بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 4 August 2012

Terawih untuk anak2

Assalamualaikum.
Harini mommy terasa nak share pengalaman terawih & berkongsi pendapat tentang perlu ke kita bawak anak2 ke masjid untuk berterawih?
Alhamdulilah, masuk tahun kedua kami di Brunei & merupakan tahun kedua juga buat kami sekeluarga menjalankan ibadah terawih bersama2. Mommy begitu bersyukur kehadrat ALLAH kerana memberi peluang kami sekeluarga mengubah kehidupan kami ke arah yang lebih baik bukan saja untuk kebaikan di dunia malah yang lagi utama kebaikan di akhirat, Insyaallah. 
Sebelum itu bukan niat mommy nak berlagak @ menunjuk2 tentang apa yang kami ada & lakukan terutamanya sepanjang kami di Brunei. Tujuan utama blog ini pun mmg atas dasar menyimpan kenangan & pengajaran buat anak2 kami di masa akan datang. Sekiranya pengunjung kami ada merasa tersinggung @ merasa tidak senang dengan apa yang mommy jotdown dlm blog ini, ampun & maaf dipinta seluhur hati mommy. Hanya ALLAH yang dapat menilai apa yang tersirat di dalam hati hambaNYA.
Okey berbalik kepada topik kita, mommy nak highlightkan persoalan di sini yang fenomena membawa anak2 ke masjid untuk sama2 berterawih, baik @ tidak baik?
 Untuk pengetahuan semua, alhamdulilah semenjak tahun lepas kami 4A+R mmg menjadikan rutin berterawih di Masjid Kg Danau bersama2 (walau tidak penuh sebulan tetapi alhamdulilah satu hijrah buat kami sekeluarga yang sebelum itu mmg tidak berkesempatan melakukannya semasa kami di Malaysia). Yang begitu membanggakan mommy secara peribadi ialah ketahanan & kesungguhan anak2 terutamanya Anis untuk sama2 tanpa mengeluh menghabiskan terawih berjemaah (kami buat 8 rakaat sahaja memandangkan anak2 turut serta). Tahun lepas di usia 6 tahun Anis alhamdulilah berjaya puasa penuh & turut berterawih dgn kami tanpa paksaan. Manakala Ahdia pula, memang mommy pakaikan telekung siap2 untuk dia meniru kami solat jika dia mahu. 
Tahun lepas, mommy mmg terpaksa bawakan bekal 'botol susu' untuk Ahdia refill ketika dia mengantuk & boring (tetapi again, alhamdulilah kami masih boleh teruskan solat sambil dia minum susu sendirian di saf belakang). Alhamdulilah, tahun ini Ahdia mmg dah 'putus' botol susu & tidak lagi perlukan bekal jika ke masjid.Mommy just nak berkongsi cerita tentang suasana berterawih di Masjid Kg Danau kami ni. Untuk pengetahuan, Kg Danau hanyalah sebuah kampung kecil dalam mukim Telisai. Di bahagian Mukim mmg ada sebuah masjid besar & kebiasaannya mmg penuh sesak dengan jemaah setiap kali terawih. Jadinya, suasana Masjid Kg Danau agak lenggang & selesa untuk berterawih. Cuma yang menjadi persoalan kami, mmg tiada seorang pun jemaah yang membawa anak2 di bawah usia 12 tahun kecuali mommy yang kiri kanan kelek anak2 dara kenit ni. Pada peringkat permulaan tahun lepas, mmg kami menjadi perhatian ditambah lagi dengan kelibat Ahdia dengan 'botol susunya'. Tetapi alhamdulilah mommy lega sebab anak2 dara kenit ni mmg tidak banyak karenah & mmg dah warning awal2 jgn buat bising (kalau bising mmg xdapat pergi lagi ke masjid). Ada makcik2 tua yang bertanya rumah di mana & mmg dorg perasan la kami ni org Malaysia sebab dialek bahasa lain drp mereka (dorg dengar 2 anak dara ni bersembang le). So, u al sampai le ke harini hanya Ahdia le jemaah yang paling kenit di kalangan semua jemaah di Masjid Kg Danau ni. Mommy membuat kesimpulan bahawasanya mmg budaya mereka tidak membawa kanak2 ke masjid mungkin untuk menggelakkan situasi mengganggu konsentrasi jemaah lain untuk bersolat. Allahualam.
Okey, tentang soalan mommy di awal penulisan mesti ada pendapat yang berbeza2 kan? Ada sesetengah golongan especially golongan tua yang tidak suka jika terdapat budak2 di dalam masjid (mok pun selalu complaint ttg hingar bingar di Masjid Alor Lintang dengan budak2 yang bermain). Manakala golongan ibu2 yang anak2 sudah bersekolah pula mungkin teringin untuk berjemaah di masjid & merasakan wajar kita membawa anak2 bersama (mungkin tiada org yang menjaga mereka di rumah). Bagi pendapat peribadi mommy pula, jika sekiranya anak2 masih baby memang rasanya kurang sesuai kita berjemaah di masjid (kita solat ajelah sendirian di rumah). Tetapi jika anak2 dah mula bersekolah seawal usia 4 tahun (kindergarden), rasanya wajar kita turut membawa mereka bersama2 solat berjemaah di masjid. Berdasarkan pengalaman mommy sendiri, mmg seronok kita ke masjid walau waktu kecik tu bukan fokus nak solat pun, lebih kepada main2 je. Tetapi percayala, bila kita dewasa suasana mengimarahkan masjid di usia kanak2 kita tadi akan mengamit kerinduan untuk kita kembali melakukan rutin berjemaah di usia dewasa. Itu jugalah harapan mommy buat Arfa, Anis & Ahdia nanti. Sudah pasti bila dewasa, masing2 sibuk dengan urusan keduniaan tetapi mungkin pengalaman semasa kanak2 ini akan membuatkan mereka kembali melakukan rutin bersama keluarga, Insyallah, amin3x.

