Assalamualaikum & good day.
Stop for a few days because i had heavy flu (again!!!!). According to the doctor i had some kind of allergic (doctor asked me to figured out the source). I think the most suspected was Arfa's Hamster. Huhu!!!not the 2 hamsters that already passed away but bear hamster that he bought from his teacher. Haru betoi!!!!So after did my major house cleaning & put that hamster outside, i fell much better today. Hopefully that's the reason for my allergic & no more suffering after this, In Sha ALLAH.
Okey, we continue our journey 1Sabah Bah!!!!
Our 3rd day journey was from Kundasang - Sandakan route.
1st spot for the day was of course Kinabalu Park @Kundasang but before we move to Kinabalu park, do view our most memorable awesome moment @Kinabalu Pine Resort (where we had a nite stay).
Celik2 saje mata @6am, intai terus from the window nampak this awesome view of Mount Kinabalu. SubhanALLAH!!!! speechless. Cepat2 solat subuh & mandi untuk catch up the moment. The breeze, MasyaALLAH soooooo fresh & cold.
The Kinabalu Pine Resort (KPR) was nice & we enjoyed our late dinner @the resort as well. I could say the food also good (xtau le kot masa tu lapar giler, so rasa sedap je. Hehe). The picture above is ours (syoknye kan kalau dapat rumah sebijik cam tu).
Okey, since we still have a long journey to Sandakan so we decided to have an early checked out & proceed with our schedule for the day (banyak gak tempat2 yg boleh melawat sekitar Kundasang/Ranau ni).
Mula2 tu had breakfast dulu @mamak (haiii, kat mana2 pun mmg cari mamak le jugak big boss ni). Bukak2 je pintu kereta, ALAMAK!!!!kotoq & berdebu pekan Kundasang ni rupanya. Kedai2 jangan cakaple (maaf bukan nak kutuk tapi FACT). Semua kedai berdebu orange baik restoren mahupun kedai runcit etc. Kalau tau mcm ni mmg mau je mommy bekal roti breakfast @resort je. Huhu!!!tapi bila big boss proceed gak terpaksa le telan laju2.
We reached Kinabalu Park @830am. After pay the entry fee (RM3 adult/RM1 kid) kami terus drive along the path straight up to the check point untuk org mendaki (that the last point the car can reach).
Btw utk pengetahuan semua Kinabalu Park merupakan Malaysia's 1st 'World Heritage Site' yang diiktiraf oleh UNESCO pada December 2000. Ia berperanan sebagai salah satu tempat perkembangan biological penting di dunia & mempunyai nilai sejagat yang tidak ternilai. Yang paling bernilai di sini sudah tentulah Gunung Kinabalu itu sendiri yang mempunyai ketinggian 4095.2m (13,435ft). Menjadi puncak batuan tertinggi bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh Borneo.
Kami turun @Pondok Timpohon (macam menara tinjau kat last check point sebelum pendaki memulakan pendakian) & snap a few photos. Masa tu lebih kurang pukul 10am & cuaca masih sejuk. Tiba-tiba Arfa bgt "mommy mulut Affan kuar asap", hehe dorg xpernah p oversea tempat sejuk so excited je bila bercakap tu ada asap kuar. Mula le 2 gegurls tu plak try (tapi xkuar plak asap).
Kemudian kami drive turun semula ke main entrance untuk membeli souvenir (mmg mana2 pergi mesti beli magnetic fridge). Selepas tu kami abadikan sekali lagi kenangan bersama Gunung Kinabalu yang sungguh hebat ciptaanNYA.
Ada a few pose yang daddy snap dari sudut yang berbeza & yang paling menarik ia memberikan impression/expression yang berbeza. SubhanALLAH!!!!
Seperti gambar di atas bagi mommy expression yang boleh digambarkan ialah MENGGERUNKAN!!!
Kami tinggalkan Kinabalu Park dalam pukul 11am & terus menuju ke Kundasang War Memorial Park.
Ramai yang memberi cadangan supaya kami bergerak ke ladang lembu Kundasang kerana keindahan semulajadinya yang segar seperti suasana di New Zealand tetapi kami tak nak bazirkan masa yang ada kerana bagi kami mana2 ladang lembu tetap fungsi & persekitarannya sama (lagipun nak gelak pun ada sebab mmg xleh nak compare dengan NZ sbb di sana persekitarannya sangat bersih & nyaman berbanding dgn Kundasang yang kotor, maaf bukan nak mengata negara sendiri tetapi kita kena terima FACT tentang sikap & budaya kita sendiri yang perlu kita ubah).
