Walau hati sepi, pedih, hiba & terguris tapi gagah jugak la menatap Wind of Change yang semakin hari semakin sepi juga ni. Harapan semoga pasni sinar kegembiraan terus terpancar.
Itula asam garam kehidupan masam, manis, tawar & pahit…….silih berganti memberi rasa.
Pepepun menu harini usah dikhuatiri tentang rasa sebabnya walau bercampur gaul dalam bekas yang sama tapi cukup harmoni memberikan rasa yang seimbang tanpa ada lebih @ kurang. Membuatkan orang yang kesedihan juga bisa tersenyum puas menikmatinya.
Chewah madah berhelah harini…….
Biasala cukup2 bulan nak kibar bendera Jepun mmg sensitip lebih skit. Kemahuan pun mmg sukar ditafsir orang lain. Orang yang tak faham mmg lengai le kan.
Jom tengok resepi Tauhu Paprik yang mommy buat masa bulan puasa lepas. Boring asyik goreng kunyit, masak sambal je dgn tauhu ni so mommy olah jadi tauhu Paprik yang tersangat HEBAT kejadiannya. Tak caya try sendiri.
Bahan2:
Tauhu (hiris sederhana nipis)
2 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 biji cili merah (hiris nipis)
1 biji tomato (potong 4)
2 tangkai daun limau purut (carik/hiris)
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Sayur (jagung muda, carrot & bunga kobis)
Minyak
Sedikit air
Caranya:
1. Goreng tauhu sehingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih & hirisan bawang besar sehingga layu.
3. Masukkan cili boh & goreng sehingga betul2 garing.
4. Masukkan juga sos tomato & sos tiram (jika terlalu pekat, masukkan sedikit air).
5. Masukkan juga daun limau purut, buah tomato, cili merah & sayur-sayuran. Gaul sebati.
6. Setelah sayur-sayuran sedikit layu, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.
7. Akhir sekali, tambahkan perasa garam & gula. Siap dihidangkan.
8 comments:
Saya minat jugak tauhu ni
insha Allah nanti nak try
thanks sharing recipes :)
Assalam..
saya pun suka tauhu cuma x bleh nak makan selalu..hehehe
JM suka mkn tauhu goreng cicah sos :-)
Nak copy resipi nih :-)
Awat hiba kak ros? Tapi kalau tgk tauhu paprik hilang rasa hiba.rasa lapor ada la.sedapnya.Hehehe
rasanya masa kami kecik2 dulu pun my mom pernah paprikkan tauhu ni, supaya anak bijak katanya. hahahaa
akk biasa mkn tahu sumbat jer.pasni boleh cuba tahu paprik pula..tq sharing..
Dah lama tak makan tauhu... Tp paprik selalu buat... lagi2 baru jumpa daun limau purut kat kedai...
prnh tngk@mkn tauhu paprik. Sll ayam paprik je. Blh try ni
Post a Comment