بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 13 August 2012

Sweet Couple Cookies

Ini pulak resepi kedua mommy selepas frust buat mamacarrie tak jadi (tak tau mana silapnya tapi adunan lapisan putihnya tu terkeras). Huhu!!!geram punya pasal mmg campak terus dalam tong. Untuk meredakan keadaan yang frust mommy cuba resepi dari ReenKhan ni sebab biskut ni ada lapisan jem strawberry. Mesti sedap!!!!
Simple je rupa parasnya tapi yang tak tahan namanya tu "Sweet Couple". Hehe!! mommy pandai2 je ubah nama biskut reenKhan tu sebab nak bagi kena dengan rupa paras biskut mommy ni. ReenKhan panggil biskutnya Lady finger cookies sebab bentukknya panjang2 mcm jari dara sunti. Mommy punya ni tak sesuai le plak jejari anak dara sebab montok2 je shapenya. Itu yang tukar bagi best skit temanya yang berdakap erat tu & manis2 rasanya. Kik3x....
Sumber: ReenKhan
Oleh: Mommy @Wind of Change

Bahan2:

  • 90g gula icing
  • 150g butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 180g tepung gandum*
  • 100g tepung jagung*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • Jem strawberry secukupnya
  • Strawberry syrup 
(Bahan bertanda * diayak bersama)


Caranya:

  1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur & esen vanilla. 
  3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga menjadi doh & bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian asal & satu lagi dicampur dengan pewarna merah & syrup strawberry.
  5. Tekap dengan acuan pilihan.
  6. Bakar pada suhu 160-180'C selama 15-20minit.
  7. Biarkan sejuk sebelum diintikan jem.
  8. Akhir sekali, lekatkan sekeping warna asal & sekeping warna pink/merah.




4 comments:

myda_ahmad said...

wow!romantik namanya,semanis rasanya.....mesti sedap gitukan...

lady lavender said...

haha..sesuai sgt nama tu ros :-)

p/s:kemas aje rupa'sweet cople'ni walaupun saiznya montok bak kata ros ehe..

rostina76 said...

hehe, nama gedik2....rasa mmg sedap walau rupa paras xdak.

rostina76 said...

haha, tiba2 ting kluar nama gedik tu masa nak type headline N3 ni. tapi kita mmg kurang puas ati dgn rupa parasnya tu sebab color kurang pekat, pastu corak plak simple je (kalau bentuk love lagi sweet kan) lagi satu tergaring sgt sbb kita tak pandai lg nak balance suhu oven 'baru kita' tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...