بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 11 October 2012

LAKSAM lagi

 Assalamualaikum.
Seperti yg mommy mentioned dlm N3 Laksa Penang, Laksa Ganu Kite mommy buatkan untuk 3A. Bila layan laksa beras, kami 4A+R dah abiskan 2 bungkus skaligus (benda yg susah nak dapat ni sekali dapat, uishh sedappppnye). Kuah untuk Laksa Penang buat daddy & mommy just nice abisnya tapi kuah putih/lemak ada byk balance. 
So, hari Ahad lepas mommy buatkan laksam untuk breakfast. Marvelous!!!!!mmg xleh nak kata apa2 la sebab mommy mmg suka laksam. Kalau @Besut baik Puncak Alam mmg senang beli laksam untuk breakfast. Semenjak kami @sini ini baru kali ke-2 mommy buat laksam. Mmg senang je nak buat laksam ni cuma entahle jadi malas plak especially nak buat kuahnya tu.
Untuk resepi, refer jelah N3 Laksam mommy masa buat dgn mok tahun lepas. Cuma satu tips, untuk jimatkan tepung beras, anda juga boleh campur sikit dengan tepung gandum dengan nisbah 1 cawan tepung gandum:3 cawan tepung beras.....Air tu sama je dalam 5-6 cawan (agak2 sendiri je janji cair mcm susu segar rupanya). 

Tuesday, 9 October 2012

Jame' Asr Hassanil Bolkiah




Assalamualaikum.
Harini kita bagi laluan N3 jalan2 4A+R sekitar Brunei sambil2 tlg promote Tourism Brunei, hehe. Layan gambar2 4A+R posing @ Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah. Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29. Jame' ini terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar Seri Begawan. Ianya telah mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar persegi. Merupakan masjid/Jame' terbesar di negara Brunei Darussalam pada masa kini.

Jame' ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.Kapasiti Jame' ini melebihi 5,000 orang jemaah. Jame' ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.
Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi buatan tempatan yang mempunyai panjang keseluruhannya kira-kira 1.082 km (3,500 kaki) dengan tujuh pagar pintu masuk; dua buah pagar untuk pintu masuk Diraja dan orang-orang kenamaan dan lima buah pagar untuk orang awam. Pagar pintu masuk utama membawa ke Anjung Diraja melintasi taman dan air pancut dan terus menuju ke dewan sembahyang lelaki dengan menggunakan escalator dan dua tangga marmar yang besar.
Bagi kemudahan para jemaah sebanyak 835 buah tempat letak kereta disediakan serta dua laluan pejalan kaki berbumbung yang menyediakan rak-rak tempat menyimpan kasut untuk para jemaah serta pelawat sebelum memasuki masjid.
Setiap tangga yang menuju masuk ke Dewan Sembahyang mempunyai 29 anak tangga yang melambangkan pemerintahan Kesultanan Brunei yang ke 29.
Dewan Sembahyang Lelaki mempunyai keluasan 60,000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 3500 jema’ah yang diperlengkapi dengan alat penyaman udara. Sebuah mihrab yang dihiasi dengan jubin bersadur emas 24 karat dan batu marmar hitam ditempatkan di sini sebagai penentu arah kiblat. Bersebelahan dengan mihrab ini pula ialah sebuah mimbar yang digunakan sebagai tempat untuk imam atau khatib membaca khutbah.
Anjung Di Raja Dan Orang-Orang Kenamaan yang menuju Dewan Sembahyang Lelaki..



Terdapat sebuah kubah yang mempunyai ukuran garis pusat sepanjang 114 kaki yang dikelilingi dengan hiasan seni khat al Qur'an. Sementara itu di bawah bahagian tengah kubah ini tergantung satu candelier yang diperbuat daripada saduran emas 24 karat serta kaca kristal yang berkualiti tinggi dari Austria. Di samping itu terdapat beberapa candelier lagi yang berukuran kecil dan sederhana yang memberikan lagi daya tarik kepada persekitaran bahagian dalam dewan. Dinding dan turus dewan ini pula dipasang dengan mamar putih yang diimport dari Italy.
Taman bunga di sekeliling masjid ini yang dihias secara professional menambahkan lagi keindahan persekitaran dengan tumbuhan daun, belukar hiasan dan halaman rumput dengan air pancut dan bangku granit. Juga laluan kecil dibuat daripada jubin Jepun dengan lampu yang menerangi waktu malam.
Lagi penerangan lengkap & gambar2 menarik di dalam Jame' Asr Hassanil Bolkiah ini boleh lawati SINI.

