بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 19 September 2014

Venice of East a.k.a Kampong Ayer Brunei

Assalamualaikum & salam sayang semua.

Alhamdulilah sikit2 dah dpt momentum utk membebel (itu pun sbb hold merempit atas kusi). Harini mommy nak share pasal 'Venice of East'.


Gambar google

Chewah!!!!masa mula2 dengar perkataan ni kuar dari mulut daddy, mommy mmg meluat/menyampah/geram/rasa nak jelir lidah je. Hahaha!!!!mommy mmg exaggerate klau bab2 camni. Bukannya apa, masa daddy sebut tu dia baru balik yearly course @HQ dia di Italy (almost every year pegi tapi tak teringin pun dia nak ajak2 kucing mommy ikut). 




Ingat lagi tahun 2011 (awal2 kami kat Brunei, bln oct kot)……dengan bangganya dia bawak laaaaaaa kami anak beranak p berdayung di Venice ni (huhu!!!bukan naik gondola cam Venice, Italy tapi naik bot penumpang). Kununnya dia tak mampu nak bawak kami p Venice, Italy tapi dapat bawak p Venice of East pun dah hebat la tu taraf kami yang kena tinggal. Geram dakkkkk?


Pepepun, nasib la jugak ada Venice of East kat Brunei ni. Boleh la gak mimpi2 jadi Angelina Jolie main rempit2 bot plak dgn Johny Deep. 

Fyi Venice of East tu nama jolokan untuk Kampong Ayer di Brunei ni. Pakcik Antonio Pigafetta ni yang menggelarnya "Venice Timur" apabila armada Ferdinand Magellan singgah di kawasan itu pada tahun 1521. Huish!!!belajar sejarah harini.



Kampong Ayer adalah sebuah gagasan 42 kampung yang dibina di atas air yang didiami lebih 30,000 orang penduduk. Kampung ini terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Ia merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara




Tempat pelupusan sampah
Balai bomba
Sekolah Rendah
Masjid

Pondok/tempat menunggu bot penumpang ke tanah besar.
Stesen minyak Shell semestinya untuk bot2. Gambar google…Serius cantik gambar ni dia edit.

Di Kampong Ayer ni, bukan setakat binaan kayu rumah2 penduduk malahan terdapat juga kemudahan seperti masjid, kedai, sekolah, hospital, balai bomba, balai polis, stesen minyak & museum. Laluan pejalan kaki juga dibina menghubungkan bangunan2 di kampung ini. 

Suasana busy bersimpang siur bot2 menghubungkan penduduk Kampong Ayer dgn BSB.
Pengangkutan utama di kampung ini ialah sampan yang kebiasaannya dilengkapi dengan enjin bot; teksi air persendirian, ataupun swasta, yang kebanyakannya menyerupai bot laju panjang, menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang pantas.





Dari jauh, kampung ini kelihatan seakan-akan kampung setinggan tetapi sebenarnya penduduk kampung ini menikmati kemudahan moden seperti bekalan elektrik, penyaman udara, televisyen satelit, Internet dan sistem saliran. Beberapa orang kampung juga membela ayam dan bercucuk tanam dalam pasu. Walau bagaimanapun ramai juga penduduk Kampong Ayer yang telah berpindah ke daratan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa. Ini biasanya terjadi jika ada kebakaran/kemusnahan yang besar ke atas rumah asal mereka @ apabila anak2 telah berkahwin & berpindah ke daratan.

Rumah batu yg baru siap. Gambar google

Dalam usaha mengekalkan Kampong Ayer sebagai tapak warisan penting negara, kerajaan Brunei baru2 ini telah membina rumah2 baru daripada batu simen & membina sistem pam & kumbahan yang canggih untuk kemudahan penduduk Kampong Ayer. Kemudahan infrastruktur lain juga telah dinaik taraf. 




Ok, kat bawah ni plak gambar2 masa kami bawak tokwan jalan2 ke Kampong Ayer time raya aritu. Compare to 1st visit kami dulu tak banyak sangat beza cuma pertambahan rumah2 batu je. Tapi yang bestnye bot kami this time offer pakej lawatan ke rumah penduduk Kampong Ayer sekaligus 'pakej beraya ke rumah Kampong Ayer'.


