بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 8 December 2013

Result final Exam 2013

Ok, ini n3 bagi nak tunjuk results 3A. Yang kelakarnya untuk sekolah pagi (kebangsaan) semua dapat no 6……….
Sehati sejiwa sungguh!!!!!! Ala2 nama group; we are the 6th gitu.

EmmmpHHH!!!! ok kita mulakan dgn Ahdia.
2nd Sem dapat no 3, so final drop 3 anak tangga ke no 6. Bila view result dia, cikgu ckp 1% je membezakan no 1 dgn no 6. Kalau diteliti Ahdia ketinggalan markah bab oral/lisan (mmg berat mulut pun dia ni kalau dgn crowd). ICT paling teruk (bila mommy tgk paper, dia salah labelkan mouse dgn monitor). Kat situ markah byk hilang……means budak2 lain yg no atas tu mmg semua betul bab labelling & fasih tok tek 2x bercakap masa cikgu tanya soalan. Nak salahkan sapa klu bab membisu ni sbb mommy mmg 'parrot' :P
Sekolah ugama Ahdia blm attend.


2nd kita tgk result Anis. Dari no 4 2nd sem jatuh 2 lagi anak tangga ke no 6. Markah ugama paling rendah. Bila tanya ustazah apa masalah Anis sedangkan sebelum ni dia score ugama, rupanya again silly mistake terjadi. Fyi, soalan ugama kat sini dwi bahasa (maksudnya ada perkataan jawi & perkataan rumi, so murid juga boleh menjawab dlm jawi @ rumi)……soalan yg dia hilang 10 marks tu ialah rearrange the sentences. Ada 5 kotak perlu diisi dengan 'doa masuk tandas' = Sesungguhnya aku, berlindung dari, syaitan, jantan, dan betina…………Anis jawab dgn rumi dari kotak kiri ke kanan (logik la utk perkataan rumi kita mula dr kiri ke kanan kan?)……….sedangkan jawapan kotak ada numbering dr kanan ke kiri (follow jawi punya style menulis). So, Anis tak perasan no tu (mmg budak lurus bendul mcm ni la). Jadinya semua cikgu pangkah, 0 marks (padahal klu mommy nak complaint blh je sepatutnya dpt juga 2marks sbb ko jawab rumi ke jawi ke kotak no 2 = berlindung dari……..Anis betul. Hampeh!!!!!10 marks kat situ. Kalau ANis dpt 90% sure dpt shot no atleast 3. Takpela……yg penting mommy tau Anis blh jawab.


Results sekolah Ugama Anis alhamdulilah dia dpt no 2. Congrats kakak.


Ok, skrg results Arfa….hero daddy yg sorang ni. Semua subject utama dia dapat 4A, 1B (B tak lain ialah Mathematic). Mommy tak ralat sangat result sekolah pagi dia sebab semua dapat A, kecuali mathematic B & Bahasa Cina C (50%-atas pagar).


Yang mommy tak puashati (tapi xde la nak salahkan sapa2 kan) pasal result sekolah ugama Arfa sebab tak pernah dalam sejarah (kecuali subject Bahasa Cina) dia gagal. Alih2 final exam ni dia fail subject 'tasawuf'……Tapi mommy tgk dia pun betul2 terkejut & menyesal (siap menangis dalam kereta otw balik tu). Mommy harap Arfa dapat pengajaran bahawasanya walau pandai mcmana pun seseorang tu tapi tanpa usaha, mana mungkin ada kejayaan.



Overall, kedudukan dalam kelas untuk sekolah ugama juga drop 1 anak tangga, dari no 6 ke no 7.













3 comments:

Muna Mahdzar-Fadaaq said...

Good job 3A!!!
xoxo

azieazah said...

Syabas! Tahniah! Suka tengok anak-anak menjadi dalam pelajaran nih...!

nurbijen said...

OK sgt dah result anak2 kak ros.. Mereka dah buat yg terbaik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...