بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 12 December 2013

Kacang buncis goreng kunyit bersama udang

Assalamualaikum & good day.
Lama tak tepek resepi lauk pauk maka mommy jotdown juga la yg ni. Jgn ada yg gelak sbb ini 1st time mommy masak lauk ni. Selalunya mommy guna daging @ isi ayam, tapi aritu ada ternampak blogger tayang dia masak ni (without resepi). Mommy pun try le jugak, alhamdulilah sedap juga la.


Bahan2: 
200g udang (kopek kulit)
1 ikat kacang buncis (potong serong)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 biji cili merah (hiris nipis)
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
1 sudu kecil kunyit
Garam
Minyak

Caranya:
1. Gaulkan udang dengan garam & kunyit. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga garing, kemudian masukkan udang. Goreng sehingga udang masak.
3. Masukkan kacang buncis, bawang besar & cili merah. Gaul sebati sehingga kacang buncis sedikit layu.
4. Siap.

4 comments:

NEKCIK said...

OH letak udang memang sedap...bubuh telur pun sodaap
Bila nak berangkat tu
snow dah menanti tu

Lynn Hamzah said...

nak cari kacang buncis la ptg nie...ngan udang sekali...

tun_telani said...

Salam kak ros.. mama-in-law tun mmg selalu masak sayur goreng letak udang :) mmg dia dh prepare udang dlm packing2 kecik2 tun wat rencah sayur goreng.

myda_ahmad said...

saya pun suka goreng buncis,x kisahlah letak ayam @daging@udang ke...tempe pun saya letak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...