بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 7 October 2014

Resepi Kek Marble & Juadah paling sempoi d hariraya

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha (Raya ke 3 harini kan).Tahun ni raya haji mmg mood mommy tenggelam betul. Entoh le nape tapi malas sunggoh nak bermood raya. Cuma sebagai menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu rumah mommy gagah jugak buat juadah raya yang rasa mommy paling syahdu nak tunjuk. 


Hahaha!!!!Nasi Lemak je weh. Cuma kali ni mommy buat nasi lemak special sikit sebab ada biji2 lada hitam dalam tu (hahaha!!!!apa kekdah special la ye). Sebenarnya masa belajar menjahit aritu ada kwn bwk nasi lemak, bila tgk ada hitam2 dalam nasi kami pakat tanya la nape buh lada hitam. So dia explain nasi lemakkan berlemak, so kiranya halia + lada hitam tu nak pecahkan lemak la. Oooooooo, masuk akal kan? Itu yg mommy start try (benda yg baik kita ikut).

Pastu yang lain specialnya (chewah nak gak up sendiri padahal syahdu je juadah)………ada nasi impit nasi dagang. Haaa!!!!! korang pernah try? Mommy ni 1st time jumpa & makan. Yelah dah tak dpt makan nasi dagang beras perang, dapat makan nasi impit beras perang pun jadila. Dari segi rasa sama je cam nasi impit biasa, rupa paras je lain. Yang geramnya, cam biasa la 3A ni tengok benda2 yg berwarna pelik2 ni mmg xde nak jamah dorg ni. End upnya mommy je layan yg buruk rupa paras tu, dorg dok hadap yg putih gebu je. 
Oh btw juadah wajib rendang ayam mmg tetap adala cuma buat sikit je. Just nice makan 5,6 kali sorang smp ke malam.
Raya ke-2, brekfast lempeng lemak cicah sambal tumis & lunch cari kat luar. Heheh

Side dish ala2 nak memenuhkan sikit meja mommy buat le kek org malas gak. Kek Marble Coklat. Resepi dari www.Bukuresepi.com

Bahan2:
250g butter/marjerin
150g gula
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko

Caranya:
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & terus pukul sehingga kembang.
3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit & tuang esen vanila dan susu. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu bahagian & gaul rata.
5. Tuang adunan secara berselang seli sehingga selesai.
6. Bakar pada suhu 180'C selama lebih kurang 45minit @ sehingga masak.

*************************************
Yang penting raya haji ni kemeriahan terasa kalau dapat sama2 berkorban & berkumpul sanak saudara memotong daging. Yang lain2 mmg xde feeling je. Pepepun bersyukur ALLAH bagi kita semua peluang berhari raya haji tahun ni, semoga tahun hadapan dapat sama2 berkorban @ yang lagi penting ALLAH dapat menjemput kita menunaikan ibadah haji. Itu ultimate goal rasanya untuk kita semua sebelum ajal menjemput. InshaALLAH

8 comments:

Honey said...

Salam Kak Ros,

Ada ye di jual pek pek gitu nasi himpit dagang. Kat sini saya belum pernah jumpa lagi.

Bbwana adienia said...

banyaknya juadah..salam aidiladha..

Kakzakie said...

Anak-anak nak putih gebu tak tahu yg coklat tu special sebenarnya.. Nasi lemak lengkap presentation mestilah sedap.

adda syuhada said...

sedapnya...

idzwa kamaruddin said...

sedap nyer!

Nastyna said...

chup..nasi himpit nasi dagang? I was hoping for it to be nasi himpit ketupat kacang hohohoo. eh tapi idea ni, boleh cuba ni.

Nastyna said...

eh lupa nak wish...selamat hari raya korban kak :D

tun_telani said...

Salam kak ros.. selamat hari raya aidiladha.. dh lama x buat kek butter/marble camni. tun raya kali ni x ke dapur pun, mama tun pun masak simple2 je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...