Monday, 8 October 2012

LAKSA PENANG

Assalamualaikum. 
Alhamdulilah, walau masih sok sek2x tapi air hidung ni xde le mencurah2 bagai air terjun dr lubang hidung mommy ni. Pegang record mommy selsema paling lama. Pepepun, demam ka, selsema ka, sakit ka huhu!!!sejak jadi suri di rumah ni nampaknya xde istilah berehat. Ada je kena buat keje. Kalau berehat jawabnya, bertimbun le kerja2 tergendala. Huwaaaa!!!!


Bila cheq selsema tu, deria rasa mcm malfunction jugak. Bau xdak, rasa xdak, selera xdak...... Tapi dalam dok xlarat & xselera tu mommy dok teringin le nak makan laksa (pastu teringat dah lama mommy peram laksa beras kering). Punya le susah nak jumpa laksa beras kat sini. Yang banyak laksa getah & mostly dari Siam & Vietnam. Itu bila nampak laksa beras dari Kedah aritu mommy terus beli (yg sedihnya ada 2 bungkus je - hampeh!).

So, mommy pun dengan semangatnya walau hidung kalau blh nak sumbat dgn kain ja (hehe!!) terus buka kitab lama. Hand written recipe from whom i couldn't remember.....kalau bukan dari arwah 'Mak Tok' mesti dari kawan cikgu sekolah @Subang dulu sebabnya resepi ni dah berkurun simpan & dah selalu buat dulu2 time muda2 (leni matang ja).
Actually basic tu mmg dah hafal nak buat laksa ni cuma nak refresh kot2 ada secret recipe yg tertinggal. Yang paling penting belacan/stok udang. Walau xlarat tapi instead of buat laksa Penang saje terus terlajak buat jugak laksa Ganu Kite untuk 3A (depa xlayan Laksa Penang sebab pedas). Puas hati makan hari Sabtu lepas. 
So, untuk anak, cucu & cicit mommy ini resepinya.
Yang laksa Ganu Kite Refer next N3.

 (Untuk makan dalam 5 orang)

Bahan2:
10 ekor ikan selayang/kembung 
5 biji bawang merah (kisar)
10 tangkai cili kering (rebus & kisar)
3 keping asam gelugur
1cm belacan (kisar)
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum
Garam
Gula
Air rebusan ikan/rebusan udang

Caranya:
1. Rebus ikan & kisar isinya. Asingkan tulang ikan & kisar asing untuk ambil stok.
2. Dalam periuk masukkan stok ikan, isi ikan & semua bahan. Tambahkan air rebusan secukupnya.
3. Apabila kuah telah pekat, masukkan garam & sedikit gula.
4. Sedia dihidang dengan laksa beras.


Laksa Penang sedap dimakan dengan bahan2 sampingan berikut:
Telur rebus
Timun(hiris halus)
Daun salad (hiris halus)
Bawang besar (hiris halus)
Limau kasturi
Nenas (hiris halus)

