بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 1 December 2013

Easy Banana Cake

Assalamualaikum. 
Yeay!!!dah masuk December. Means dah tak lama kami nak bercuti panjang. Semoga everything yg dirancang dipermudahkan ALLAH, amin3x……
Sebagai pembuka bulan baru ni mommy nak jotdown juga resepi mudah lagi cepat ni. Sesuai utk minum petang @ juadah ringan menjamu tetamu yg datang bertandang.

Mommy buat ni dalam misi melupuskan seikat pisang yg tak laku (3A ni kadang2 geram juga, time byk xnak makan, tapi bila dah sikit mula la tak cukup. Aishhh!!!). Sebelum tu separuh mommy dah guna buat cekodok pisang utk breakfast hari Khamis lepas. 


Btw resepi ni actually mmg senang sangat & ala2 sempoi je but really turn up something yg sangat sedap. As below mommy dah translate to BM.

Sumber: Allrecipes

Bahan2:
125g butter
150g gula kastor
1 sk ekstrak vanilla
1 biji telur (kocok)
2 biji pisang masak ranum (lenyek)
190g tepung naik sendiri (SRF)
60ml susu

Caranya:
1. Griskan & alaskan tin/loyang. 
2. Cairkan butter, gula & vanilla dengan api perlahan sambil mengacau.
3. Angkat campuran no 2 & masukkan pisang yg dilenyek. Gaul sebati.
4. Campurkan telur & kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan tepung & diikuti oleh susu. Gaulkan sebatian hingga sebati.
6. Tuang dalam loyang & bakar pada suhu 160' C- 180'C selama 35minit.
7. Sejukkan atas relai sebelum dihidangkan.

6 comments:

Amie said...

ha hahaha... kelakarlah Ros... samalah macam kuih raya, time banyak tak nak makan, dah tinggal serdak baru nak korek balang

myda_ahmad said...

sedapnya,wak...alahai tgk jer lah..x leh nk ke dapur..seharian bekerja,balik2 dh lewat mlm

nurbijen said...

kalau anak2 saya mmg hantu pisang... sengaja beli pisang yg terlebih ranum utk buat cekodok pun mereka boleh makan sampai habis... hehehe

ishamizu said...

Wah gebunya kek pisang ni kak ros! Nti nk try la..hihi. Ank2 izu pon sama jgk, suka mknn yg berasaskan dpd pisang :)

AtieYusof said...

wah! boleh cuba ni rsepi ni Kak..
hubby sy suka sgt makan kek pisang ni..sy copy ye kak:)

Kakzakie Purvit said...

Walau kata easy kalau tak rajin dan tangan tak kena tak jadi juga Ros:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...