بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 3 August 2012

Lepat Pisang

Assalamualaikum.
Harini mommy nak jotdown satu lagi resepi tradisional tetapi telah dimodenkan & diringkaskan. Actually kuih lepat ni bukan dalam list favorite 3A tetapi mommy berkecuali. Mommy suka segala jenis kuih lepat dengan syarat tak manis sangat. 
So, bila mommy terjumpa resepi dari k.Hanieliza ni mommy rasa terpanggil nak berkesperimen (eksperimen tgk 3A suka ke tidak versi ni). Kelebihan resepi k.Hanieliza ni tak payah susah2 cari kelapa parut (ini yang selalu membantutkan mommy nak buat lepat sebab malas nak cari kelapa muda). Di samping itu jugak, resepi ni ringkas & sedap. Really worth it mommy bereksperimen dgn resepi ni sebab abis LICIN 12 biji lepat pisang yang selama ni mmg tidak digemari oleh 3A. Alhamdulilah, tqvm k.Hanieliza (walau mgk beliau tak tahu pun kewujudan blog mommy ni).





Resepi asal: K.Hanieliza 


Bahan2:
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu (rasanya guna serbuk santan pun boleh)
2 s/b gula
Sedikit garam
Daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan.


P/S: Mommy nak bgt kat sini cara2 nak layukan daun pisang selain layurkan atas api.
1. Panaskan di dalam microwave guna suhu rendah.
2. Celur dalam air panas (idea ni dari Ogy).
3. Bekukan dalam freezer (yang ni mommy buat sebab nak simpan daun supaya tidak kuning, bila keesokkan hari mommy keluarkan untuk buat kuih koci tengok daunnya lebam & lembik tetapi warnanya masih kekal hijau). So senang je lipat tanpa patah2 daunnya.


9 comments:

mama sara nur said...

selamat berbuka puasa
buka dgn lepat pisang ye, sedapnya
akak pun sama malas nk buat disni sb nk cari daun pisang lg, kelapa muda, kalu kat kg tu ye, pisang ada kelapa pun tepi rumah so senang sikit lagipun ramai2 sedap makan laku cepat habis he he

lady lavender said...

kalau buat kuih siap dgn daun pisang ni pada saya memang dah rajin sangat2 dah ni. Cayalah ros!

Asmara said...

wah nmpk senang. nak cuba versi yg ni la. masih ada baki daun pisng kat rmh ni. ;D

Bicara Kak Noor said...

salam Ros wah ada lepat pisang lah kat sini tapi rasanya dah habis kot kan dlm bulan puasa kak Noor belum pernah lagi buat lepat asyik dok buat yg lain je mesti nk cuba jugak nnt ni..

rostina76 said...

btul la kat lepat ni senonim dgn org kampung tapi kat bandar pun kdg2 ada jual daun pisang kan. hehe!!!itu yg syok klau rumah kampung kan semua benda alah bhn2 nak masak cari je keliling rumah. kalau kat bandar semua main duit.

rostina76 said...

kik3x....rajin bebenor le tu. yang sejujurnya ini le kuih paling senang LL selain cekodok pisang. kebetulan daun pisang yg ros ambik buat kuih koci ada lagi (simpan dlm freezer), itu yg buat. bukan selalu jugak pun ros dpt supply daun pisang ni.

rostina76 said...

itule As, mmg senang resepi ni, lagipun sedap lemak2 & kurang manisnya. cubala ;)

rostina76 said...

salam knoor.....sibuk ke skrg urus psediaan terima menantu? itule knoor, kalau dkt2 kan best hari2 blh tukar2 juadah. skrg ni husb blk awal jadinya xleh le nak singgah hulur kuih kat knoor (biasanye masa amik dia blm siap juadah berbuka)....insyaallah kalau smp kad bln 9 plak ye blh g umah knoor ;)

Putri said...

salam kak ros..sedapnya lepat pisang.teringin nak makan tapi tak boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...