بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 19 October 2014

STEW KAMBING


Assalamualaikum & salam sayang semua.

Semoga semua dalam keadaan sihat & bahagia bersama keluarga.
Harini mommy nak jotdown resepi stew kambing, sapa2 nak try boleh la. Sedap makan cicah dengan roti @ makan dengan nasi putih/ berperisa. Kami dah 2 hari berturut2 lauk ni je. Heheh!!!!
Paling senang sebab guna slow cooker periuk noxxa je buat.
Sebelum ni mommy dah buat tapi xsempat nak masuk blog so dah ingat2 lupa yg mommy main campak2 dlu tapi yg basic kena ada english herbs & bay leaf. The rest tu suka ati la nak tambah apa2. Cuma kali ni mommy cuba resepi K.Azie plak. Jom tgk resepinya.



Bahan bahan:
500 gm daging - potong kiub 
1 tsp olive oil
1 bawang besar - potong kiub
2 karot - potong 
2 kentang - potong kiub
3 batang celery- potong
1 tsp bawang putih - cincang 
1 tsp Kicap
1 cawan beef broth (use 1 tsp beef stock powder) 
1 fresh/1 tsp dried thyme 
1 tsp Oregano
2 bay leaves
2 tbsp tepung gandum/tepung jagung
2 tbsp air (membancuh tepung)
Garam 
Lada hitam

Cara cara
1. Lumur daging kambing dengan tepung gandum & biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Ini cara untuk menghinlangkan hamis daging kambing.
2. Potong daging dan hiris sayuran sayuran.
3. Panaskan kuali, masukkan olive oil. Masukkan daging dan balikkan sehingga keperangan. Taburkan garam dan lada hitam. Angkat dan ketepikan. 
4. Menggunakan olive oil tado tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau kacau rata dan masukkan sayur sayuran yang dipotong; ubi kentang, karot dan celery. 
5. Masukkan daging dan sayur sayuran ke dalam slow cooker. Taburkan oregano, thyme, bay leaves dan lada hitam. 
6. Masukkan sedikit kicap dan beef stock. Renihkan beberapa jam.
7. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air ke dalam periuk. Kacau rata sehingga agak pekat. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Boleh tambah air jika terlalu pekat. 



7 comments:

Tihara said...

thnaks sharing kak
memang sedap ni hirup and cicah dengan roti :)

Amie said...

Saya pun suka guna slow cooker.. memang dijamin sedap, tak risau air ke ring ke, nak tambah air ke... tidur dulu pun boleh sementara menunggu masak.

Honey said...

Salam Kak Ros,

Aduh.. saya lapar balik lah Kak Ros bila nampak stew ini

Syafinaz Ali said...

Alahai!Sedapnya kak ros stew ni.Meleleh air liur memalam ni.Udah la lapor nih.

UmmuAidan-Arissa said...

meme sedak sangat nih kalu make cicoh roti gak nok2 loaf..kawe pun dok berange nok buat stew jugok tp bengong tok ingat nama stew nie sapalah bc entri nie..*-*

Shamsiah Abdul Rahman said...

Tumpang tengok je la.
Doktor dah pesan.. no red meat selagi kolesterol tak turun ke tahap normal.

kakyon said...

pernah makan sesuatu seperti ini di rumah kenalan..tapi malu nak tanya resepinya. memang sangat sedap..
thanks sharing resepi kat sini..KY copy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...