بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 20 September 2014

Chocolate Ganache for Anis 9th Birthday Cake

Assalamualaikum & salam sayang.
Dah Sabtu, esok budak2 Brunei dah start cuti sekolah til 26/9. This time mmg xde nak plan g mana2 sbb daddy tengah busy shutdown & mommy pun start 3A cuti, mommy plak nak masuk sekolah. Heheh!!!!kelas menjahit murid2 dewasa. Tak sangka mommy blh berubah 360' bila pindah Brunei ni. Tule 'Wind of Change' bertiup sepoi2 bahasa lagi.

Kita tutup dulu citer kelas menjahit tapi harini mommy nak jotdown dulu resepi ganache ni. Mommy buat masa birthday kak ANis baru2 ni. September is Kak ANis month. 

Kesian Kak Anis, hoping mommy buat kek frozen alih2 kek 'rentung'. Hahaha!!!!mmg bebudak pompuan masa ni tgh giler frozen so kek pun semua nak ala2 frozen. Mommy pun awal2 'kegilaan' frozen ni mmg berniat nak bt kek ala2 frozen tapi bila tiba bulan September ni jadi terlebih malas nak masuk dapur. Sebab yang utama mmg sebab dalam kepala otak dok penuh dgn pattern2 handbag je, pastu pulak ditambah dgn keadaan longkang tersumbat kat rumah ni. Eeeeei, geram betul sbb setiap kali guna sinki & washing machine sure ada overflow dr lubang longkang tu. Itu yg fed up sbb nak kena p basuh porch hari2, if not sure licin & busuk. Ni pun tak setel2 lagi dok tunggu landlord counter masalah ni.
Alamak terpanjang plak intro………samb.


So, fikir punya fikir……mommy buat yang paling senang & selamat la = kek coklat moist. Masih guna resepi kawan lama NI cuma mommy ubah topping je. Sebab kenapa ubah, topping yg resepi lama tu dia cair (tak sesuai nak deco). Sebagai pilihan mommy guna resepi dari Fb: Jom Masak. 

Bahan2:
100ml susu cair
300g choc masakan (dicincang)
2 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk koko

Caranya:
1. Campurkan semua bahan dalam bekas.
2. Double boil sehingga larut.
3. Tunggu suam sebelum disiram atas kek.
4. Boleh guna bt deco cam kelopak bunga etc (tapi tau2 le level mommy tahap mana. hahah!!!xkuasa aku)

Hasilnya mmg cantik (tapi deco mommy ke laut la ye sbb mmg xde jiwa nak buat ni tapi gagah jugak sebab nak seronokkan kak ANis). Yang kelakarnya kak ANis nak ada oreo plak, adussss malas tul nak picit2 cream putih atas tu utk letak orea, last2 mommy tekan2 je atas ganache tu. Alhamdulilah elok je terpacak (u al toksah gelak la ye bentuk susunan oreo tu, pakai boleh je tu susun. hahaha).

Pepepun kak ANis..be a good daughter to me plizzzzz. I love u soooooo much.

Birthday girl yg comot. Aishhhh
Adik birthday girl yg rongak & penuh kontroversi. Heheh

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat hari lahir Anis.. semoga menjadi anak yg solehah..
Apa yg penting anak gembira Ross.. teringat akak dulu.. Nabil nak kek padang bola.. gigih lah akak yg tak amatur ni membuatnya.. wlpn comot.. mrk gembira kan ;)

Kuazue Mohd said...

haa.. mak dah terjebak kelas jahit yer.. kelas apa tu ya cik ros.. september ni patut kat rumah ni ada 3 kek.. tapi mak ni malas.. tunggu yg terakhir la baru wat kek.. kikiki.. deco ke laut pun OK juga tu
Muka anak2 happy ja tengok.. gumbira tengok awak happy di BRUNEI noh ros

Bbwana adienia said...

Happy bday to anis..seronok bla dpt smbut dgn kwn skolah kan

aishah nin said...

Selamat hari kelahiran Anis..

So yummy chocolate tu ye...hiih

Putri said...

happy birthday anis
dah besar anak2 akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...