Tokwan posing kat Waterfront
Replika apa tah ni. Dah jadi penduduk tak tetap Brunei cam taknak amik port plak. Hehe




Peace Yo
 Yang syahdunya g beraya tapi self service plak. Mula2 tu pemandu bot kami bawa la kami p satu rumah ni. Rumah batu dah cantik renovate (ingat bwk kami p yang typical wooden house). Rupanya mmg dia bawak ke rumah tokey bot dia la. 
Lepas bagi salam, xde org jawab tapi sbb pemandu bot tu suruh kami masuk & duduk maka selamba la masuk. 


Duduk je kat kerusi, dtg la pompuan bawak air tin. Ingat tuan rumah rupa2nya 'bibik'. Katanya tuan rumah solat. Kami pun tunggu jelah……dlm 10min tak jugak keluar2 tuan rumah, pastu pemandu tu plak blah tinggalkan kami suruh dok makan biskut raya. 


Hahaha!!!!sempoi. Daddy pun apalagi start 'menembak' la sudut2 dlm rumah tu. Tak lama lps tu dtg le tetamu satu keluarga……bila dorg masuk & salam kami baru tau anak buah tuan rumah. Dia la brief kami pasal pakej dorg ni & rumah tokey bot tu mmg dah glamor la menurutnya jadi tempat persinggahan tourist2 & pembesar2 negara yg dtg ke Brunei. Adala dia sebut ramai artis2 & pembesar2 negara termasuk le dr Malaysia. 


Ok fine!!!!tapi mommy tak puas hati sampai ke sudah tuan rumah tak keluar. Tak lama dok sembang dgn anak buah tuan rumah tu dtg lagi org masuk. Ingatkan family dorg tapi rupanya tourist. Tegur punya tegur family dari Malaysia. Wife org Kelate + husb org Miri. 1st time dtg BSB kata mereka. 

Adoyaiiii……sampai ke abis mmg tuan rumah tu tak keluar gak. Bila pemandu bot datang jemput kami (pemandu yg berlainan), balik la kami ke daratan bersama2 family dari Malaysia tadi. 
Emmmpphh!!!!! sorry to say ye Bruneian, tapi dorg ni mmg jarang nak sapa2 kalau org luar/tourist, senyum pun kalau tau kita tourist rasanya lg susah nak bagi (don't get me wrong….tapi Bruneian ni kalau kita approach kira friendly jugak cuma tulah…..dorg xberapa suka org luar kot. Allahualam). Tapi nak bgt ni, daddy kata klau dorg ni tau kita dari Malaysia sure tanya lagi "negeri mana?"….heheh klau bgt dari KL @ Selangor baru le show respect skit dorg kat kita. Memilih rupenye ye. 

4 comments:

Honey said...

Salam Kak Ros,

Ewah! Venice di Asia Tenggara ya Kak Ros hihi. Kalau saya lah kan, tak ter duduknya di rumah air tu. Takut!

Rumah dekat Brunei tampak mewah mewah kan? Seronok tgk!

@na said...

venice jugok tu ros...hehehe...

NEKCIK said...

best best nekcik rasa nekcik tak mampu ler nak naik gondola di Venice...harap harap adalah rezeki untuk sampai ke Brunei....naik gondola Brunei pun tak ngaper...ada air jugak

Tie HT said...

mungkin tuan rumah letih kut kak ros.
btw masa transit di brunei hari tu sempat lah singgah cuci2 mata kat tebing kg ayer ni..
tetiba teringat macam kat esplanade kuantan la plok..

dan experience saya masa jumpa sorang remaja brunei di masjid,
mereka ni ramah, tanya kami dari mana, datang buat apa dengan senyuman yang manis, rasanya student kot..

seronok lah baca cerita akak masa melawat rumah air tu (even tuan rumah dia takmo kluo) :)

saya tak sempat nak ronda hari tu, tengok dari jauh saje :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...