Saturday, 6 October 2012

BINGKA UBI KAYU JAGUNG

Assalamualaikum.
Sok sek 2x........huhu!!!i'm suffering with flu again within a week. It's actually a cycle, started with si kenit Ahdia, followed by mommy, then Anis, after that Arfa & daddy. At that time i believed i already cured & with proud mommy mengejek daddy yg dapat package flu & cough. On the spot ALLAH balas dengan give me back my flu. Arrghhhh!!!berdosa dgn daddy le ni @ ALLAH mmg sayangkan mommy. Yelah, org yg selalu diuji dengan kesusahan & penyakit kan menandakan ALLAH sayang pada mereka. After all, hopefully dengan penyakit/demam ni gugur la dosa2 mommy, AMIN3x.....
N3 ni mommy jotdown resepi kuih tradisional yg mommy buat last Thursday. Tak biasa actually buat kuih bingka @ kami kat east coast panggil kuih bakar. Yelah permintaan kuih muih tradisional ni kurang mendapat perhatian dari 4A, so rasa malas je nak buat. Tapi mommy terliur plak tengok kuih ni yang dihasilkan oleh Bruneian dalam buku 'Cooking from the heart' -by Bruneihalal. 
So, mommy dah plan nak try buat sikit & tengok mcm resultsnya. Just buat half from the recipe sampaikan jadi confuse dengan sukatan ubinya. Hahah!!!secara jujur, lapisan bawah tu ada defect; mommy terkurang letak ubi & turn out jadi mcm cake (masa tu dah salahkan diri sendiri sbb lalai) tapi mommy proceed gak dgn lapisan atas. Alhamdulilah, nasib baik menjadi dengan jayanya lapisan atas. So, bila digabung kedua lapisannya maka tidak le nampak & rasa sangat kecacatan di bawah. 
Moral of the story, jangan lalai walau sesaat dalam melakukan apa jua pekerjaan. Satu lagi jangan cepat melatah & cuba atasi kekurangan dengan menggunakan kebijaksanaan. Last but not least, jika kita ada kelebihan, bantula org lain yang mengalami kekurangan. 
Okey baru masuk bab resepi kuih ye.

Bahan2:
Lapisan bawah
*1 1/2 cawan susu rendah lemak
*5-10 helai daun pandan
*250g gula melaka (next time mommy nak kurangkan 200g)
*1 biji telur
*750g ubi kayu (diparut halus)
*50g tepung gandum
*30g margerin
*pewarna perang/coklat

Lapisan atas
*1 1/2 cawan susu rendah lemak
*5-10 helai daun pandan
*750g gula castor (next time mommy nak kurangkan 500g)
*1 biji telur
*750g ubi kayu (diparut halus)
*50g tepung gandum
*1 cawan jagung manis dalam tin
*pewarna kuning


Caranya:

1. Untuk lapisan bawah; Didihkan susu, daun pandan & gula melaka. Tapis campuran & ketepikan.
2. Pukul telur & margerin serta tambahkan separuh dari ubi kayu yg telah diparut, tepung gandum & pewarna coklat. Kacau sebati.
3. Seterusnya masukkan sebahagian lagi ubi kayu tadi & kacau sehingga benar2 sebati.
4. Campurkan adunan dengan campuran susu tadi & kacau sebati.
5. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar & bakar pada suhu 200'C selama 15 -20 minit.
6. Untuk lapisan atas; Didihkan susu, daun pandan & gula kastor. Tapis campuran & ketepikan.
7. Pukul telur serta tambahkan jagung manis, ubi kayu yg telah diparut, tepung gandum & pewarna kuning. Kacau sebati.
8. Campurkan adunan dengan campuran susu tadi & kacau sebati.
9. Tuang adunan ke atas lapisan bawah yang telah dibakar tadi.
10. Bakar semula sehingga masak (lebih kurang 20-30 minit).

Friday, 5 October 2012

Ubi kayu cicah sambal gesek


Assalamualaikum.
Harini masuk N3 awal sikit sebab nak citer pasal breakfast. Best harini sebab mommy fully housewife (hari lain cum supir&bibik jugak). Hehe, daddy drive to office & 3A totally cuti termasuk mengaji. 



So, pepagi tadi lepas sembahyang subuh mommy dengan gigihnya menumbuk sambal & mengukur kelapa. Chewah!!!ala2 perempuan melayu terakhir @teratak desa. Sarapan terbaekk sebagai compliment untuk diri sendiri yg penat ke hulu ke hilir sepanjang minggu & pengubat geram sebab kena saman. Masa menumbuk tu ibarat terapi untuk lepaskan geram. Kik3x


Kalau orang2 muda suka breakfast dengan western food (tmsk 3A le tu sbb mmg dorg layan western je pagi ni - mana nak masuk tekak dorg sambal gesek ni), biarle mommy yang dah tua sikit ni layan sarapan kampung. Drink pun classis U, kopi 'O'......Adakah itu tanda mommy dah tua banyak? Oh, tidak juga sebab western people suka layan black coffee without sugar jugak pagi2 buta utk breakfast kan? Eh, mat salleh tua gak kot yg layan kopi O pepagi, muda mudi dorg mesti layan fresh juice@soft drink. Ahhh, biaq p le. Kena le terima hakikat usia dah berganjak separuh umur RasulALLAH, so nak tak nak kena banyak2 jaga kesihatan & banyak2 amal ibadat. 


