بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 27 January 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - MELBOURNE ( Puffing Billy)


Assalamualaikum & salam sayang.

Perjalanan kami untuk hari ke-4 diteruskan dari Ballarat ke Melbourne. Kami passing by je bandaraya Melbourne untuk terus ke Puffing Billy.



Tiba @Belgrade hampir2 ke pukul 3pm, huhu mmg ngam2 soi la.
Station Puffing Billy ni bermula di Belgrave & berakhir di Gembrook. Di antara 2 station tu penumpang boleh berhenti di Menzies Creek, Emerald mahupun di Lakeside.




Kami haritu mmg amik dari awal ke akhir & perjalanan 2 hala pegi & balik dalam 48km (1jam).




Kat bawah ni details perjalanan keretapi stim ni tapi 'km' tu dorg kira dari stesen lain.



Belgrave (Broad gauge)
43.02 kmBelgrave (Narrow gauge)
Old Monbulk Road
Monbulk Creek
Belgrave-Gembrook Road
Greenwell Road foot crossing
foot crossing
Long Pockitt Lane
45.2 kmSelby
foot crossing (Former Station Street)
Selby-Aura Road
School Road
48.99 kmMenzies Creek
School Road
Belgrave-Gembrook Road
50.99 kmClematis
Edenmont Road
Pinnocks Road
Belgrave-Gembrook Road
52.67 kmEmerald
Kilvington Drive
foot crossing
Beaconsfiled-Emerald Road
53.45 kmNobelius Siding
54.85 kmNobelius
56.59 kmLakeside (Emerald Lake)
Former Park Access Road (Pedestrian Only)
Park Access Road
Wright Road
57.79 kmWright
Cockatoo Creek
60.59 kmCockatoo
Healesville-Koo Wee Rup Road
Doonaha Road
62.59 kmFielder
Farm access
Orchard Road
foot crossing
Belgrave-Gembrook Road
66.99 kmGembrook (heritage platform)
Russell's Siding

67.18 km


Gembrook (town platform)






Perjalanan keretapi stim 'Puffing Billy' ni adalah melalui Jajaran Dandenong merangkumi lembah, anak sungai, bukit bukau, hutan & juga melalui pekan2 kecil, sekolah serta kawasan persendirian.


Seronok sangat bila mana keretapi melintas kawasan pekan especially kawasan sekolah & rumah2 persendirian, masyarakat setempat begitu sporting, siap melambai2 tangan & mengambil gambar utk dikongsi di fb. Budak2 sekolah siap berlari2 ke pagar nak bye2. Mereka betul2 bangga & memberi sokongan penuh kepada operasi semula Puffing Billy ini. 



Fyi, Puffing Billy ni dijayakan sepenuhnya oleh pasukan sukarelawan & sehingga kini sambutan dari pelancong sgt2 menggalakan.


Apa yang istimewanya pengalaman menaiki Puffing Billy ni selain menikmati keindahan jajaran Dandenong yg begitu mendamaikan adalah penumpang secara bebas boleh memilih samada untuk duduk dikerusi yang disediakan @bertenggek dengan menjuntaikan kaki keluar gerabak (hahaha!!!harap xde yg komplen perkataan mommy ni). Kalau senang refer jelah gambar2 tu ye. 


Masa awal2 perjalanan tu dari Belgrave ke Lakeside, gerabak memang penuh especially dgn pelancong2 dr ROC (riuh rendah leeeee depa2 ni). Penuh le tingkap dgn burung2 tenggek (hahaha!!!). 3A pun sama la bertenggek. Daddy & mommy sopan lagi duduk diam je kat seat.


Sekali bila geng2 ROC tu turun beramai2, coach kami tu dah lengang. Yang tinggal kami anak beranak & 4 beranak Chinese family (tak tau dr mana). Daddy pun start join bertenggek gak, mommy sopan lagi ye. 


Pastu bila kena paksa dek daddy (eceh padahal nak gak try jadi burung tenggek), mommy pun bertenggek gak akhirnya. Huhu!!!tapi xleh lama la bertenggek sbb sakit pungkoq.


Otw balik dr Gembrook ke Belgrave mmg kami jelah conquered.
Tapi sebab dah penat + lapar terasa lama plak nak sampai stesen. 

Monbulk Trestle Bridge!
Pepepun, kalau u al berpeluang ke Melbourne mmg mommy cadangkan cuba Puffing Billy ni. Alam semulajadinya mmg mendamaikan. Kalau u al g time spring, autumn @ summer sesuai la kot. Time winter tak tau le tahan ke idok nak menahan sejuk. Masa kami pegi ni pun cuaca sejuk2 nyaman je.


Kalau ikutkan jadual perjalanannya mmg ianya beroperasi setiap hari 9am - 5pm kecuali during Christmas.


Kalau u all nak tahu details boleh refer FB dorg. 


Keluar dari Puffing Billy kami terus ahead ke Big4 Melbourne. Haru biru punya GPS, melilau2 cari tempatnya tapi tak jumpa…….sambung ye



2 comments:

Najib Ariyan said...

Salam

Bestnya naik train Puffing Billy tu... kalau saya ke sana nanti salah satu aktiviti ni akan saya buat... nak amik gambar bebanyak.... seronoknya nampak satu family

salam singgah

Cho Zila said...

menarik sekali pengalaman itukan.... memang seronokler dapat juntai2 kaki gitukan.. baruler rasa semulajadinyerkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...