Assalamualaikum & good day.
Day 2
Kota Kinabalu to Kudat.
Kita sambung N3 ttg our Self drive Sabah. Masuk day 2 kami bertolak dari KK lebih kurang 11am & bergerak terus ke Kudat. Untuk ke Kudat, kita perlu menempuhi Tuaran, Kota Belud & Kota Marudu (tak masuk town la). Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai terus ke 'Tip of Borneo'. Sepanjang perjalanan ke 'Tip of Borneo' tidak banyak signboard yang membantu jadi kita perlu yakin & follow aje arah ke Kudat sehingga hampir ke destinasi barula ada signboard yang disediakan.
Semasa kami ke sana, keadaan jalan agak kurang selesa especially di daerah Kota Belud kerana masih dalam pembaikan, apapun Alhamdulilah 'Santa Fe Hyundai' kami managed tu lawan bumping2 road tu, hehe. Oh sebelum terlupa, since Knoor tanya pasal food. Untuk pengetahuan u all, sepanjang perjalanan kami ke Kudat dari KK ni mmg kami xberhenti untuk lunch sebab mmg was-was dengan status HALAL mereka since kami mmg x melalui town. Lunch kami pada hari tu adalah jagung bakar yang mmg SUPERB!!!! mula2 tu pelik gak tgk benda ala2 dibakar tergantung2 di gerai2 tepi jalan (lupa nak snap gambar). Sebabnya, dorg bakar terus dengan kulit2 jagung tu, bila kita beli baru di siat & dibuang kulit. Yang pasti isinya masak elok & rasanya pure manis (aduhai, terbayang2 plak jagung bakar Kota Belud ni). Lagi satu, masa tu mmg musim buah-buah jadi mmg tak risau sangat kebulur sebab rambutan ada, durian pun berlambak2 di sepanjang jalan (cuma kami xlayan durian, daddy xsuka taste durian borneo yang ala2 rasa cempedak tu). Yang paling penting especially u travel with kids, bekal biscuits, buns, drinks etc mmg kena standby banyak2.
Small road leads up to the headland |
Kami sampai ke sini pada pkl 1:20pm & mmg cuaca panas terik. Tetapi alhamdulilah 3A sporting xbuat perangai walau terpaksa mendaki sedikit bukit untuk slot posing2 @Landmark Tip of Borneo ni. After posing senget sana, senget sini kami tinggalkan kenangan @Tip of Borneo untuk bergerak pula ke destinasi seterusnya.
Northwestern tip of all of Borneo |
Okey sebelum tutup N3 ni mommy citer sikit pasal Tip of Borneo. Merupakan penghujung Borneo & terletak di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Di sini anda boleh melihat keindahan Laut Cina Selatan yang terbentang luas mata memandang & beberapa buah pulau. Selain penghujung Borneo (Batuan landai di hujung Pantai Kalampunian) yang dipanggil 'Tip of Borneo', dari jauh juga kelihatan rumah api di Pulau Kalampunian & terbentang laut dengan air yang membiru. SubhanALLAH!!!!mmg virgin rasanya tempat ni. Pantainya juga sesuai untuk aktiviti snorkeling, berenang & santai picnic.
Lighthouse on Pulau Kalampunian |
We reached the true Tip of Borneo |
Pada 29 Ogos 2002, Jalur Gemilang telah dipacak megah di samping monumen globe ini oleh Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat, Chief Minister of Sabah & Minister of Tourism, Environment Science & Technology.
Crsytal clear water |
Beautiful mountains |
Villagers selling beautiful seashells |
8 comments:
Kakcik pun dah sampai ke sana sekali. :)
Aslmkum Ros.
cantik view kat Kudat....dg bukit dan pantai tu...penghujung borneo...memang menarik sekali.
akk belum sampai Kudat...hanya setakat KK...
salam ros..
macam familiar je nama rostina76... salam kenal..
cantiknyer view kat sana...
cantik kan tempat tu kakcik ;)
Assalam mamasya. hehe!!!nampak gaya kena datang borneo lagi tu kak
salam k.madiha.....
hehe, kita mmg pengikut setia akak pun. btw tqvm akak sudi bkawan, nanti blh mintak tjk ajar ;)
alahai akak...
teringin betoi nisah nak jejak kaki ke sana..
cantik lautnye.. biruuu jeee...
In Sha Allah Nisah.....ada rezeki awak nanti blh smp Sabah.kami pun sbb dah dkt ni,tu yg kena round ;)
Post a Comment