Okey kalau u al perasan background sarapan mommy ni ada sebiji kelapa tua, kan? Haaa! terima kasih untuk 'Naughty Monkey' kat rumah kami ni. Dipendekkan cerita, beruk2 yg selalu datang mengacau @rumah kami ni tinggalkan untuk mommy 2 biji kelapa yang dah dorg kopek berterabur bawah porch. Kalau sebelum2 ni selalu kena sumpah si beruk ni (yelah mana tak geram, dah le gardener @rumah ni balik Indon cuti sebulan - bermaharajalela dorg main sepah2 area rumah kami ni, siap busuk hati lagi jatuhkan pasu2 bunga besar2 gedabak yg tuan rumah punya). Yang jadi mangsa, sapa lagi ? Mommy le kena sapu & kemas dorg sepah2 tu. Cuma, bila petang Rabu lepas balik dari amik daddy dari BLNG nampak tergolek 2 biji kelapa siap licin dikopek. Hahaha!!!mommy pun cakap kat daddy "oh, bagusnya le beruk2 ni tlg bagi mommy kelapa siap kopek, tima kasih le beruk".....Hahaha!!! 


Di samping ubi kayu rebus tu mommy matching gak sambal gesek ni dengan kelupis (salah satu makanan tradisional org Brunei@Borneo). Ustazah yang bagi Khamis lepas, tapi dorg biasanya makan dengan kuah kari. Mommy modified le cicah dengan sambal gesek. Lagi sedap. Citer kelupis ni later mommy story, arini bg laluan @Sambal Gesek dulu. 


Resepi mmg sempoi je sambal gesek ni. Sebelum ni selalu mommy buat just makan dengan nasi so xde le nak masuk dlm blog cuma harini special sebab cicah dengan ubi kayu rebus. CLASSIC !!!!
------------------------------------------------------------------
Bahan2:
100g ikan bilis - cuci & terus tos
5 tangkai cili padi (nak pedas lagi suka ati berapa banyak)
2 ulas bawang merah (tak letak pun boleh)
1 ulas bawang putih (tak letak pun tak pe gak)
5-6 biji limau kasturi (terpulang jugak citarasa nak tambah@kurang)

Caranya:
1. Tumbuk cili, bawang putih & bawang merah sehingga lumat.
2. Masukkan ikan bilis & tumbuk kasar2.
3. Perah jus limau kasturi.
4. Hidang bersama pulut tanak @ ubi kayu rebus.


PAI ROTI BERLAPIS DAGING

Okey, yang ni breakfast ala western untuk 3A. Huyoo!!!dorg ni kalau makanan style macam ni mmg suka bebenor. Mommy & daddy je kurenggg. Muak le!!!
Mommy jotdown resepi ni sebab tau senang nanti nak buat lagi sebab 3A suka. Basically macam ala2 lasagna (Arfa yang perasan mcm lasagna ni). Mommy plak masa buat tu dok teringat macam Shepherd's pie (cuma tukar topping). Pepepun, tengok jelah resepinya kat bawah. 
Sumber: Majalah Saji (Mei 2012) 
oleh Juara Masterchef Malaysia 1 (Dr Ezani)
~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan2:
1 buku roti (bergantung size bekas)
3-4 biji telur
1/2 tin susu cair
1 cawan air sejuk
Sedikit parutan keju (cheddar+mozarella)
Garam
Serbuk lada hitam
  
Bahan2 Inti:
1 labu bawang besar (cincang dadu)
300g daging kisar
1 tin kecil puri tomato
1/2 tin cendawan champignon 
1/2 tin kacang pis hijau (mommy tak letak)
Mentega untuk menumis
Garam
Serbuk lada hitam

Caranya:
1. Panaskan ketuhar 200'C. 
2. Untuk menyediakan inti;tumis bawang sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging kisar & kacau sehingga masak.
4. Masukkan bahan2 selebihnya & kacau sebati. Ketepikan.
5. Pukul telur bersama air & susu cair & tambah garam + serbuk lada hitam secukupnya.
6. Celupkan roti sekeping demi sekeping dalam campuran telur & susun dalam dulang pembakar/casserole.
7. Tabur inti daging, kemudian lapis lagi dengan roti yang dicelup telur. Ulang & akhiri dengan lapisan roti.
8. Tabur parutan keju & bakar dalam ketuhar lebih kurang 30 - 40 minit sehingga keperangan & lapisan roti masak.



