بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 21 October 2014

Kari Hijau Ayam - PHUKET THAILAND

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy lupa nak highlight yg minggu lepas (13, 16, 18, 20 oktober) & minggu ni sedang berjalan minggu exam buat Arfa. Kalau kat Malaysia ada UPSR, di Brunei plak budak2 tahun 6 ada PSR (Penilaian Sekolah Rendah). Subjects & penilaiannya lebih kurang sama dengan Malaysia iaitu cover subject BI, MIB, BM, Math & Science. Up to date Arfa dah lepas 4 paper & 23/10 ni tinggal last paper science. Macamana keadaan Arfa sekarang ni? Emmmm..xde stress langsung (mommy plak yg stress lebih2 especially masa paper BI & Math aritu). Dia siap main game, main bola dgn kawan2 & repair basikal tak abis2. Bila tanya camana exam, jawabnya biasa je.ok (adussss selamba sungguh).
Pepepun, kita tunggu & lihat sajalah mcmana resultnya. 
Ok berbalik citer masak2 mommy, cam suam2 kuku je memasak leni (dok ralit menjahit je kejenya mommy lately ni. haishh!!!).
Kalau tak memikirkan kewajipan & pahala yg bakal dikumpul, mau je beli kat kedai hari2. Huhu!!! blank dah la nak masak apa, bila masak menu baru yg lecehnya ada kebarangkalian org suka & ada juga org tak suka. 
Cam menu yang mommy buat ni, Kari Hijau……..daddy plak tak minat. Memang mommy dah alert dia xsuka masak lemak kuning/cili api ni (which mommy suka plak) tapi mommy fikir kari hijau ni cam lain skit tastenya. HAMPA!!!! bila dia xminat gak. Buat sekoq ayam, atlast mommy & kakak je layan. Sib baik ada gandingan ikan goreng & sambal belacan mangga, jadi penyelamat keadaan. 
Pepepun mommy jotdown gak resepi ni sebab serius sedap rasanya utk kita yg mmg layan masak lemak kuning ni. Ganding plak dengan sambal belacan. Pherghh!!! orang lain tak suka xdak hal. Perut mommy lapar je bila teringat Kari Hijau ni.
Resepi dari fb.

Bahan untuk di kisar / di tumbuk (utk buat pes kari hijau)
2-3 btg serai dihiris halus
4-5 ulas bawang putih
1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi)
5-6 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1/2 - 1 inci kunyit hidup
1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih


Bahan-Bahan Lain
1/2 ekor ayam (dipotong)
Daun limau purut
Santan kelapa
Air suam
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
1 sudu kecil gula perang / gula biasa
1/4 cawan santan kelapa
Terung (potong sederhana - jgn terlalu nipis)

Caranya:
1) Panaskan minyak dan masukan santan perahan pertama, kemudian tumis bahan bahan yang di tumbuk tadi .
2) Masukkan ayam , santan dan limau purut serta sedikit air , renehkan sehingga mendidih.
3) Masukkan gula, garam dan sos ikan untuk perasa.
4) Masukkan terung dan biarkan seketika. Sedia di hidang .


Selamat Mencuba

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Oh... mcm tu buatnya. Kakak tak pernah lagi buat. Makan yg di KFC tu adalah..

Lynn Huraiza said...

pernah makan time kat SR dulu...tp sekarang nie menu tu dah x der...kalau nak makan...kena buat sendiri la lepas nie...

tq for sharing kak...

Umm AA said...

Anok jate meme steady sokmo..cayalah Arfa..mesti score tuh inshaallah..
Kawe pun ado buat jgk kari ija nie menggu lepah ms ado tetamu ..set demo tuh bereh jah...licin kilat puyuk kawe ..hehehe *()*

Qaseh Vee said...

delima org dapur bila nak masak . suka cuba resepi tapi yg mkn x lasak aka memilih ... sabar je la kan ...
tgk trus lapar sbb mmg blm mkn lagi ni ...

eynda said...

Feveret eynda ni :-)

Amie said...

Sedapkan kari hijau thailand ni, saya pun pernah masak buat pes sendiri, tapi lepas tu terjumpa pula pes dah siap... beli sebotol tapi belum cuba masak lagi... sama ke tidak ye dengan pes buatan sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...