بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 7 December 2013

KUIH BOM

Assalamualaikum & good day.
Dalam usaha utk melupuskan stock bhn2 masakan, harini mommy berjaya juga menghabiskan tepung pulut yg berbaki, inti kacang merah & juga bijan yg hampir tengit/berbubuk.

Resepi dari Along ni mommy dah peram since 6/8/2011 lagi. Baru harini terlaksana eksperimennya. Actually sedikit fobia dengan kuih bom ni sebab takut MELETUP KEBABOM!!!!!
Tapi yang seronoknya pagi tadi masa mommy buat & sewaktu menggoreng tiada langsung letupan yang kedengaran. Bom Kuih Bom pun elok je bentuknya tanpa kecacatan bisul2 @ rekahan. Memang terbaekk la resepi Along ni. Tq Along, muahh!!!


Bilangan: 12 biji 
(mommy dpt 8 biji je mungkin sbb xguna keledek)

Bahan2:
80g Keledek - kukus & lecek (mommy skip sbb xde stok)
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan - utk salut
Inti Kelapa /Kacang Merah/Hijau

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
2. Bahagikan kpd 12 ketul.
3. Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
4. Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih. Ulang sehingga habis.
5. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.



3 comments:

myda_ahmad said...

ok,dh dpt idea nk wt kuih bom ini..lau x asyik dok pikir wt apa...tpg pulut kat umah tu,banyak lg..syg nanti exp pulak,kalau biarkan lama2....

mama sara nur said...

assalam
suka kuih bom sedapp
biasa buat bom keledek inti kelapa
tp kalu tepung pulut inti kacang pun suka he hee

mala said...

ros kenal Huda? masa kat brunei dulu kalau ada gathering mesti request suruh huda buat kuih bom hehehe sedap dia buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...