Thursday, 4 October 2012

Hornbill - Up Close & Personal






 Assalamualaikum.
Mommy ni tak abis2 dengan Hornbill sampaikan 3A pun teruja kalau tgk Hornbill (bukan teruja sebab dorg suka tapi teruja nak bgt mommy sebab dorg tahu mommy suka). Hehe!!!tak tau kenapa suka tengok hornbill ni especially bila dorg fly up & keluarkan bunyi (padahal sebelum ni @Zoo xlayan pun nak tenung binatang ni). 
Okey, N3 kali ni mommy nak citer pasal kejadian last week. Masa tu petang around 3pm, mommy @dapur & secara tak sengaja mommy tengok luar tingkap. Sekali terpandang si Hornbill ni (mommy pasti sangat ini yang selalu datang rumah kami & hinggap atas pokok besar belakang rumah kami). Selalunya nampak dari jauh sayup je atas pokok but this time very close (rasanya jarak dari glasswindow dapur tu dalam 10m kot). Mommy cepat2 berlari amik kamera nak snap sebab dah dekat benar ni. Alahai, lens xleh zoom le plak (ingat kalau lambat2 kang terbang binatang ni), so mommy try le gak snap. Aish!!!xpuasati sebab xclear lagi. Mommy nekad keluar & hendap slow2 amik gambar. 
1st up close snap nampak dok bertenggek sekor (SubhanALLAH!!!!mmg cantik hornbill ni, paruhnya GAH). Masa tu 'member' tak perasan lagi ada org mengendap. Hehe!!!tiba2 mai awek dia dok bertenggek sebelah (ooi, sah le mmg dating le ni). Dari jarak dalam 2m gitu mommy snap bahan bukti member tgh dating. Hehe!!!dating ka? Kalau sekor pandang kiri, lagi sekor pandang kanan. Mesti yg betina tengah merajuk ni, pastu yg jantan jenis lengai xmau pujuk. Haru betul!!!!mommy try nak snap lagi sekali, alamak member dah perasan terus blah bawak haluan masing2. Kesian hak betina tu ekk, belum sempat nak mengada2 dah kena blah. Adoiiiii, xdak citer mommy ni. Boleh buat episod Adam & Hawa kalau macam ni.....So, kalau larat tunggu le kot2 member datang rujuk semula @rumah kami.

DAGING MASAK YOGURT



Jot down gak la menu dinner ni.

Bahan2: 
500g daging batang pinang
250ml air rebusan tulang lembu
100g yogurt
2 sudu besar mentega
4 biji cendawan butang -dihiris
2 biji bawang besar -didadu
2 sudu besar tepung jagung + sedikit air
Sedikit daun parsli -dicincang halus

Caranya:
1. Daging dihiris nipis & lebar.
2. Panaskan mentega & goreng bawang sehingga layu.
3. Masukkan daging & goreng sehingga masak.
4. Masukkan air rebusan tuang & bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.
5. Masukkan yogurt, garam, cendawan & daun parsli. Kacau rata.