Afterall, masa nak cari Kundasang War Memorial tu kami terlajak jalan & mmg melintasi kawasan 'cow farm' yang dimaksudkan oleh rakan2 kami. Budak2 pun xminat sangat nak tengok lembu, hehe sebab selalu kalau blk Besut pun mmg selalu tgk abah sembelih lembu.
Okey, Kundasang War ni plak walau pada zahirnya merupakan sebuah tugu peringatan/kubur para pejuang asing yang terkorban di sini tetapi apa yang menarik kerana kita boleh mengimbau sejarah mereka drp catatan pihak yang bertanggungjawab memelihara khazanah terbabit. Selain dari itu, mommy suka dengan suasananya yang sungguh cantik dengan pelbagai tumbuhan especially bunga2 yang ditanam mengikut tema/negara.
Jika diikutkan di sini juga spot yang sesuai untuk sesi bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Destinasi kami seterusnya tiba di Ranau iaitu Poring Hot Spring, juga masih dalam linkungan 'World Heritage Site' Taman Kinabalu. Bayaran masuk ke sini RM3adult/RM1kid.
Yang menarik di Poring Hot Spring ni bukan saja tempat mandi manda (air panas semulajadi) tetapi yang mencuri tumpuan kami of course 'Canopy Walk' yang terkenal dengan ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter. Ada 5 jambatan gantung yg harus dilalui, setiap jambatan ada ciri2 yang berbeza, sebab ada yg paling pendek, panjang, scary dll.
Masa kami masuk ke Poring Hot Spring ni hanya kami bertiga; mommy, Arfa & Anis. Daddy tak ikut sebab temankan Ahdia tidur dalam kereta (bagus gak dia tak ikut kalau tak jenuh mengeluh penat karang kena berjalan jauh).
Selain dr hot springs & canopy walk terdapat lain2 tarikan juga di sini (u al blh refer kat gambar Arfa & Anis tu, hehe). Oh! lupa, untuk melalui Canopy Walk kita perlu membayar sekali lagi sebanyak RM3 adult/RM1 kid. Kalau u al bawak kamera bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM5 (masa tu mmg mommy bawak DSLR gedabak tu so mmg xleh sorok. Hehe!!!yang cerdik tu xyah le bawak DSLR masa naik canopy walk memadai je bwk gadget; hp ke@ipad/tab).
Kami meneruskan perjalanan untuk ke Sandakan yang jaraknya 220km dari pekan Kundasang/Ranau, masa tu dah hampir pukul 3pm. Bagi menghilangkan lelah & membasahkan tekak kami singgah dulu ke Ladang Teh Sabah; Ladang Nalapak. Sambil menunggu minuman teh kami tersedia di meja, daddy bawak 3A ronda2 kebun teh (mommy tak larat dah nak jalan). Secara peribadi mommy rasa suasana ladang teh Sabah ni kurang happening compare to Cameron Highland (mungkin keluasannya sedikit kecil berbanding CH).
Pepepun, mommy tak lepaskan peluang membeli ole2 teh yang pelbagai untuk kenangan kami sendiri & tak lupa untuk keluarga.
Selepas selesai menghilangkan dahaga, kami terus bergerak ke Sandakan. Kami selamat sampai ke Sandakan pada pukul 7:40pm & terus checked in @Swiss Inn Sandakan. Yang bestnya masa JJCM tu kami terjumpa dengan top 2 Masterchef siri pertama; Wahidan. Hehe, tunggu next N3 mommy pasal Sandakan & Wahidan plak ekk.
4 comments:
Salam maulidur Rasul
seronoknya...cantik subhanaullah sungguh indah ciptaanNya yg tiada tolak bandingan
as salam... moga cepat sembuh.. wah .. beh nyer coti2.. yer..
Semoga segeta pulih dan dapat bercuti dengan selesa.
ala.. dah sampai Mesilau dairy farm tak? view gunung dari dairy farm pun cantik!..
hihi salam kenal dari saya :) cari info pasal percutian kat miri tapi terlajak smp ke sini hihihi
Post a Comment