بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 12 January 2015

Ahdia's 7th Birthday


Assalamualaikum & salam sayang.


Balik Malaysia December lepas kami berpeluang celebrated birthday Ahdia yg ke 7. Baru masuk 7 tahun tapi sekolah dah darjah dua, heheh penangan lahir ujung2 tahun.

Kebetulan birthday sepupunya, Sofia dekat2 tarikh so kami ajak la join sekali.

Jemputan hanya kami adik beradik yg ada kat klang valley je + x-neighbour yg dah mcm family.


Memandangkan kami dah xde rumah @Msia so terpaksa la numpang KFC (mula planned nak buat kat taman tapi musim hujan ni maka xberani tanggung risiko). Sib baik budi bicara staff KFC Kota Damansara terima booking tempat yg mommy mitak (b4 that try tanya KFC subang2 tapi kedekut tak bagi booking2).

Kek plak (harus le mommy tak buat) mommy ordered dgn baker tetap cum member USM (dulu engineer skrg ni dah fulltimer baker). 

Tema ? of course leeeee FROZEN. Mintak member buat simple je tapi nak patung sebab patung tu blh buat main (kat Miri kami dah beli set patung frozen utk buat kek ni tapi jadi patung mainan jelah).

Sampai KFC baru sendiri letak patung Frozen tu sbb member takut tercabut time bawak dlm keta.

Sebenarnya sebelum majlis ni Ahdia demam teruk (hari birthday dia tu la baru betul2 kebah demam). Balik dari Krabi Ahdia terus demam (masa @airport pun kena tegur dek health officer sebab temperature scanner tu detect suhu badan Ahdia tinggi. Sib baik tak kena tahan kuarantin). So kiranya 5 hari gak dia demam. Hari birthday dia tu jugak hari final doctor bagi kalau tak kebah jugak kena buat blood test (itu yg dia takut sangat & gagah jugak bagi baik kot).

Berbalik kepada majlis kami aritu, asal majlis patut mula pukul 3pm tapi VVIP (family ayah cik) sampai 4+..Adusss semua dah lapor.

After all, alhamdulilah majlis sempoi sambil2 layan KFC. 




Tak puas rasanya berkumpul & chit chat dgn family tapi apakan daya……adat org merantau, seronok sekejap ajalah, selebihnya berpijak di bumi nyata. 

Memang balik kali ni hati tu terasa nak duduk lamaaaaa je, rasa cinta tu masih tetap terpahat kepada Malaysia. Huhuhu!!!!mood rindu ni.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Happy belated birthday Ahdias..
Cantik nya kek frozeen tu Rostina ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...