بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 7 August 2014

Sticky Honey Chicken Wing (Ayam Madu)

Assalamualaikum & salam syawal.
Harini mommy nak perangat makanan kat dapur la. Hehe!!!!biasanya time2 raya ni mmg ada la masakan yg dok ulang perangat especially rendang. Uish!!!!makin perangat makin sedap. Kalau kat kampung, ketupat pulut 3 segi tu kami kalau dah masuk raya ke 2 onwards start le perangat dgn cara menggoreng. Bila dah goreng, ketupat tu lagi sedap + lembut + ranggup. Huhu!!!!tahun ni raya tak jumpa ketupat.
Eh..menu nak share arini bukan menu perangat tapi mmg menu 'HOT' grill. Makan panas2, sure xde balance.


Actually dah lama mommy simpan draf ni & resepi asal pun dah banyak kali mommy dok ulang buat cuma rasa tak puashati sbb tak sama mcm chicken wing 'PizzaHut'Pastu bila masak dia hangit kat luar tapi dalam kdg2 tu still ada merah2 (dorg ni mmg tolak tepi la kalau masing ada merah2 darah tu).


Sampai ler lepas mommy beli pemanggang ajaib Vantage ituhari, bila bakar membakar..resultnya cukup puashati. Dah le cepat pastu mmg masak luar dalam. PERFECTO..
Walau dah lambat dari org lain beli pemanggang ajaib ni tapi xpela atleast "bersusah susah dahulu, sekarang baru senang".


Ok, berbalik kepada resepi asal……kepada u al yang belum beli pemanggang ajaib boleh follow exactly resepi di bawah oleh Hana. Kepada yg ada pemanggang ajaib (tak kisah le apa brand), u al perap guna resepi asal (lagi lama perap lagi sedap), pastu terus masukkan dalam pemanggang ajaib (tak yah buh minyak pun). Guna api sederhana & biarkan masak. Mommy balik2 sekali je setiap bahagian (bila kita tutup pemanggang tu automatik dia memasak kedua2 belah bahagian).

RESEPI AYAM MADU STICKY


Bahan-bahan 
1/2 ekor ayam - potong kecil (mommy guna kepak ayam)
2 inci halia muda - parut 
5 ulas bawang putih - ketuk 
2 sudu besar kicap pekat manis 
1 sudu besar sos tiram 
2sk maggi seasoning @ sos ikan 
1 sudu besar sos cili dan sos tomato 
3-4 sudu besar madu 
1/2 sk lada hitam 
garam jika perlu 
(kalau tambah minyak bijan pun lagi sedap)

Cara-cara 
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk. Perap sebentar 10-20min (lagi lama lagi sedap). 
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit. 
3. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky. 
4. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan. 


Gambar selingan terung bakar dalam pemanggang ajaib gak. Cicah sambal belacan.

11 comments:

acik idah said...

mommy... nanti idah nak cuba laa resepi nie... :D pemanggang tu ada cuma jarang guna jerr... :D

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Pergghhh meleleh air liur akak tengok sticky honey chicken wing ni.. terasa hingga ketekak sedapnya tu..Ros oiiii.. rasa nak ambil jer satu ketul wing tu..
Memang mudah bila dah ada pemanggang ajaib ni kan Ros

juls julie said...

Assalam..salam ziarah & selamat ari raya..

sama la kita..sblm beberapa bln lepas beli pemanggang ajaib tu..mmg puas ati guna..cuma tang nak cuci tu leceh la skit..sbb dia agak besar & sempit klu nak cuci kat sinki tu.. so cara paling senang, masa bakar tu, lapik dengan aluminium foil...so jimat kerja2 merendam dan mencuci pemanggang.. hehe..

hubby ckp, lps ni kalau nak bakarw, guna pemanggang tu jer..bil api dah mahal..huhuhu

kakyon said...

betul2 menyelerakan ayam madu tu

Bicara Kak Noor said...

ros, sedap tu ayam sticky melekat2 tu nak terbang lah kesana heee, btw hari ni pun posa lagi jd susah sikit nak kesana bila malam mai dah letih orang tua lah katakan..

ishamizu said...

Sedapnya kak Ros!! Izu bookmarked tau, sbb nti nk try hee..tq for sharing!! :)

nurbijen said...

saya pun suka dgn sticky chicken wing ni... dah ada juga entry dalam draft, tapi entah bila boleh publish... hihihi...

Nastyna said...

betul betul betul..saya paling suka ketupat goreng tu, pasai tu paksa mak buat banyak2 pastu frozenkan, nak makan goreng huhuhu.

senang kan uols pakai magic pan, saya rasa rugi sangat pulak that day balik malaysia tak beli, bapak budak ni suka sangat membakar, tapi guna bbq grill yang biasa ni habis satu dapur berkecah setiap kali, tension.

aTieYusof Family said...

Salam Syawal Kak... Maaf zahir batin ya.. wahh! terliur sgt tgk chicken wing madu ni.. boleh lah nak cuba nti.. (tapi pemanggang ajaib tak beli lg lah..huhu)

Syafinaz Ali said...

Oloh sedaknya juadah dari orang Brunei.Selamat Hari Raya Kak Ros.Kak Ros pun tak balik Malaysia.Kita ada kat Malaysia ni.Sedap sungguh ketupat pulut tiga segi kat kampung ni.Hehehe.

Tihara said...

wahh kecur air lior nengok ayam panggang ni..terung bako pun sedap tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...