بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 19 January 2014

Umrah - Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini mommy sambung N3 umrah kami. Hari kedua di Madinah Al-Munawwarah. Kami tiba lewat malam selepas tempuhi lebih kurang 5 jam perjalanan dengan bas dari Jeddah ke Madinah.
Pada jam 7:00 pagi selesai breakfast, semua jemaah berkumpul di lobi hotel & seterusnya dibawa ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat sunat seterusnya menziarahi Makam Rasulullah & sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddik dan Saidina Umar Al-Khattab serta perkuburan Baqi'. Waktu subuh tu memasing dah solat subuh berjemaah buat kali pertama untuk trip kami. 
Terpancar di wajah masing2 perasaan tak sabar untuk memberi salam kepada junjungan besar kita Rasulullah saw.
Oh! lupa nak bagitau cuaca di Madinah sepanjang kami di sana adalah sangat sejuk (mmg musim sejuk). Suhu sekitar 10'C & mmg kalau tak pakai baju tebal confirm mengigil (walaupun ada cahaya matahari tetapi angin tetap dingin).   

Sepanjang lawatan, jemaah dipecahkan kepada kumpulan lelaki & wanita. Kemudian, dipecahkan lagi mengikut kumpulan kecil iaitu follow bas no masing2. Semua sekali ada 6 kumpulan (sebab kami ada 6 biji bas). Dalam trip kami ni mmg ramai jemaah yg pergi bersama keluarga besar mcm kami. Rasa seronok bila melihat ramai kanak2 dapat mengikuti ibubapa masing2. Geng Ahdia pun ada 2,3 org.


Di kala memberi salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw & para sahabat mmg perasaan tu bercampur baur. Gembira, sedih, sayu & seronok.


Lawatan dimulakan dengan lawatan sekitar luar Masjid Nabawi & seterusnya barulah ke bahagian dalam Masjid Nabawi. Kami juga dibawa terus untuk solat & berdoa di Raudhah serta memberi salam sekali lagi di hadapan makam rasullulah (mmg kumpulan kami dapat mampir betul2 menghadap ke makam rasul & para sahabat, Alhamdulilah).

Selesai acara lawatan sebelah pagi, kami pulang ke hotel untuk makan tengahari & seterusnya pergi semula ke Masjid Nabawi unutk menunaikan solat zohor & asar (fyi disebabkan musim sejuk maka jangka waktu antara satu solat ke satu solat sangat pendek, jadinya masa kami di sana agak tergesa2).



Pada sebelah petang iaitu after solat asar, 4A+R+tok wan tak membuang masa untuk terus mencari barang2 cenderamata & barang2 keperluan kami juga. 

Otw nak g shopping tu kami singgah  kat kawasan lapang yg mmg banyak burung2 merpati sedang makan makanan yg ditabur oleh orang ramai yg memberi/sedekah kat mek2 hitam manis. Harga sepeket kecil dedak tu 1 rial…….

Kurrrr!!!!kurrrr!!!!!mari2 adik bagi makan ni.

Memang seronok kehidupan di sana pada waktu itu, ialah tiada aktiviti lain yang dibuat selain beribadat/iktikaf di Masjid Nabawi, bagi merpati makan & shopping sakan (bkn nak show off ni tapi hakikatnya bila shopping pun inshaALLAH dpt pahala). 


Yang lagi mommy envy; kehidupan peniaga2 di sana. Bukak kedai, tutup kedai 2xulang2 gitu le setiap kali masuk waktu solat. Syokkkk betul. 

Rasa nak p jadi penjual kat sana gak (hahaha!!! join dgn mek2 hitam manis jual atas jalan pun ok).


Dok tengah2 shopping tu, bila dengar azan terus bergegas ke masjid untuk solat maghrib & isyak plak. Mmg 'ONTIME' je la solat kat sana. Ya ALLAH!!!!bestnya.


Balik makan dinner @ hotel lepas isyak tu pastu sambung jalan2 lagi sambil daddy shooting filem (untuk kenangan kami, bukan selalu dpt datang sini kan).

Kami abadikan pemandangan indah sekitar Masjid Nabawi di kala senja & malam dingin. Ya ALLAH!!!!!aku ingin ke sana lagi.






11 comments:

UmmuAidan-Arissa said...

suka tengok gambar2 yg ros amek nie..mmg terbaek n cantik pemandangannya..mungkin kita pun kat tpt kita kena praktis solat on time jgkkan ..barulah rs nikmat beribadah...

Jari Manis said...

Subhanallah..seronoknya dapat ke sana bersama anak-anak kan...Ya Allah bila turn JM pulaj ni :-)

NEKCIK said...

Iya Ros kat sana ingat nak gi masjid jer kan..tak fikir lain..tempat terbaik untuk charging iman kan..insyaallah..itulah yg istimewa 2 tmpat ini..masyaallah

Unaizah said...

Only those yg dah penah jejak kaki ke sana je yg akan faham ketenangan & kegembiraan yg dirasai. Tu belum lagi Masjidil Haram - PURE BLISS!

Anonymous said...

MasyaAllah pics yg mengundang kerinduan...smoga mndapat umrah yg mabrur in sha Allah.

izan mama mia said...

Assalamualaikum..

tq berkongsi gambar dan cerita..menariknya...terasa rasa nak sampai juga ke sana

ishamizu said...

Subhanallah indahnya! Mst kak ros seronok kan dpt beribadah satu family..:)

BIBIE KARIM said...

Subhanallah. Indah & damainye Madinah. Beruntung budak2 tu, kecik2 dah jejak kaki. Doakan saya mendapat 'jemputan' ke sana suatu hari nanti. Insha Allah, amin.

BIBIE KARIM said...
This comment has been removed by the author.
Nastyna said...

bestnya... pergi pulak satu family mmg tak der benda nak dirunsingkan la kan, beramal ibadat jer la and opkos plus shopping.

hainom OKje said...

Sedihlah Ros bila awak tulis pasal Rasulullah tu tetiba hati jadi sayu...huhu...rasa teringin nak pergi sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...