6. Masakan ini sesuai dihidang bersama roti, nasi @ mee.

Wednesday, 3 October 2012

KEBAB DAGING

Assalamualaikum.
Penatnye harini!!!!!!Dah le yesterday morning mommy kena saman speed trap oleh polis Brunei. Huhu!!!melayang BND50 (+-RM120).....Malang sungguh rasanya sebab dah lama dok lalu jalan tu xpernah nampak kelibat polis alih2 semalam mmg xsempat menggelak lagi. Mommy pecut dalam 125km/hr (polis tu bgt) sedangkan speed limit 100km/hr. Alahaiiii...nasib baik diceriakan oleh macaron yang comey2 lagi striking membuatkan mommy terlupa pasal saman. Harini plak, misi menggantikan slot swimming yang sepatutnya berlaku yesterday (2/10/2012) yang tergendala sebab mommy kena saman. Before that, daddy dah bising2 suruh pergi klinik gigi jmp dentist pasal gigi Anis. Gigi kekal yang baru tumbuh 'clash' dengan gigi susu (jadi bertindan). Arfa plak ada satu tooth yg rosak (dah hitam tapi bila check doc cakap xyah cabut sebab Arfa xrasa sakit). Doc nasihatkan jaga kebersihan & biarkan that tooth tanggal sendiri later. Nasib baik service dorg tip top (walau ramai org/pesakit tetapi kami tunggu turn & settle urusan within 1hr only for all 3 of us).  Oh, Ahdia xterlibat (chewah!!!dia bangga sebab gigi dia xrosak) tapi bila kak Anis dapat sticker dr dentist dia sibuk plak nak sama. 
Ok, one of our dinner menu today ni hah nak jotdown "KEBAB". Entah le jadi ke tak tapi rasanya a bit mcm daging burger (mgk due to guna daging kisar segera tu). Next time mommy nak kisar daging fresh sendiri tgk mcm jadinya). Apapun Arfa mmg suka sgt menu2 mcm ni. So, mata mommy dah mengantuk & penat sgt ni. Terus mommy jotdown resepila. Esok baru g melawat sahabat handai @alam maya & balas komen. 
Sumber: Buku Aneka Masakan Barat
Oleh : Mommy @Wind of Change
Bahan2:
1kg daging kisar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 biji telur
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil tabasco (mommy tak letak)

Caranya:
1. Satukan daging dengan semua bahan2 lain.
2. Uli sehingga sebati.
3. Ambil sedikit adunan & bentukkan bulat bujur.
4. Kemudian, cucuk dengan skewer/ batang sate. Buat sehingga adunan habis.
5. Panggang/goreng kebab daging sehingga masak.
6. Hidangkan bersama sos pilihan.


Tuesday, 2 October 2012

MACARON


Assalamualaikum. 
Amaran ~ N3 ini mengandungi gambar2 yg banyak & colorful. Jika anda seorang yang 'penyilau mata', hehe pejam je mata.
MACARON ~ Bila dengar nama pun gerun je sebab yelah so called "delicate French confectionery". Pastu ingat lagi masa mula2 macaron ni terkenal @Malaysia masa tu around 2010 kot (sebab seingat mommy kami blm pindah Brunei lagi tu) harganya Ya ALLAH, melampau mahal RM4.00/pc (setonet je pun sizenya). Mak Ngah (daddy's 2nd sis) beli le masa tu nak bagi kami rasa time raya @Kulim tapi mmg xde rezeki kami nak merasa biskut mahai (kami rushing balik ke Besut). So, mommy pun bila org dok GAH bercerita ttg macaron ni xde le rasa terliur cuma teringin tu ada le nak try. Haha!!!cuma xde le rasa beria2 nak beli. Sampai le early this year ada kawan Malaysia yg dtg Brunei kasi kami ole2 macaron ni. Yang kelakarnya, punya excited nak try semua especially 3A sebab very colorful & comel2 je. Bila sekali dorg ngap masuk mulut, semua buat muka mencebik (hehe!!!xsedap hampesss rupenya). Last2 buang dalam cik tong sebab mmg xleh telan. Dah le filling rasa semacam pastu manis 'melenting' kata ore kelate. 
Tapi, bila mommy gatai tangan p 'terbeli' macaron baking set tu last July maka mommy nak tak nak terpaksa le jugak bereksperimen dgn macaron. Mula2 mcm xde mood gak nak buat sebab tau mesti 3A xsuka (based on previous experience la kan). Cuma last Friday (ingat tak yg kami ada picnic date dgn Areesya & k.Mariah)? Haaa!!!k.Mariah bgt dia buat brownies & jeruk mempelam, so mommy pun terfikir le nak buat macaron ni disamping pizza tu. So, mommy pun selongkar semula resepi yg mommy dapat dr seller macaron baking set tu. Sedang elok le sebab resepinya dalam kuantiti yang sedikit.
Dengan perasaan berdebar2 & penuh hati2 (fobia skit main dgn meringue ni) mommy pun mulakan eksperimen macaron & alhamdulillah WALLAWEH!!!!!! lu pikir le sendiri hasilnya. 

