بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 5 June 2014

POKOK TIN/FIG

Assalamualaikum & salam sayang.
Heheh!!!!arini dah boleh bersiaran. Itu pun selepas delete blogger dr iphone & install semula.
Gamaknya pening dia sebab nak upload gambar banyak2. Pasni kena buat satu2; slow & steady.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mommy nak mulakan citer pasal pokok 'Tin' ni……….
Last weekend kami ke Tenom, Sabah sebab ada jemputan kenduri kahwin adik 'Pak Ngah'. Kebetulan Sabtu tu cuti juga sempena hari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kalau kebiasaan, Sabtu adalah hari persekolahan. Ikut plan awal nak pegi Labuan dulu, pastu amik ferry ke Menumbok, Sabah (so xyah drive jejauh). Tapi disebabkan agen kami ngok ngek lambat htr pasport (lps renew permit), maka terlepas la waktu ferry. End upnya kami gamble je bertolak petang Sabtu & plan nak overnite mana2 samada Lawas@Sipitang@Tenom.


Bila dah sampai Temburong, Brunei (wah dah senang sekarang sebab jambatan persahabatan antara Malaysia-Brunei dah siap. Dulu kena beratur naik ferry (refer entry ni), tiba2 je daddy melencong ke Taman Negara Temburong (atas desakan Arfa). Sib baik tak jauh sgt nak ke Batang Duri (tempat nak naik perahu ke Taman Negara Temburong). Ingatnya daddy cakap nak overnite kat situ sebab pepagi blh naik Canopy Walk dulu sebelum sambung perjalanan ke Tenom. Malangnya bilik semua penuh sebab ada budak2 sekolah buat perkhemahan.


Masa otw patah balik tu, kami singgah kat satu masjid kampung (alaaaaaa, serius lupa nama masjid ni. Ni lah mommy punya penyakit, LUPA. Ya ALLAH!!!!!ampunkan dosa2 ku). 
Dorg dok tengah solat tu, mommy buat lawatan kawasan (heheh!!!!tau kan cuti). Sekali terpandang pokok ni…….ye POKOK TIN aka FIG. Wah!!!!!serius jakun sebab dah lama sesangat mommy tak jumpa bukan setakat pokok, buah yg fresh pun. G mekah dapat tgk & makan yg dah kering je selalu kan. 


Masa mommy sekolah rendah dulu, ada sorang budak laki kelas mommy ni rumah dia ada pokok ni. Besar pokoknya depan rumah. Kami balik sekolah suka la jugak main2 bawah pokok tu & ada la jugak mengutip buah2 yg dah ranum. Memang pokok tin ni unik sebab buahnya melekat kat batang, bergugus2. 
Masa mommy jumpa pokok ni aritu, mommy bgt la daddy……Haaaaa!!!!!sekali dia lagi tak pernah tgk live pokok tin. Buah tin pun tak kenal. Bila mommy explain baru le dia berminat nak g tengok pokok tu. Kena kenal buah tin ye anak2 sebab ni buah syurga, ada dalam al-quran. 
Yang lagi syok, masa mommy google pasal buah tin ni jumpa FB yg cerita pasal pokok tin ni kat Malaysia. macam2 jenis rupanya buah tin ni. Yang dorg tanam tu serius menggiurkan. U al tgk kat SINI.

10 comments:

Nasa Mulia said...

Saya pernah jumpa sekali ini di Sik Kedah, kebetulan pokok tengah berbuah lebat, besar-besar dan mula ranum...ramai yang tak kenal, boleh dorg cakap pokok zaitun...penat jugak nak explain ini pokok tin.

PetakBunga said...

hidup ek pokok tin kat malaysia..

Juls Julie80 said...

Assalam..

bestnyerrr...saya dah lama teringin nak tanam pokok ni..dlm pasu ade la..pernah tanye ade budak yg tanam ni kat FB..cam x nak ckp jer..klu kene beli pun saya sanggup asalkan x mahal sangat...

kat nursery mane ntah nak cari pokok nih...huhu

Unknown said...

Kat surau belakang rumah K.Sham ada sebatang pokok ni. Alhamdulillah.. tho' tumbuh tepi sungai tapi sampai hari ni masih ada hasil.
Mungkin tumbuh hasil dari "campak-campak" buah tin dari jemaah yang solat di sana.

Unknown said...

Ya ampun Kak Ros.Buah ni melambak-lambak kat sini sbb org sini diorang mmg masukkan dlm makanan diorang.

Saya duk fikir la mcm mana la nak masak buah ni.Apa rasa dia.Tak pernah terlintas yg buah fig ni sama dgn buah tin yg mcm org selalu bwk balik dari Makkah tu.Naifnya saya.Hihihi.Bukan naif.Baser darat.Hahaha!

sudipVSsenduk said...

apa rasa buah ni ek? manis ke kelat?

rostina76 said...

nusa mulia: mmg ramai yg tak kenal sbb kita ramai yg xsuka buah ni. kalau mat salleh suka ni

petak bunga: hidup!!!!tapi mungkin lain spesis la kot sbb tgk yg import oversea tu lain pokok & buahnya

juls julie: tu laaa….kros pun cam berminat dgn buah ni. yg dlm fb tu cam senang je tanam. tgk kecik lagi dah berbuah lebat. cer tanya dorg

k.sham: yeke!!!org tanam guna buah ke ekk? heheh jakun lagi. rugi tak buat balik buahnya aritu.

syafinaz: laaaaaaaa yeke. tapi mmg tgk mat salleh suka buah ni pun. darat sunggoh laaaaaa

sudipVSsenduk: buah ni kalau blm masak kelat le (cam dlm gambar tu ada getah) tapi kalau dah masak ranum manis juga.

wantie said...

kat kampong saya ada jugak pokok yang sebijik mcm pok tin ni. tapi buahnya kat atas bukan kat bawah gini. ingatkan buah tin la kan..

tapi my mom cakap buah tu gatal. hahahaha

kudin said...

Ni rasenye pokok ara...bkn tin...pokok tin daunnye berkelopak

rostina76 said...

telaga duit: ye…ada yg panggil pokok ara tapi kami kat kg dulu mmg dorg panggil pokok tin je…dulu2 mana ada org malaysia tanam pokok tin cam skrg…skrg ni mmg dah byk baka2 pokok tin sebenar dr luar dpt hidup @malaysia…hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...