7 comments:

Unknown said...

mmg betullah pendapat mommy itu...asal anak yg dibawa tidak sampai mengganggu kusyuk solat org lain...saya masih tak berpeluang nak pergi masjid sbb mia br 3 tahun....insayaallah kalau dr kecik dah di bw ke masjid,..insyaallah...mg dia kekal hingga dewasa nnt..insyaallah..

tak balik Malaysia ke raya nnt??

ijayuji said...

Salam kak! kita tak pernah bwk g terawikh kat masjid dgn budak2 sbb tak berani nak mengawal dia org ni kdg di luar kawalan sbb tu tak nak mengganggu jemaah2 lain, ajar kan kat rumah dulu nak2 yg kecik ni mmg aktif sikit :D masak apa akak hari ni? kita dr td dok tanya org masak apa ehehe... sbb kita tak masak ari ni nk makan maggi segera dgn lepat ajerr :D

rostina76 said...

tahun depan/dah start kindergarden blh la train mia g terawih sama2. insyaallah kalau dr awal ajar mesti terlatih tu ;)

rostina76 said...

harap2 dapat la blk beraya @Msia thn ni. tgh tg replacement daddy smp dulu baru blh tarik nafas lega. huhu!!!risau gak ni

rostina76 said...

salam ika....yelah kalau 3,4 org kita nak control naya gak. btw ika berapa org rakyatnya? kros masa arfa kecik2 dulu mmg lasak dia(bdk laki kan). bila gegirls ni kira sopan le sikit.hehe!!
btw kros semalam pun sempoi je masak (last minit) sbb sepatutnya kami ada jemputan berbuka rumah kwn tapi husb kena oncall standby plak. adehhh!!!penat aku rushing masak sempoi2. kuih xsempat buat. tapi tule tgk iklan mee maggi goreng rasa terliur plak. buat sahur kira orait gak kan?

Mamasya said...

Salam Ros.teringat masa zmn sek kat kg dulu....ngekor mak ke surau sembahyang terawikh....tp masa tu budak2pun ramai jadi bising juga surau dg budak yg tak solat. mmg bagus bawa anak2 berterawikh bersama2...ajar mrk dari kecil.
re; kelapa tu akk pakai kelapa kering.tp kacau dg air panas dulu b4 kukus...

rostina76 said...

salam mamasya...tq kak for info. yelah kenangan masa kecik tu cukup indah bila dikenang....itu yg nak anak2 pun ada kenangan indah jugak bila dorg dah besar nanti ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...