Ngeh3x.....yang paling gumbiranya, 3A (eh daddy pun, jadi 4A le gitu) berebut2 makan macaron yang beberapa ketui mommy buat tu (yelah, ingat dorg xsuke mcm yg dulu dorg makan). Rupenya yang mommy buat ni EXCELLENTO!!!!(jgn mare ye angkat sofa sendiri ni). Bila dah tau dorg suke (lagipun mommy xsempat ambil gambar hari Jumaat tu - dah abis), mommy pun buat lagi 2nd batch hari sabtu lepas.
   
Hari Jumaat tu buat color oren, pastu Sabtu buat color hijau & semalam Isnin mommy buat lagi 3rd batch color kuning & merah. So lepas dihimpun semua color2 maka, harini baru dapat buat photoshot & publish @Wind of Change.

Sumber: Kedai Lelong @FB 
Oleh : Mommy @Wind of Change


Bahan-bahan : - 
(mommy dapat +- 20pcs sebab bt size kecil sebesar syiling 20sen)
35g telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)
40g serbuk badam 
65g gula icing 
15g gula caster 
Secubit cream of tar tar 
Pewarna (optional) 

Cara penyediaan : - 
1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan. 
2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan. Biarkan selama 1 minit. 
3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus. 
4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk). 
5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan. 
6. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk). Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
7. Masukkan pewarna & kacau sebati dalam rima pusaran. 
8. Paip adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 7-8 biji macaron. 
9. Biarkan kering 40-45 mint. 
10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada model oven). 
11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. 

12. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran. Mommy for sure letak nutella duo as a filling because 4A just love it soooo much. No for icing (toooo sweet).

Monday, 1 October 2012

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum.
Harini bermulanya cuti sekolah penggal ke-3 di negara Brunei Darussalam. As usual, kalau cuti penggal ke-3 ni mmg kami xdpt balik @pergi mana2 since daddy kerja. Lagipun, insyaallah akhir tahun kami bercuti panjang @Malaysia. Harini 3A dah start merengek mintak mommy bawak dorg pergi swimming pool. Huhu!!!masalahnya banyak kerja2 terbengkalai yg mommy kena settlekan dulu harini. Dah terjanji dgn dorg nak pergi esuk. 
So, bila cuti sekolah ni mommy kena kerja extra time @dapur utk buat stock makan2 3A ni (huhu!!!daddy selalu je cakap "makan, makan....mana xbulat. Sama je dengan mommy, pastu bising nape tak turun2 ekk berat". Hahaha!!!!
Harini, dah start buat nasi menambah berat. NASI MINYAK HUJAN PANAS. Oh, cumanya versi mommy ni kurang le sikit kolestrol & lemak sebab mommy tak letak susu cair. Actually N3 ni tertunggak setahun lamanya. Ini sebenarnya menu utama masa open house kami last year & juga menu utama raya haji tahun lepas. Masa tu mommy tak sempat nak snap gambar2 almaklum sibuk sediakan semua juadah untuk open house. Tangguh punya tangguh, dah 2 kali buat semula tapi xjadi2 masukkan dalam blog sampai le harini. Bila dah ada gambar baru le berbaloi nak publish. Ceria sikit pagenya seceria nasi yang berwarna warni ni. Resepi ni  memang dah selalu mommy buat dari dulu lagi. Memang sedap & berbaloi2 memasaknya. Yang penting senang menyediakan & tak muak sangat rasanya.




Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)
*3 cawan beras Basmathi/beras biasa- basuh dan toskan 
*1 sudu besar minyak sapi
*3 sudu besar minyak masak
*1 labu bawang besar- hiris halus 
*2 ulas bawang putih dicincang
*1 inci halia dihiris halus
*1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
*5 cawan air rebusan ayam- (sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit).
*2 sudu teh garam
*2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
*Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
*Kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. 
4. Selepas 5 minit, taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna sekata bagi keseluruhan periuk.
5. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...