بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 25 October 2014

PISANG GORENG RANGGUP & LEMAK MANIS

Assalamualaikum & salam 1 Muharam.
Harini nak jotdown resepi common tapi tetap menarik utk di share.  Pisang goreng @ gorengan pisang? mana2 la ye.
Yang penting dah lama mommy simpan draf ni tapi ptg semalam baru berkesempatan try. Tak sia2 mommy try sebab resultnya mmg seperti yg mommy nak.


Nak citer sikit perihal pisang goreng sedap yg mommy makan. Dulu, masa awal2 mommy mulakan kerjaya..kami menyewa rumah bujang @seksyen 19 Shah Alam. Dekat area rumah kami tu ada org jual goreng pisang betul2 kat bus stop stesen komuter (tak tau la skg ada lagi @tak). Waktu petang bila dia start berniaga mulala berderet org beratur nak beli pisang goreng dia. Serius mmg sedap & tak puas makan. Yang pasti mmg banyak jenis pisang la yg dia guna, so banyak pilihan org beli. Yang membuatkan pisang goreng tu sedap juga adalah tepungnya yg lemak2 manis (ada bijan). 


Tepung gorengan camtu la mommy nak sebenarnya & alhamdulilah resepi dr fb ni mmg rasanya sama cam mommy beli dulu tu. Heheh!!!!sebelum ni tak pernah pun letak gula & santan dalam barter utk gorengan, patut xde lemak2 manis ekk. 
Harusla pasni ulang style ni je nak buat gorengan pisang/cempedak/keledek etc. 





Gorengan pisang & cempedak ranggup

FB/RESEPI EKSPERIMEN (Oleh Putra Bugis Temasek)


Bahan-bahannya:
Pisang ( pisang dibelah dua)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu baking powder
½ cawan tepung jagung
1 cawan air sejuk (dari peti ais)
sedikit garam
1 sudu makan gula
1 biji telur
1 cawan kelapa parut buang kulitnya (mommy skip)
1 cawan bijan disangai supaya wangi
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh air kapur
3 sudu makan air perwarna kuning

Cara-cara menyediakannya :-
1. Satukan semua tepung, garam, gula, air kapur , telur, santan & perwarna kuning di dalam bekas yang agak besar dan digaul rata.
2. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan.
3. Tuang ke dalam blender lalu diblended menjadi batter (mommy kacau guna whisk je).Tuang dalam mangkuk besar dan biarkan 10-15 minit.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bijan .
5. Masukkan pisang yg telah dibelah dua ke dalam batter dan celup lalu digoreng(jangan terlalu lama terendam).
(Panaskan minyak untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng).
6. Gorenglah pisang hingga masak keemasan.

Tips:-
(kalau buat gorengan cempedak)
Jika nak senang belah buah cempedak - sapu minyak masak pada semua bahagian bilah pisau dan balut tangan dengan plastik . Insyallah senang saja nak belah buah cempedak ni dan getah buah cempedak ni tak melekat pada pisau atau tangan anda , selamat mencuba .

8 comments:

Syafinaz Ali said...

Kak Ros saya pun ingat goreng pisang kat situ tp pernah ada satu masa bila dah laku sangat (dah famous) ada la yg fitnah buat cerita bukan2 tp tetap juga laku.Kikiki!Orang degki la tu.

Tihara said...

mesti sedap kan goreng pisang kat situ
thanks sharing recipes :)

Nastyna said...

banyak juga gabungan tepung nak kena mix yer... ha ah saya pun tak pernah letak santan so far.. lemak2 krup krap... ini yang kita nak. ok nnt nak try.

azieazah said...

Kak Azie tak pernah letak santan, tapi letak kelapa parut tu biasa la.

Goreng pisang sekarang, jual tepi jalan pun sangat mahal dah sekarang ni...

εïзmummyHazaεïз said...

Mesti sedap ni... InshaAllah nak try nnt

kakyon said...

gerai sek 19 masih beroperasi lagi.sekejap masa dulu pernah tutup..

aryan azra said...

sedapnya goreng pisang

aishah nin said...

1st time dengar ni pisang goreng letak bijan..boleh try..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...