بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 9 September 2014

Udang telur masin

(Entry termiss publish)
Assalamualaikum & salam sayang.
Kita selesaikan menyalin resepi menu2 masa bulan puasa ye. Actually bulan puasa lepas mommy tak berapa rajin sangat nak mencuba resepi2 baru & masak pun simple je. Yang penting menu yang 4A suka & xde pembaziran.


Cuma kali ni mommy cuba buat Udang Goreng Telur Masin. Selalu mommy guna ketam utk buat resepi goreng telur masin ni tapi ketam2 yang dijual cam kecik2 je. Itu yg lama dah tak beli ketam (dok ulang beli udang memanjang). Pepepun lagi ok guna udang sebenarnya sebab nak makan senang sikit (xyah nak ketuk, gigit, korek beria2).


Btw resepi sama dgn ketam goreng telur masin gak (rupanya n3 mommy pasal ketam goreng telur masin ni dah xleh buka linknya..xpela next time salin & post semula gambar versi ketam plak).

Bahan2:
1/2 kg udang kertas  (mommy suka belah belakang & buang hitamnya)
1biji telur masin (yang telah direbus & lenyek)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (kalau suka pedas boleh guna cili padi)
1 sudu mentega/marjerin
2 sudu minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
Garam (kurangkan sukatan sebab telur dah masin)
Gula

Caranya:
1. Lumur udang dengan tepung jagung & goreng sehingga garing. Tos & ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan mentega dengan 2 sudu besar minyak.
3. Tumis bawang putih, daun kari & cili sehingga garing.
4. Masukkan telur masin yang telah dilenyek. Kacau seketika.
5. Kemudian, masukkan udang yang telah digoreng tadi & gaul sebati.
6. Perisakan dengan sedikit gula & garam. Siap


8 comments:

nurbijen said...

telur masin pun boleh buat goreng udang, kak ros mmg creative... minggu lepas baru jer buat telur masin, tak sabar nak makan hasilnya...

Nurfaezah Abdullah said...

if tanpa marjerin blh ke kak?

m.u.l.a.n said...

Ohhhh yummeehhh

Shamsiah Abdul Rahman said...

Adeihhhh.. wahai bini org kaya Brunei..
K.Sham kompom tak leh makan dah makanan mcm ni..
- udang & telur masin..

Kut mkn jugak.. ada la yg kena teguk air limau tanpa gula.

Anyway.. t.kasih share resepi. Rasa mcm nak kena try jugak ni..
(org degil mmg mcm tu)

Bbwana adienia said...

fuh, ni memang menu yang sangat menarik dan rasa mau try buat nanti..

NEKCIK said...

kawasan sana mesti murah udang dan ketam kan Ros..kat semenanjung harganya kuss sengat..terbang sebelah tangan untuk satu family

dekdaa said...

Asben sy suka la ni resepi simple2.. dia suh sy cari nak buat huhuh.

rostina76 said...

nurbijen: terer arr nur bt telur masin sendiri…tula kita ni bila merantau jauh dr tempat kelahiran baru terdesak jd kreatif. kik3x…

nurfaezah: klu skip marjerin rasanya mcm xberapa jadi but no harm trying dear.

mulan: oh lala

k.sham: amboiiii kak!!!statement ko blh bikin panas ni org2 di luar, hahaha kita ajoler yg faham kannnnn :P

BBwana: dah try sure jatuh cinta

nekcik: alhamdulilah nekcik mmg rasanya murah skit kot tapi xsemua gak la. klau nelayan jual direct yg tu mmg gilerrrrr la murah. $10 dpt penuh plastik bag size sedang tu.

dekdaa: buat la dekdaa, nanti sure bertambah cayang. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...