan (ibarat mommy tarik sampai terbang si Ahdia) sebab takut tak sempat masuk memandangkan masa tu dah 8+pm. 

Jumpa aje tempat tu terus guide belikan tiket & kami diberikan masa tak sampai sejam untuk tour (sib baik dibenarkan masuk juga walau lambat).


Fyi, museum ni terbahagi 2 iaitu Trick Eye Museum & Ice Museum.  

Ice Museum ni adalah ruangan dalam freezer yg dipenuhi sculptures yg diukir menggunakan ice.

Antara yg ada sculpture kereta, ruang dapur, ruang tamu, slide, igloo, angry bird & yg paling tak tahan toilet bowl yg ada seketul #@ik. Eeeei, terkejut mommy tengok bila 3A sibuk dok suruh tgk. Dorg ni seronok je dok dalam tu main slide 4,5 kali round tapi mommy dah rasa nak beku otak. 


Lepas keluar dari freezer baru kami masuk ke ruang pameran Trick Eye.



The Trickeye Museum is an art gallery with paintings created using 'trompe l'oeil' techniques that give each 2D art piece the illusion of being in 3D. Instead of merely viewing paintings (as in a typical art gallery) visitors can interact with the paintings, posing themselves just right so that they look as if they are part of the original work. To ensure that even its busiest patrons have time to enjoy the fun, the museum stays open each day until 9PM, making it a popular date and hang-out place.



Banyak sangat 3D images tu tapi mommy tayang mana2 yg sempat jelah ye untuk kenangan.







Saturday, 1 March 2014

Namsan Traditional Village & terjumpa pelakon Korea yg famous

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Cepatnya masa berlalu….dah hari Sabtu. Esuk dah weekend, maka bermula la nanti episod boring kami yg suka berjalan ni. Daddy akan tanya mommy "nak g mana harini?" (fyi itu soalan wajib tanya & jawab daddy/mommy semenjak mendarat kat bumi Brunei nan permai ni). Huhu!!!!pastu mommy pun sokmo le jugak jawab "singapore"….."bandung"……."Kuching"……"jom jumpa Pontianak"………Hahaha!!!!korang faham tak jiwa sinisnya dalam menjawab soklan "wajib jawab" daddy tu. Kadang2 tu rasa cam nak skip je Ahad (haaaaa gilos, org semua berebut2 nak tg Ahad mommy xnak plak). Biasale tu kalau surirumah dia lebih suka hari2 weekdays sebab rumah sunyi sepi & kemasssssssss je. NO!!!!!the truth is Brunei ni sempit & xde attractions sgt cam Malaysia tercinta. Kalau kat Malaysia kan time weekend (walau sehari je cuti) blh lagi bwk anak2 g holiday & paling2 komang (ni bahasa dialek ambo maksudnya plg2 lekeh la) blh lagi main2 air kat air terjun. 
Kat sini kami dah abis round (haaaaaa!!!amekaw abis round dah). Bila mommy mitak ulang g Kg Air ala2 Venice of Asia (korang jgn taktau tittle hebat tu), tak nak plak daddy ni. Nak pegi tempat tak pergi lagi mana nahado. Mommy nak g Kg Air sebab nak shot filem utk Wind of Change sebab blm ada entry pasal Kg Air yg famous @Brunei tu. Pergi awal2 dulu gambar tak berapa nak lengkap. Jawabnya kena la tunggu sapa2 dtg melawat & mommy jd tourist guide baru blh jotdown entry Kg Air.
Alamakkkkk!!!!dah tersalah topik. Bukan nak citer pasal Brunei tapi nak tayang citer Korea. Mana ada org nak tgk drama Brunei, yg dok tercegat depan tv mesti nak tgk hero2 & heroin2 Korea yg cun melecun kan? 

Okey2 jom layan citer Korea. Pelakonnya yg kami jumpa :

Shin Ha San Arfa

Kang Soo Joon Anis

Lee Rae Mun Ahdia

(korang nak tau mcmana mommy jumpa nama hero & heroin ni, haaaa tgk SINI)

Sambil tgk, sambil gelak sorang2……ni pelakon tambahannya:


Han Hyun Byung Daddy

Han Hye Ri Mommy

Kuang3x………Maafle kalau u all terpaksa menonton drama Korea yg pelakonnya tak cun melecun. Nak buat camno budget ciput. Pepepun dalam citer ni semua asli tau xde bedah2 plastik@kertas@kain. Tulen nur Islam belaka, heheh.


Adoilaaaa, sebenarnya mommy takde point sgt nak citer pasal Namsan Traditional Village ni sebab kami mmg mcm lipas kudung bergerak (nak g toilet pun tak sempat). Terasa lama sesangat dlm train dr Nami ke Seoul sebab kami sampai ke sini dah jam 7pm. Tempat ni tutup pukul 8pm, so mmg round sekali scan je, tambahan plak dah malam. Gelap & rasa cam tak menarik nak buat filem Wind of Change. Muka2 pelakon pun dah monyok sebab lapar. So, lepas dah tgk tempayan budu,  rumah2 org Korea dulo2, say hi, bye2 kami pun bergegas ke Hongik Univ (tempat yg sepatutnya kami catch up 1st day smp Seoul mlm tu tapi terpaksa cancel sbb train lambat dr Busan).


Sapa2 nak g Korea blh study info DI SINI. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...