Ini menu iftar/sungkai/berbuka kami hari Isnin lepas. Haha, dek kerana muat masak nasi, tengok nasi & ngap nasi makanya mommy tanya daddy untuk buat menu selain nasi. Yang paling sempoi & lama tak makan inilah dia Mee Kari. Sedapnyeee resepi Mee Kari ni. Mommy ikut resepi dalam majalah mingguan wanita.
Sebelum ni mommy buat mee kari kira belasah je bahan2 & sukatan, tapi kali ni mommy jotdown untuk future reference sebab lepas try tu sedap sgt. Hehe, puji diri sendiri nampak!!!
Bahan2:
10 biji bawang merah/ sebiji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 cawan udang kering - kisar
10 tangkai cili kering/ 2 sdb cili boh
1 cawan rempah kari daging
1 liter santan
2 batang serai - ketuk
2 inci lengkuas -hiris
2 keping asam keping
Garam & gula secukup rasa
500g ayam/daging/udang
Fish ball
Kerang - rebus
Tauhu - goreng
Mee kuning - celur
Air
Bahan sampingan:
Taugeh
Sawi
Cili merah
Daun bawang
Limau kasturi
Telur rebus
Bawang goreng
Caranya:
1. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
2. Masukkan pes kari (bancuhan serbuk kari + sedikit air). Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air & biarkan kuah mendidih
4. .Masukkan ayam/daging/udang & juga fish ball. Gaul rata.
5. Masukkan serai, lengkuas & asam keping.
6. Tuang santan ke dalam kuah & kacau sebati.
7. Tambahkan perisa, garam & gula.
8. Renehkan kuah sehingga pekat.
9. Semasa menghidang, campurkan mee bersama2 kerang rebus, tauhu & semua bahan2 sampingan. Tuang kuah di atasnya.
4 comments:
mmg bikin tergoda qolbu ni..aduhaiii
Salam Ros.sedap nampak mee kari ....dg fish ball dan kerang itu yg buat lagi sedap....favorit anak2...baru beberapa hari lepas masak.
kalau tergoda tu harus kena buat pasni, hehe!!
salam mamasya.. ros dapat kerang yang besor2. syok btul bila buat sendiri, mewah jgn cakap dgn bahan2nya.
Post a Comment