بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 14 August 2012

Biskut Samperit Dahlia


Okey, sekarang turn biskut kegemaran Upin & Ipin juga Ahdia untuk posing sakan. Memang evergreen biskut ni & sentiasa melekat di hati semua lapisan baik tua atau muda walaupun  pelbagai biskut moden yang muncul tetapi Biskut Samperit Dahlia tetap bertahan. Rasanya mood raya tu pun mmg sinonim dengan kehadiran Biskut Samperit Dahlia ni.  
Seingat mommy mmg dulu2 pun dah jatuh cinta dengan kecantikan samperit dahlia ni. Untuk mengekalkan tradisi kuih raya yang evergreen ni mmg resepi kena jotdown untuk tatapan anak2 & cucu2 di masa hadapan.

Kalau last year kami buat perisa lemak susu tapi kali ni mommy ceduk daripada resepi Che Mat Gebu sebab Ahdia nak warna yellow mcm Upin & Ipin gak. Honestly dari segi rasa mommy suka yang last year but rupa paras mmg menang tahun ni. Pepepun Biskut Samperit Dahlia perlu ada time raya.


Sumber : Che Mat Gebu
Oleh :Mommy @Wind of Change


Bahan2:

  • 300 g mentega 
  • 160 g gula aising 
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla 
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
       (*gaul rata dan diayak)

Cara membuatnya:

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  5. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

2 comments:

Unknown said...

salam Ros amboi dah terhidang tu cantik dan menarikss sekali lah boleh lah dtg beraya dah tu hee

rostina76 said...

salam knoor. nanti raya jemput le knoor dtg rumah kami tapi juadah ala kadar jelah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...